Meskipun perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia tidak mendapat sokongan kesemua rakyat Malaysia sehingga menimbulkan hashtag#NotMyPM, namun demonstrasi jalanan bukanlah cara terbaik untuk menentang perlantikan tersebut menurut netizen di media sosial.
Ura-ura akan berlangsungnya demonstrasi jalanan ini tercetus setelah beberapa keping poster dimuat naik oleh kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac.
Poster yang mula tular di media sosial itu antaranya mengajak orang ramai menyertai demonstrasi jalanan pada jam 6 petang ini.
Ads
Mereka berpendapat perlantikan pada pagi ini bertentangan dengan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan pemerintah pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Twitter: Marina Mahathir
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Mohd Fahmi Visuvanthan, beliau memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan yang dirancang akan berlangsung di persekitaran kompleks membeli-belah SOGO Kuala Lumpur itu.
Ads
Tiada notis rasmi telah diterima oleh pihak polis untuk sesiapa mengadakan perhimpunan bermula jam 6 petang ini.
Tambah beliau, pihak polis telah bersiap sedia sejak semalam untuk menghadapi sebarang kemungkinan demonstrasi jalanan.
Ads
Rata-rata netizen turut bersetuju untuk tidak menyertai demonstrasi yang dirancang ini.
Ini kerana perlantikan itu adalah di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong setelah seminggu cuba untuk menyelesaikan kemelut politik negara.
Ramai yang meminta agar Malaysia mara ke hadapan dengan keputusan ini untuk menyelesaikan lebih banyak masalah dan cabaran yang sedang kita hadapi.
Buat pertama kalinya, grup wanita popular Korea Selatan, GFriend menjejakkan kaki ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat mereka di tanah air yang dipanngil ‘buddies’.
Ketika sidang media bersama GFriend yang diadakan di Sheraton, Petaling Jaya hari ini, kelihatan grup yang popular dengan lagu Rough sangat seronok dan tidak sabar untuk bertemu dengan para peminat.
“Perkara paling seronok apabila buat konsert jelajah apabila dapat bertemu dengan peminat-peminat global. Memanglah boleh ‘greet’ mereka semasa di Korea Selatan tapi lebih seronok kalau dapat jumpa secara berdepan,” kata Umji.
“Penerbangan dari Seoul ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit namun saya rasa sangat sekejap kerana saya teruja untuk bertemu dengan Buddies Malaysia dan untuk bergembira dengan para peminat secepat mungkin,” kata Yuju pula.
Kejutan Untuk Buddies
Dalam pada itu, GFriend turut mendedahkan bakal mengadakan kejutan buat Buddies untuk konsert kali pertama mereka di Malaysia.
“Kami ada tukar lirik ke Bahasa Melayu dalam lagu kami. Harap peminat Malaysia menyukainya,” kata Yerin pula.
Untuk pengetahuan, konsert Gfriend Asia Tour [Go Go GFriend] bakal bermula esok di mana Malaysia menjadi destinasi pertama grup itu.
Dibawakan oleh MacpiePro, konsert bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 6 petang pada 29 Jun ini.
Comeback Baru
Sementara itu, GFriend juga akan muncul dengan mini album baru ‘Fever Season’.
“Lagu Fever Season akan keluar pada 1 Julai nanti. Konsep album ini berkaitan dengan musim panas dan semua ahli grup sangat teruja dan menyukai lagu itu.
“Malangnya, semua peminat kena tunggu 1 Julai untuk dengar lagu tersebut. Bukan tidak nak nyanyi masa konsert esok, tapi kami tak nak lagu itu ‘bocor’ sebelum Tarikh ‘comeback’,” kata Sowon selaku ketua grup.
Gfriend dianggotai oleh enam orang wanita iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Umji, Yuju dan SinB. Antara lagu popular mereka adalah Glass Bead, Rough, Navillera dan Me Gustas Tu.
Foto: MacpiePro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita kurang enak yang kita terima melibatkan masyarakat di sekeliling. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana seorang individu ditemui meninggal dunia di tepi jalan dan terbaharu, kisah seorang mak cik pula dikatakan meninggal sendirian di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam.
Berita itu tular selepas seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @capiqzahari memuat naik video petugas awam memecahkan pintu rumah selepas menerima laporan daripada jiran-jiran yang curiga dengan bauan kurang enak dari rumah tersebut.
Bomba dengan KKM tengah nak pecah pintu rumah sebab tuan rumah meninggal sorang2. Orang sedar sebab dah bau bangkai. Sedih nya weh pic.twitter.com/w4oxi6KsjC
Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun itu apabila sudah lama tidak mendengar khabar berita tentangnya.
