Harganya pun boleh tahan dan masih mampu dibeli. Maka tak hairanlah raja buah ini semakin diburu peminatnya.
Namun, tular baru-baru ini apabila ada dakwaan seorang lelaki meninggal dunia kerana memakan durian selepas mendapatkan vaksinasi.
Dalam mesej tular berkenaan, individu tersebut mengingatkan orang ramai agar tidak memakan durian sebelum atau selepas mendapatkan vaksin.
Ads
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu palsu serta menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan dakwaan tersebut.
“Berita palsu. Jangan sebar atau berkongsi,” tulis KKM melalui Twitter sebentar tadi.
Menurut laporan Harian Metro pula, kematian seorang lelaki yang didakwa meninggal dunia kerana makan durian selepas suntikan vaksin terungkai apabila punca kematiannya disahkan akibat serangan jantung.
Ads
Untuk info, buah durian mengandungi kalori yang agak tinggi kalau diambil berlebih-lebihan. Dalam satu biji durian saja mengandungi hampir 1000 ke 2000 kalori, kalau diambil dalam kadar yang normal pun jumlah kalorinya mencecah antara 500-700 kalori.
Apabila sejumlah kalori besar diambil dalam waktu yang singkat, ia akan memberi beban kepada jantung dan menyebabkan jantung kita perlu bekerja lebih kuat, tekanan darah juga boleh meningkat. Sebab itulah bagi individu yang mempunyai darah tinggi, boleh makan durian tetapi berpada-pada.
Kesimpulannya, jangan sebar apa-apa berita kalau tidak tahu kesahihannya. Sebelum ini, Ketua Polis Negara ada mengatakan individu yang menyebarkan berita palsu dan menghasut orang untuk tidak mengambil vaksin Covid-19 akan menghadapi tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.
Sumber : Harian Metro, Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu buli dengan menggunakan kekerasan ataupun ‘ragging’ dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah satu isu yang baharu. Namun itu tidak bermakna budaya yang tidak mendatangkan sebarang manfaat ini harus terus dinormalisasikan.
Setelah video rakaman berdurasi 10 saat yang menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki membuli seorang pelajar dengan perbuatan menumbuknya pada bahagian abdomen tular di media sosial lewat pagi semalam, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengesan lalu memanggil semua pelajar terlibat untuk siasatan.
Ini termasuklah mangsa dan tujuh orang suspek; masing-masing merupakan pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun. Selain itu, pihak polis turut memanggil pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan untuk memberi keterangan. Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.
Menurut siasatan, Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata; insiden buli itu telah berlaku di sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak di antara jam 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember lalu.
Setelah video terbabit tular, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan mengenainya daripada pengetua sekolah sendiri kira-kira pada jam 1 tengah hari, 10 Disember 2021.
Dalam pada itu, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu salah laku membabitkan para pelajarnya jika mereka dibuktikan benar-benar terlibat.
Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Datuk Seri Madzir Khalid hari ini memberitahu rakan media di Malaysia Gazette bahawa beliau telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menyiasat kandungan video tular itu. Sekiranya dibuktikan bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar terbabit berdasarkan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan MARA.
Sementara itu, biarpun kes ini tidak melibatkan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengesahkan pihak kementerian telah berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan tindakan susulan telah diambil.
*
Sewajarnya, budaya mengagungkan maskuliniti toksik dalam kalangan remaja lelaki menerusi perbuatan membuli seperti ini harus dihentikan segera. Usahkan kerana ia dibenarkan pada waktu lampau, masyarakat terus membenarkan ia berlarutan hingga ke generasi semasa serta seterusnya. #SayNoToBullying
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa tahun lalu, kecoh kisah van putih yang aktif menculik kanak-kanak sekolah. Isu ini sememangnya menakutkan ramai ibu bapa malah pelajar juga diajar untuk berkata tidak kepada orang tidak dikenali.
Memandangkan isu ini pernah menjadi viral, pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan mereka akan mengambil tindakan jika benar malah menafikan kewujudkan van putih yang sangat misteri ini.
Senyap untuk beberapa ketika, isu van putih kembali lagi apabila Jumaat lepas tular seorang pelajar didakwa hampir menjadi mangsa culik van putih ini dalam satu kejadian di Ampang.
Gambar pelajar ini bertebaran di media sosial dan masa yang sama ibu bapa dinasihati agar berwaspada dengan van putih yang mulai mengganas. Tular juga tangan mangsa berdarah-darah.
Mangsa dipercayai pelajar tingkatan 1 dan berjaya melepaskan diri dalam cubaan culik tersebut
Berkaitan isu penculikan Jumaat lepas yang didakwa berlaku, pihak polis sedang menyiasat kes seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah yang mendakwa dirinya cuba diculik oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.
