Nama penyanyi rap terkenal, Jay-Z baru-baru ini telah dipetik dan dituduh melakukan jenayah seksual terhadap seorang gadis berusia 13 tahun dipercayai terjadi pada 20 tahun lalu dan hal itu telah dilakukan Jay-Z atau nama sebenar Shawn Corey Carter bersama Sean ‘Diddy’ Combs atau lebih dikenali sebagai P.Diddy.
Menurut laporan New York Post pada 8 Disember, tuduhan itu telah dinyatakan oleh seorang individu yang menamakan dirinya Jane Doe dan mendakwa dirinya sebagai mangsa kedua kepada pemuzik itu.
Tuduhan tersebut disebutkan oleh Doe dalam saman sivil yang difailkan semula di Mahkamah Daerah Selatan New York pada hari Ahad, semalam.
Difahamkan, tuduhan itu pada awalnya telah dikeluarkan oleh Doe pada Oktober 2024 terhadap Combs. Namun, dia kemudian mengubahnya dengan menambahkan nama penyanyi lagu ‘Run This Town’ itu.
Menurut apa yang dinyatakan dalam dokumen mahkamah, Jane Doe menyebut dirinya semasa masih remaja telah diserang oleh P.Diddy dan Jay-Z dalam satu pesta dadah yang diadakan pada September 2000 selepas acara VMA di Radio City Music Hall.
Selain itu, Jane Doe mendakwa serangan tersebut berlaku selepas dia meminum satu gelas minuman yang kemudian membuatkan dirinya pening dan mencari bilik kosong untuk berbaring seketika. Bukan hanya itu, Jane Doe juga mendakwa serangan seksual itu juga telah disaksikan oleh seorang selebriti wanita. Antara kenyataan yang ditulis dalam dokumen yang sama adalah berbunyi:
Ads
“Tidak lama kemudian Combs memasuki ruangan tersebut bersama dengan plaintif, Carter dan seorang selebriti wanita”
“Combs dengan agresif mendekati plaintif dengan tatapan menakutkan di matanya, memeluknya dan berkata “siap-siap untuk berpesta,” tulis dokumen itu.
“Combs kemudian melempar plaintif ke dinding sehingga menyebabkan dirinya jatuh tersadung dan pada ketika itu Combs mencengkam dan menolaknya ke tempat tidur,” jelas dokumen itu lagi.
Selain itu, Doe turut menyatakan bahawa Jay-Z mula melepaskan pakaiannya semasa dirinya sedang berada dalam keadaan yang kurang sedar dan terpinga-pinga. Kemudian, wanita itu turut mendakwa dirinya telah dikepit dan diperkosa oleh Combs dan Carter di hadapan seorang artis wanita.
Ads
Walau bagaimanapun, dalam laporan berita New York Post, Jay-Z telah membantah dan mengecam tuduhan tersebut pada hari yang sama dan menyatakan dakwaan yang diajukan oleh peguam mangsa adalah untuk memeras ugut dirinya.
Dalam pernyataan lain, suami kepada penyanyi Beyonce itu turut mengecam tindakan peguam Doe yang dikenali sebagai Tony Buzbee iaitu peguam sama yang memfailkan beberapa siri saman terhadap P.Diddy.
Jay-Z juga mendakwa peguamnya menerima percubaan peras ugut melalui surat tuntutan daripada Tony Buzbee dan menganggap saman tersebut cuba memanfaatkan dirinya melalui penyelesaian menggunakan wang.
Ads
Penyanyi itu menegaskan bahawa tuduhan itu mendorongnya untuk mendedahkan penipuan tersebut kepada umum, dan dia tidak akan memberi sebarang wang. Dia juga mencabar untuk memfailkan tuduhan jenayah bukan sivil, terhadap sesiapa yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak
Selain itu, Jay-Z menyatakan kebimbangan terhadap keluarganya, terutamanya anak-anaknya yang akan mendengar tentang dakwaan tersebut dan menjelaskan betapa kejam dan tamaknya orang yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan amaran kes jenayah membabitkan Diddy berkemungkinan dibatalkan sekiranya individu melaporkan perkara itu gagal mendedahkan identiti mereka.
Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs (54) ditahan pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan manusia serta jenayah seksual. Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.
Ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu termasuk Justin Bieber, Jaden Smith, Usher dan Meek Mill. Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya korang sangat mengenali suara ngilai dan susuk yang menakutkan yang sering menghiasi muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.
Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.
Namun, ada berita tidak baik untuk peminat Mak Lampir ini apabila beliau dikhabarkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini pada usia 68 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
Mak Lampir atau nama sebenarnya, Farida Pasha juga merupakan pelakon popular di Indonesia. Pernah memegang watak dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga Farida Pasha dan Al-fatihah buat pelakon ini.
Di era digital sekarang tidak ada yang mustahil apabila seseorang individu itu boleh menjadi kaya dengan hanya membuat content di media sosial.
Laman YouTube menjadi antara channel yang membolehkan individu awam, malah para selebriti ternama juga turut menjadikan ia sebagai salah satu platform yang bukan saja untuk mendekatkan diri kepada peminat, namun sebagai salah satu sumber pendapatan.
Di Indonesia, Kompas telah menyenaraikan antara youtuber terkaya di negara itu menurut laporan berdasarkan Social Blade.
Berikut adalah antara individu terkaya di Indonesia yang ‘buat’ duit melalui laman YouTube.
