Muruku bukan sahaja makanan tradisi masyarakat India tetapi kegemaran rakyat Malaysia.

Ahad ini, masyarakat India akan menyambut Deepavali dan pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk berkunjung ke rumah kenalan bagi sama-sama meraikan perayaan itu. Sudah tentu, tumpuan utama nanti adalah makanan istimewa termasuklah hidangan wajib iaitu muruku.

ARTIKEL BERKAITAN : Berita Baik Buat Geng Balik Kampung! Tol Lebuh Raya Percuma Sempena Deepavali Bermula Esok

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

Apa kata tahun ini anda cuba sendiri buat muruku dan dibawa sebagai hadiah kepada rakan-rakan beragama Hindu. Bagi anda yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah & rangup, resipi perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram ni antara yang boleh dicuba.

1. MURUKU RIBEN

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan  tepung  beras
  • 1 cawan tepung kacang kuda
  • 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
  • ¼ sudu teh  asafoetida
  • 1 sudu teh mentega
  • 110ml     air
  • Sedikit garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
  5. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas sejuk.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

2. MURUKU BAWANG PUTIH

IKLAN

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung kacang kuda
  • 5 tangkai cili kering
  • 10 ulas    bawang putih (dikupas)
  • 1/8 sudu kecil  garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 50ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
  2. Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

 

3. BUTTER MURUKU

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan  Tepung Beras
  • 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
  • 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 1 cubit    Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

 

4. MURUKU JINTAN MANIS

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

BAHAN-BAHAN:

  • ¾ cawan   Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 2 cawan Tepung Beras
  • ½  cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
  • 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 300ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
  2. Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

 

5. OMAPODI

5 Resepi MURUKU Istimewa Sempena Deepavali, Senang & Sedap Buat Kudapan!

BAHAN-BAHAN:    

  • ¼  cawan tepung beras
  • 1 cawan    Tepung Kacang Kuda
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.

Untuk info Asafoetida bermaksud Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.

BACA LAGI : 4 Artis Bollywood Kena ‘Troll’ Lepas Sokong Larangan Main Mercun Sempena Deepavali

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI