Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bakal dikuat kuasakan bermula esok, 12 Mei.
Secara tidak langsung, ia bermaksud sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada hari Khamis ini tidak akan disambut semeriah tahun lalu sementelah tiada individu yang dibenarkan merentas daerah mahupun negeri sepanjang tempoh PKP ini.
Di media sosial, seperti dijangka, respon balas warganet terhadap pengumuman tersebut lebih berbaur negetif. Mereka beranggapan pengumuman pada saat-saat terakhir sebelum Hari Raya ini adalah tidak wajar memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu boleh merentas daerah untuk beraya.
Ads
Kini segala persiapan itu tidak lagi boleh dikongsikan dengan yang tersayang.
Biarpun begitu, sebagai masyarakat yang rasional dan patuh kepada arahan pihak berkuasa, kita seharusnya menerima arahan tersebut demi keselamatan rakyat sejagat. Jangan pula kita sesekali cuba untuk melawan arus dan berdegil untuk merentas negeri seperti yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Laporan Tribunnews berkongsi tentang tingkah laku penungang motosikal di Jakarta yang berkumpul beramai-ramai di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bekasi-Kerawang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya.
Biarpun kerajaan Indonesia kini sedang dalam tempoh ‘Operasi Ketupat Jaya 2021’ sejak 6 Mei lalu, nampaknya masih ramai rakyatnya yang berdegil.
Kejadian yang berlaku pada malam Ahad lepas itu menyaksikan ribuan penunggang berhimpit dan beratur di lokasi terbabit sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 5km!
Apabila pihak berkuasa cuba untuk menghentikan perbuatan mereka yang ingin merentas sempadan dan mengarahkan agar mereka berpusing semula, para penunggang enggan berganjak. Malah ada juga yang memasuki lorong bertentangan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Lantaran itu, pihak berkuasa terpaksa membuka penghalang sempadan atau barricade untuk jangka masa sebentar bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. Mereka juga enggan ada jangkitan wabak yang boleh merebak disebabkan kesesakan luar biasa ini.
Ads
Malang sekali apabila para penunggang mengambil peluang itu untuk meloloskan diri dan terus memacu laju ke arah destinasi masing-masing!
Seperti di Malaysia, kerajaan Indonesia juga melarang perbuatan rentas negeri tanpa surat kebenaran pihak berkuasa dengan alasan sahih seperti isu kesihatan, meninggal dunia dan kehamilan.
Sehingga kini, Indonesia dilaporkan mencatatkan lebih 47,000 kes kematian akibat jangkitan COVID-19. Daripada 1.71 juta kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 1.57 juta kes telah pulih.
Wabak koronavirus yang semakin menjadi-jadi di negara kita membuatkan masyarakat panik dan ada pula individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga tular di media sosial dan menerusi aplikasi WhatsApp.
Terbaru, ada maklumat palsu di media sosial kononnya Hospital Shah Alam; Hospital Selayang; Sekinchan, Selangor; Jenjarom, Selangor dan Hospital Sunway, Cheras dikesan kes Covid-19.
Walau bagaimanapun, berita tersebut telah dinafikan oleh pihak KKM melalui laman Facebook mereka dan menegaskan supaya orang awam berhenti menyebarkan sebarang berita palsu.
Korang boleh didakwa sekiranya didapati bersalah kerana menyebarkan berita yang tidak benar.
Berikut mereka senaraikan antara 7 berita palsu yang tular di media sosial.
Jika korang dapat sebarang berita tentang virus koronavirus ini, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkan kepada orang lain. Jika berita tersebut tidak benar, korang pula akan didakwa nanti.
Sedang negara kita tengah bergelut dengan kenaikan kes Omicron COVID-19 dan kerajaan mengesa rakyat mengambil booster dan vaksin untuk keselamatan diri masing-masing.
Foto Via Malay Mail
Negara Sweden mengejutkan dunia apabila membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan COVID-19 percuma, walaupun tekanan sistem penjagaan kesihatan kekal tinggi dan beberapa saintis menggesa lebih banyak kesabaran dalam memerangi pandemik itu.
Malah, khemah besar yang terdapat di seluruh pusat bandar, tempat yang menyediakan ujian COVID-19 secara pandu lalu serta perkhidmatan kit ujian yang dihantar ke rumah kini diberhentikan serta merta selepas pengumuman terbabit. Kerajaan Sweden juga tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran COVID-19. Sweden juga tidak lagi menyekat orang ramai untuk berkumpul di sesuatu acara atau di restoran dan sijil vaksin tidak lagi diperlukan.
Langkah ini sememangnya pelik dan drastik. Ia juga meletakkan Sweden bertentangan dengan kebanyakan negara Eropah yang lain.
Kerajaan Sweden sebelum ini memilih untuk tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik, namun mengumumkan akan membatalkan sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan COVID-19 berakhir, kerana vaksinasi dan varian Omicron mengurangkan kes dan kematian.
Foto Via Government Offices of Sweden
“Seperti kita ketahui, pandemik ini saya katakan ia sudah berakhir,” kata Menteri Kesihatan Lena Hallengren kepada Dagens Nyheter selain menambah COVID-19 tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai bahaya kepada masyarakat.
Biarpun hospital di Sweden masih mengalami tekanan dengan kira-kira 2,200 kes COVID-19 memerlukan penjagaan hospital, hampir sama semasa gelombang ketiga pada musim bunga 2021.
Memandangkan ujian saringan COVID-19 percuma dikurangkan sejak awal bulan ini dan dihentikan mulai semalam, tiada siapa mengetahui bilangan kes yang tepat.
Fuh, betul-betul berani kerajaan Sweden ini mengambil keputusan sebegini.
Tiada yang mustahil asal ingin berusaha seperti dibuktikan oleh seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Vebeonah Mosibin, 19 yang perlu memanjat dan tidur di atas pokok semata-mata untuk mendapat liputan internet untuk menjawap exam onlinenya.
Kegigihan pelajar ini akhirnya berbayar apabila mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar dan pihak istana Sabah.
Yayasan itu memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, di Kota Kinabalu.
Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.
Veveonah Mosibin, memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).
Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang ‘kuat’ sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.
Remaja yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, ini tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.
Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kg Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan.
Rata-rata netizen memberikan kata-kata positif dan bangga dengan langkah bijak gadis ini mengunakan ‘medium’ yang betul meluahkan masalah yang dihadapi rakyat Sabah.
Sementara itu, Veveonah juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Hebat betul kuasa viral masa kini kan, tapi jangan pula korang gunakan medium ‘viral’ ini untuk benda yang tak elok.
Sumber : Twitter Jbanatan Penerangan Negeri Sabah & Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!