Hantaran ringkas pelakon dan pengacara, Janna Nick menerusi akaun Instagram seakan memberikan petunjuk bahawa beliau sedang dalam perjalanan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Hantaran yang menampakkan Janna, 29 di dalam kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) bersama suaminya, Dini Schatzmann itu diiringi dengan kapsyen seakan mengiyakan spekulasi peminatnya.
“Mengejar impian pada ketinggian 30,000 kaki. Setiap batu membawa saya lebih dekat dengan fasa seterusnya dalam perjalanan untuk membina diri dan terus belajar,” catatnya sambil disusuli dengan tanda pagar #NextAdventure, #StudyAbroad dan #WingsToDreams.
Janna yang merupakan pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah dengan keputusan 6A dan 2B sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian seterusnya menggenggam sekeping ijazah.
Ads
Namun, dia terpaksa melupakan sebentar impian itu kerana fokusnya pada waktu itu adalah untuk mengejar wang ringgit sebagai anak seni.
“Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi drop sebab saya pentingkan duit.
Ads
“Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, my goals dan impian.
“Sambung belajar adalah salah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya relaks, saya buat,” katanya tidak lama dahulu menerusi sesi soal jawab di ruangan Instagram Stories.
Ads
Apapun, REMAJA ucapkan selamat maju jaya kepada Janna yang teguh pendiriannya untuk mendalami lebih banyak ilmu biarpun realitinya, sudah selesa dengan kehidupan sedia ada sebagai seorang selebriti di Malaysia.
Yasss! Sebuah lagi filem Marvel Studio dari Marvel Cinematic Universe (MCU) menampilkan superhero terbaru kini bakal menemui penontonndi pawagam.
Filem ‘Black Panther’ merupakan satu lagi karya hebat MCU yang tidak pernah gagal menghiburkan kita dengan pelbagai jalan cerita, aksi, drama dan konflik berskala kecil, sederhana atau global. Diteraju oleh pengarah berbisa berketurunan African American, Ryan Coogler, Black Panther menampilkan kisah superhero yang sangat berbeza dari karya-karya MCU terdahulu.
Pertama kali watak Black Panther muncul dalam MCU ialah menerusi filem ‘Captain America: Civil War’. Dan pengenalannya walaupun tidaklah banyak tetapi sudah cukup untuk memberi kita idea tentang karakter, kekuatan serta personaliti yang dimiliki oleh T’challa atau Black Panther sebagai raja negara misteri di Afrika, Wakanda.
Penampilannya sebagai Raja Wakanda dan pahlawan tradisi temurun mereka dikenali dengan nama Black Panther memberikan dimensi supehero yang unik dan sangat berbeza; a new kinda cool breed superhero MCU! Dan paling penting dia merupakan watak adiwira kulit hitam yang awesome, bukannya bertindak sebagai sidekick semata tetapi sebagai watak utama.
Selepas kematian bapanya akibat serangan bom (kejadian berlaku di dalam Civil War), Black Panther pulang ke Wakanda untuk ditabalkan sebagai raja baru. Dengan tanggungjawab yang baru, dia bertekad menjadikan Wakanda sebagai sebuah negara yang aman tenteram. Namun, ia tidak semudah itu. Selepas mendapati ada kes rompakan di sebuah muzium melibatkan vibranium, Black Panther bertindak untuk menjejak pengganas, Ulysses Klaue.
T’Challa juga berdepan dengan ‘kisah silam’ yang kembali menghantui legasi keluarganya dan Wakanda dengan kemunculan jejaka misteri Erik ‘Killmonger’ Stevens. Kemunculan Killmonger bukan sahaja menggugat kestabilan Wakanda tetapi juga kredibiliti kepimpinan T’challa.
Black Panther bukanlah sebuah filem adiwira ‘tong kosong’. Is penuh dengan mesej politikal yang dirumuskan dengan penuh gaya. Struggle masyarakat kulit hitam menjadi tema utamanya dan bagaimana T’challa bertindak secara rasional terhadap isu ini menjadikan filem ini sebuah karya yang sangat hebat.
Jangan lupa saksikan Black Panther di pawagam bermula pada 13 Februari 2018.
Rating – 4.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The Penthouse telah pun berakhir dengan rating tertinggi sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus. Menurut Nielsen Korea, ini merupakan peningkatan mendadak daripada rekod rating 24 peratus yang pernah dicatatkan oleh drama itu sebelum ini.
Sejak ditayangkan pada Oktober 2020, drama ini terus menguasai slot drama Isnin dan Selasa dengan rating hampir 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse membuktikan popularitinya yang melonjak dengan menembusi angka 20 peratus dan minggu akhir tayangan pada 5 Januari lalu mendapat peningkatan rating hampir 30 peratus.
Drama ini mengisahkan tentang Sim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Walau bagaimanapun, selepas episode akhir The Penthouse, barisan pelakon seperti Kim So Yeon, Eugene Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Jin Ji Hee, Kim Young Dae, Han Ji Hyun dan Choi Ye Bin khabarnya bakal menyertai drama tersebut bagi musim kedua.
Malah, Han Ji Hyun turut memberitahu bahawa plot cerita untuk musim kedua nanti akan lebih menarik dan mendebarkan. The Penthouse musim kedua akan memulakan penggambaran selepas para pelakon bercuti selama 10 hari dan kali ini ia bakal menyaksikan 12 episod untuk dipertaruhkan.
Peminat juga seakan-akan sudah tidak sabar untuk menantikan episod terbaru musim kedua nanti.
Apa yang menariknya lagi, drama musim ketiga juga sudah mula diperkatakan dan mempunyai 12 episod juga.
Wah, memang betul-betul dapat permintaan tinggi ni sampai dah ada perancangan untuk musim ketiga. Untuk korang yang belum tengok The Penthouse, sempat lagi nak marathon sebelum musim 2 bermula. Nanti tidaklah terpinga-pinga bila ramai yang bercakap tentang drama siri ini. Hiks!
Pelakon dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana baru-baru ini meluahkan rasa syukur dan teruja apabila mendedahkan dirinya kini sedang menyambung pengajian di Universiti Oxford, London.
Menurut Hawa Rizwana atau pemilik nama sebenar Hawa Rizwana binti Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan (29) menerusi beberapa perkongsian di Instagram, beliau mengambil kursus jangka pendek selama 10 hari dan bersyukur diberi kesempatan berada di pusat pengajian terkemuka dunia itu.
Dalam pada itu, gadis kacukan Arab, Siam dan Aceh itu turut menzahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasrat ibunya untuk melihat salah seorang anak menjejakkan kaki ke Oxford akhirnya tertunai.
Kredit: Instagram Hawa RizwanaKredit: Instagram Hawa Rizwana
“Alhamdulillah akhirnya Hawa dah sampai ke Oxford University dan kita ditempatkan di Lady Margaret Hall Untuk Leadership Entrepreneurship Acceleration Programme (LEAP)”
“Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya terharu, ayah menghubungi dan cakap dia dan mak saya ke sini tahun lalu dan berdoa salah seorang anak atau pun cucu cucu dapat belajar di sini,” katanya.
“Alhamdulilah here I am today. Berkat doa mak ayah,” ujarnya lagi.
Walaupun hanya mengambil kursus pendek namun perkongsian Hawa di media sosial telah menerima pelbagai reaksi positif netizen.
Sekadar info, Hawa adalah pengacara Meletop yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menamatkan pengajiannya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!