Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkerjaya dan dah meninggalkan bidang pendidikan untuk beberapa lama. Niat di hati memang nak sambung belajar, cuma kadang timbul rasa ragu-ragu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Sitijamil92) yang merupakan seorang isteri dan juga pendidik baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik).
Permintaan tahap pendidikan dalam bidang pendidikan semakin lama semakin tinggi. Dahulu ada diploma boleh jadi pensyarah politeknik sekarang semua perlu sambung degree malah lebih lagi.
Menurutnya, pengajian tersebut yang diambil selepas bekerja merupakan suatu keputusan yang tepat kerana permintaan dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan memerlukan kelulusan lebih tinggi.
Ads
Tidak salah untuk kita mengejar lebih banyak ilmu kerana kemajuan teknologi juga membuatkan para pengajar perlu seiring dengan zaman IT yang dilalui oleh para pelajar.
Kelebihan sambung ke peringkat ijazah sarjana
Menurut wanita ini, banyak juga kelebihan sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Antaranya:
1. Proses pengajaran semakin kreatif
Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, anda perlu membuat banyak kerja lapangan serta kajian untuk mendalami tentang sesuatu topik. Proses ini dapat memberikan pelbagai pengalaman yang boleh menjadikan pengajaran lebih kreatif serta jelas dan mudah difahami.
Ads
2. Persediaan untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsasah (PhD)
Sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), anda perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu. Proses bagi kedua-dua peringkat pendidikan juga hampir sama.
3. Perbezaan gaji mengikut tahap pendidikan
Senang kata, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi juga gaji mereka dalam sesuatu bidang.
Ads
Bila kita mengambil keputusan untuk sambung belajar, biarlah niatnya betul. Sebab bukan semua orang kuat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tamat. Pembelajarannya juga tidak sama seperti ketika anda di peringkat ijazah sarjana muda.
Jadi kepada anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, good luck!
Namun begitu, thread ini hanyalah pandangan peribadi beliau saja dan tidak menggambarkan pandangan umum. Jadi, korang fikir-fikirlah sendiri ya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahun lalu, sebanyak 63 pusat kuarantin yang terdiri daripada beberapa hotel 4 dan 5 bintang dijadikan lokasi kuarantin bagi individu yang baru pulang dari luar negara. Kini, pesakit COVID-19 yang berisiko rendah dan tidak mempunyai simptom boleh memilih untuk menginap di hotel yang ditentukan dengan kebenaran pegawai perubatan.
Menurut The Edge, baru-baru ini MyEG telah melancarkan portal SafeQ yang menawarkan pelbagai pilihan penginapan hotel dan kemudahan yang tersedia untuk pesakit COVID-19 berisiko rendah yang ingin menjalani syarat kuarantin wajib dengan suasana lebih selesa.
Jika individu terbabit tidak mahu menjalani kuarantin di rumah, atau di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) seperti di MAEPS, mereka boleh menginap di mana-mana hotel yang mengambil bahagian melalui www.safeq.com.my.
Kelayakan individu untuk menjalani di hotel-hotel ini tertakluk kepada pengesahan oleh MyEG dengan pihak kesihatan.
Walau bagaimanapun, pesakit harus membayar sendiri penginapan mereka di hotel tersebut atau meminta majikan untuk membuat pembayaran. SOP yang ketat akan dipatuhi setiap saat dalam tempoh kuarantin di semua hotel, dengan kakitangan kerajaan yang ditempatkan di semua hotel terpilih untuk memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.
Buat masa ini, hotel yang tersedia untuk menerima tempahan di SafeQ di Kuala Lumpur adalah The Saujana Hotel Kuala Lumpur dan Silka Cheras. Lebih banyak pilihan hotel daripada hotel 3 bintang hingga 5 bintang untuk memenuhi permintaan.
Pakej penginapan ini termasuklah 3 kali makan sehari, bilik mandi peribadi, peralatan mandian percuma, WiFi, saluran TV kabel/satelit, air mineral percuma dan pasukan pekerja dan perubatan yang tersedia. Perkhidmatan pilihan seperti ujian swab COVID-19, pengangkutan ke hotel dan kemudahan lain turut disediakan.
Antara syarat untuk kuarantin di hotel terpilih ini adalah maksimum kepada dua orang untuk satu bilik, tetapi haruslah pasangan atau individu yang tinggal di kediaman yang sama.
Gambar hiasan
Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, korang boleh rujuk di FAQ sheet ini.
Bagi individu yang berkemampuan, kenapa tidak untuk memilih inisiatif ini untuk menjarakkan diri daripada keluarga kan?
Jika sebelum ini, viral di media sosial apabila lukisan wanita bogel dan tidak senonoh di lukis di dinding Balai Seni Art Gallery Kuala Selangor.
Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi gambar terkini pagar Balai Seni Sasaran Kuala Lumpur yang dicat seakan bendera dan warna bendera LGBT (simbol Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgander)
Menurut perkongsian lelaki tersebut, lelaki tersebut menyatakan Majlis Daerah Kuala Selangor sendiri meluluskan aktiviti itu tanpa sebarang sekatan atau larangan.Sebaliknya apabila dibantah oleh orang kampung, MDKS malah membela pula artis-artis LGBT itu.
Peling menakutkan rakyat setempat dan orang awam ialah apabila Sungai Buloh, Kuala Selangor menjadi pusat pembiakan LGBT yang dilesenkan oleh MDKS.
Rata-rata warganet juga meluahkan rasa kurang senang.
Sebelum ini siasatan dari pelukis berkenaan menyatakan bahawa lukisan tersebut perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai dan tiada unsur-unsur mural yang dilukis itu mencetuskan perbalahan kaum atau menghina pihak tertentu.
Sementara itu, MDKS dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook, memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan di media sosial mengenai lukisan yang tular itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia menerima beberapa jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan sebagainya secara random dan tidak boleh dipilih.
Kehadiran vaksin ini membuatkan orang ramai teruja sekaligus membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya dalam usaha untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak COVID-19 dan memudahkan pergerakan pada masa akan datang terutamanya bagi orang Islam untuk pergi menunaikan Umrah dan juga Haji.
Namun, sebelum ini ada mengatakan vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini tidak diterima oleh Kerajaan Arab Saudi lantas membantutkan niat kita untuk menunaikan rukan Islam ke lima itu.
Walaupun WHO telah membuat kenyataan vaksin Sinovac ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Baru-baru ini ada berita gembira dan memberi sinar buat penerima vaksin Sinovac. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebooknya.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.
“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.
“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac,” katanya.
Untuk info, sebelum ini kerajaan Arab Saudi tidak memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut. Hanya Pfizer dan AstraZeneca disenaraikan oleh kerajaan Arab Saudi bagi kemasukan negara tersebut sebelum ini.
Alhamdulillah, lepas kerajaan umum sempadan dibuka boleh la kita pergi menunaikan umrah satu keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!