1. Baim Wong (pelakon)
Jumlah pengikut: 20.7 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$59,300 hingga A$949,100 (RM253,448 hingga RM4.05 juta)
2. Raffi Ahmad (pelakon, penyanyi)
Jumlah pengikut: 23.9 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$48,500 hingga AS$776,200 (RM207,289 hingga RM3.3 juta)
3. Deddy Corbuzier (ahli silap mata, mentalist)
Jumlah pengikut: 18.9 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$34,600 hingga AS$553,500 (RM147,880 hingga RM2.3 juta)
4. Andre Taulany (pelakon, pelawak, penyanyi)
Jumlah pengikut: 6.2 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$30,600 hingga AS$489,500 (RM130,784 hingga RM2 juta)
5. Atta Halilintar (youtuber)
Jumlah pengikut: 29.8 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$27,500 hingga AS$439,800 (RM117,535 hingga RM1.8 juta)
6. Ria Ricis (youtuber)
Jumlah pengikut: 30.2 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$24,800 hingga AS$396,500 (RM105,995 hingga RM1.6 juta)
7. Gen Halilintar (keluarga berdarah Minangkabau)
Jumlah pengikut: 17.9 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$22,100 hingga AS$354,000 (RM94,455 hingga RM1.5 juta)
8. Arif Muhammad (penulis)
Jumlah pengikut: 14.3 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$21,500 hingga AS$344,500 (RM91,891 hingga RM1.4 juta)
9. Entis Sutisna dan Sule (pelakon, pelawak)
Jumlah pengikut: 4.81 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$16,000 hingga AS$255,600 (RM64,384 hingga RM1 juta)
10. Anang dan Ashanty (Ashanty)
Jumlah pengikut: 5.84 juta
Anggaran pendapatan bulanan: AS$14,900 hingga AS$238,900 (RM63,682 hingga RM1 juta)
Pendapatan yang diperoleh melalui siaran YouTube mereka sahaja boleh mencecah sehingga jutaan ringgit sebulan. Itu belum termasuk duit dari hasil lakonan dan kerja-kerja yang lain lagi.
Kehidupan mewah dan populariti yang dikecap tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan di dunia. Buktinya, lihat saja berapa ramai selebriti popular mati bunuh diri dan rata-ratanya adalah kerana depresi.
Selain itu, masalah kehidupan yang di alami ketika bergelar public figure sedikit sebanyak memberikan tekanan hebat buat mereka dan akhirnya mengambil jalan mudah mengakhiri kehidupan dengan bunuh diri.
Persoalannya, kenapa tindakan bunuh diri di kalangan selebriti ini semakin menjadi-jadi? Berikut kami senaraikan beberapa selebriti yang pernah menggegarkan dunia dengan berita kematian mereka.
1. Robbin Williams
Pelakon komedi ini dikenali sebagai seorang yang periang dan tidak nampak seperti mempunyai sebarang masalah. Namun, rupa-rupanya dia menderita masalah psikologi setelah didiagnosis menghidap Parkinson.
Dia tidak dapat menerima keadaannya itu dan berasa sangat tertekan lalu memutuskan untuk membunuh diri.
2. Amy Winehouse
Penyanyi bersuara unik ini rupanya mengalami gangguan mental kerana berperang dengan ketagihan alkohol. Amy Winehouse juga dilaporkan menderita penyakit bulimia yang mempunyai cara makan berbeza dan akhirnya membawa kepada penyeksaan terhadap diri.
3. U;Nee
Selebriti Korea juga turut tak terkecuali terbabit dalam kes bunuh diri kerana U;Nee juga ditemui mati gantung diri di rumahnya pada tahun 2007 kerana mengalami depresi akan popularitinya.
Wow, popular sangat pun susah wey.
4. Kim Ji Hoo
Aktor dan model ini ditemui bunuh diri di kediamannya setelah dia mengaku secara umum bahawa dirinya seorang gay. Oppss!
5. Marilyn Monroe
Legenda dunia hiburan, Marilyn Monroe meninggal dunia pada tahun 1962 dan kematiannya dianggap misteri kerana masih menjadi pendebatan adakah dia bunuh diri atau sengaja dibunuh oleh beberapa pihak yang tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
6. Cory Monteith
Pelakon yang melonjak naik daripada siri muzikal Glee juga ditemui mati di Hotel Fairmont Pacific Rim, Kanada. Punca kematiannya terbongkar dan dipercayai kerana isu dadah dan minuman keras.
7. Song Ji Seon
Antara selebriti cantik yang mati bunuh diri kerana terjun daripada tingkat 19 apartmennya. Difahamkan pada ketika itu, dia baru saja putus cinta bersama bekas kekasihnya yang merupakan seorang pemain bola keranjang, Im Tae Hoon.
8. Chester Bennington
Dunia hiburan dikejutkan dengan kisah kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles, California.
Penyanyi yang terbabit dengan masalah dadah dan alkohol ini sebelumnya ada memberitahu bahawa dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana didera sewaktu dia masih kecil.
Masalah depresi yang dialami menjadikan dia nekad, lebih-lebih lagi selepas dua bulan kehilangan teman rapat, Chris Cornell yang juga dipercayai mati bunuh diri.
Rata-rata punca kematian bunuh diri selebriti terkenal dunia ni kerana masalah depresi. Ya, bahaya kemurungan ni memang tak boleh buat main.
Buat anda semua, kalau betul la tertekan dengan kehidupan janganlah mengambil jalan pintas seperti ini. Dapatkan bantuan daripada teman-teman rapat atau mungkin boleh berjumpa dengan pakar perubatan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Todak Academy mencipta kejayaan membanggakan di RoboG Asia Cup 2026 apabila pelajar Malaysia meraih kemenangan menerusi bidang robotik, AI dan teknologi.