“Walau bagaimanapun, kita belum pasti kesahihan cerita yg diberikan oleh mangsa. Kita masih siasat dan setakat ini tiada saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan.
“Difahamkan berkaitan luka di tangan mangsa itu…bukan disebabkan cedera masa kejadian cuba diculik, tetapi luka akibat tergesel pada pintu ketika dia di sekolah,” katanya.
Ketika kejadian jam 12 tengahari itu, mangsa sedang menunggu bas di perhentian bas di Taman Pandan Indah, sebelum mangsa didatangi oleh dua suspek yang menaiki sebuah van, mangsa kemudian ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Ketika dalam kenderaan itu, mangsa mendakwa telah ternampak papan tanda Pandan Jaya, kemudian bertindak menggigit tangan suspek.
Tular di media sosial kes culik ini yang didakwa berlaku Jumaat lalu
Rakan suspek yang sedang memandu telah memberhentikan kenderaan itu, lalu membuka pintu. Mangsa kemudian menendang suspek untuk melarikan diri, mangsa telah menaiki sebuah bas pergi ke sekolahnya.
Mangsa telah memaklumkan insiden itu kepada gurunya pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Ampang akibat tangannya cedera kerana terlanggar pintu sekolah, guru berkenaan terus menghubungi ibu bapa mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan, Adun Cempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad menggesa polis menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan kes cubaan menculik seorang pelajar sekolah menengah.
Adun Cempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad menggesa polis menjalankan siasatan terperinci b
Menurutnya, selain rondaan di kawasan yang berkenaan, polis juga diharap dapat menempatkan balai polis bergerak bagi mengelakkan kejadian sama berulang di masa akan datang.
“Saya telah mendapat laporan bahawa seorang pelajar sekolah cuba diculik di hadapan sebuah sekolah menengah, minggu lalu.
“Saya menggesa pihak polis melakukan rondaan di kawasan tersebut supaya keselamatan pelajar-pelajar sekolah terjamin. Walaupun cubaan culik berkenaan gagal tetapi kita mungkin tidak bernasib baik di masa akan datang.
“Oleh itu saya juga menggesa pihak polis sekiranya dapat meletakkan balai polis bergerak di kawasan tersebut atau sekurang-kurangnya meletakkan kereta peronda di kawasan berkenaan. Saya juga berharap pihak polis dapat menyiasat secara terperinci sehingga tertangkapnya penjenayah-penjenayah ini,” katanya.
Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar berkata demikian menerusi satu rakaman video pendek yang dimuat naik kepada pihak media.
Terdahulu, seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Ampang mendakwa dirinya cuba diculik oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias turut mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kes itu dan sedang sedang menjalankan siasatan lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata cubaan ratusan kenderaan yang cuba “menyeludup” keluar dari ibu kota sejak semalam untuk pulang ke kampung masing-masing menyambut aidilfitri membawa padah apabila arahan tegas dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyaman mana-mana pemandu yang ingkar mulai hari ini.
Sikap memandang remeh setiap arahan di mana masih ada rakyat yang cuba memandang ringan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan cubaan merentas sempadan negeri membawa padah apabila arahan saman dikeluarkan kepada yang degil.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, polis telah memeriksa 238,500 buah kenderaan di 146 sekatan jalan raya sempadan negeri, dan 508 pemandu kenderaan telah diarahkan patah balik kerana cuba pulang ke kampung.
Oleh kerana tahap pematuhan yang tidak begitu memuaskan, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pihak berkuasa mengenakan kompaun terus kepada mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.
“Semalam saja 508 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan nak balik kampung telah diarah berpatah balik. Jadi saya nak ingatkan, sekatan jalan raya telah bermula dan tindakan telah diambil.
“Sejak semalam pihak berkuasa masih lagi mengguna budi bicara seperti memberi amaran dan nasihat. Tetapi mesyuarat hari ini, memutuskan bahawa tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis. Jadi saya harap tak perlulah sampai tahap kompaun. Duit tu boleh guna perkara lain,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri berkata, seramai 72 individu telah ditahan atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi (SOP).
Daripada jumlah berkenaan, 60 individu telah direman sementara 12 individu lagi dijamin.
Selain itu, beliau berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 33,168 buah kenderaan persendirian, 2,335 kenderaan awam dan 28 kenderaan air.
Turut diperiksa, katanya lagi, adalah 2,621 pasar awam, 4,209 tempat ibadah, 1,366 tempat riadah dan 365 tapak binaan.
“Sebanyak 3,332 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 18,770 anggota. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang di dapati tidak mematuhi SOP yang disediakan,” tegasnya lagi. Sumber : Astro Awani.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...