“Kebetulan, hari Jumaat lepas pihak surau ada memberikan sumbangan kepada asnaf disini. Kawan mak saya ada hantar surat dekat rumah mak cik itu. Ketuk-ketuk pintu tak buka pula, jadi mereka selit sahaja surat tersebut pada pintu pagar. Bila barang dah sampai, mak cik tu tak turun-turun untuk ambil sumbangan tu jadi kami naik ke atas untuk hantar terus kepadanya. Tapi, bila ketuk pintu masih lagi tidak ada respon dan surat yang diselitkan itu masih ada di pintu pagar. Waktu tu kami tak syak lagi,”
“Petang semalam mereka cerita apa yang berlaku kepada mak saya dan ada yang menyarankan agar mak saya pergi melihat keadaan mak cik tersebut. Kemudian, mak saya naik ke rumahnya dan ketuk pintu, masih tidak lagi dibukanya. Waktu itu, mak saya tengok di tingkap biliknya, kipas dan lampu semua menyala. Hanya kelihatan kain batik dan telekung di atas katil,”
“Lepas tu mak cakap waktu tu memang dah terhidu satu bauan yang kuat dan tidak enak. Ingatkan bau sampah orang tinggal dekat tangga ke atau mak cik tu punya sampah, tapi bila tengok dekat tong sampah di luar rumahnya kosong saja. Kawan mak masih lagi cuba untuk mengetuk pintu. Hati mula rasa tak sedap dan mak pun balik rumah beritahu ayah saya,”
“Pada mulanya mak memang dah rasa macam mak cik tu dah tak ada tapi ayah cakap betul ke mak tu tau bau mayat. Ayah pun naik ke atas dan setelah menghidu bau tersebut, ayah cakap itu memang bau mayat. Kami terus buat laporan pada pengawal keselamatan, namun tindakan mereka agak lambat,”
“Ayah saya terus menelefon pengerusi perumahan kami dan mereka pun naik ke rumah mak cik itu dan turut mengesahkan bahawa itu adalah bau mayat. Mereka terus menelefon polis dan tidak lama selepas itu, pihak polis, bomba dan beberapa anggota KKM datang ke rumah. Operasi memecahkan pintu dilakukan dengan segera dan pada mulanya pihak bomba tidak menjumpai sebarang mayat, tetapi akhirnya barulah mayat mak cik itu dijumpai tertiarap di dalam bilik,” jelas Ammar.
Tinggal bersendirian
Kami turut bertanyakan kepada Ammar siapa sebenarnya penghuni rumah itu dan bagaimana keadaannya sebelum ini.
“Mak cik tu dah lama tinggal di sini dan dia memang duduk seorang diri. Khabarnya, dia mempunyai seorang anak angkat yang menetap di Johor. Jiran sebelah rumah mak cik tu ada berkata beberapa hari lepas anak angkatnya beritahu call mak tapi tak angkat,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada mak cik itu memang sakit atau mempunyai masalah kesihatan, Ammar turut berkongsi cerita bahawa kali terakhir maknya berjumpa dengan mak cik itu adalah sehari sebelum raya Aidiladha tempoh hari.
“Mak ada cakap sehari sebelum raya jumpa mak cik tu berjalan nak ke kedai beli ubat batuk katanya. Waktu tu memang nampak dia tak larat dan mak serta kawannya memimpin mak cik itu ke pintu lif. Itulah kali terakhir mak jumpa mak cik itu. Rasanya memang mak cik itu tidak sihat,”
“Alhamdulillah, lebih kurang pukul 11.40 malam semalam semuanya telah selesai dan mayat mak cik tersebut dibawa ke hospital untuk siasatan forensik,” tambah Ammar lagi.
Semoga urusan pengebumian mak cik tersebut dipermudahkan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
So guys, dalam situasi getir seperti sekarang ini, rajin-rajinlah kita bertanya khabar dengan jiran-jiran mahu pun rakan-rakan, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal bersendirian. Tanyalah sama ada mereka sihat atau tidak, atau memerlukan apa-apa bantuan yang boleh korang hulurkan.
Stay safe and take care guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Syawal seharusnya disemat dengan aktiviti mulia bagi menyambut bulan kemenangan umat Islam di Malaysia.
Bagaimanapun, lain pula cara seorang ‘Instafamous’ ini menyambut Aidilfitri apabila dia ditahan selepas disyaki ‘beraksi liar’ di sambutan rumah terbuka yang dilangsungkan di Centralwalk I-City, Shah Alam pada Jumaat lalu.
Dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim kepada Berita Harian, pihak pilis telah melakukan tangkapan ke atas suspek tersebut setelah pihak mereka menerima laporan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City.
Pihak JMB membuat laporan polis 28 Mei lalu setelah mendapat pesanan WhatsApp mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan acara bunga api di dewan aras UG di Central Walk I-City.
Suspek yang juga merupakan penganjur acara rumah terbuka itu dikenali dengan panggilan Cik Lala dan dia telahpun menyewa unit di sana dengan kos RM4000 dengan jumlah jemputan kira-kira 50 orang dalam kalangan kenalannya.
“Siasatan mendapati tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.
“Suspek ditahan semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut. Polis juga sedang dalam tindakan untuk melakukan beberapa lagi tangkapan,” katanya.
Tambahnya lagi, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan daripada pelancong di Selangor.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 malam hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-UG -12 Upper Grand Floor Central Walk I-City.
“Sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti bunyi muzik yang kuat serta mendapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 23 Akta Komunikasi & Multimedia,” lapornya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!