Sedia maklum, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suami tercintanya, Alexander Charles pada April 2021 yang lalu.
Namun begitu, mereka hanya sempat mengadakan majlis ringkas sahaja atas faktor pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom, pada ketika itu.
Terbaharu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami tercintanya selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian dibuat wartawan Buletin Utama yang kini menetap di London, Haliza Hashim, dapat dilihat kemeriahan majlis tersebut yang berkonsep ‘Garden Wedding’.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang dilihat mempertikaikan majlis tersebut dengan mendakwa ia seakan mengikut serta menyerupai budaya serta agama lain.
Hal ini kerana, mereka mendakwa terdapat seorang lelaki yang seakan-akan paderi duduk di antara pasangan ini sewaktu majlis tersebut berlangsung.
Ads
Melihat kepada beberapa komen negatif yang diberikan, pelajar cemerlang SPM 2004 itu tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan menyatakan bahawa majlis resepsi yang diadakannya itu merupakan resepsi biasa dan bukanlah majlis ritual agama Kristian seperti yang didakwa segelintir warganet.
Dr. Amalina juga menjelaskan bahawa lelaki yang didakwa merupakan paderi tersebut hanyalah seorang pengacara majlis bagi resepsi perkahwinannya itu.
Ads
“Ini adalah garden party weding reception untuk sebelah suami saya, bukan Christian wedding. Yang di tengah itu adalah emcee. Ibu saya bersajak dalam bahasa Melayu.
“Saya, suami dan rakan-rakan beri ucapan. Jangan fitnah, hati-hati menulis komen. Bersangka baik,” jelasnya menerusi sebuah komen.
Sekadar info, Dr. Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama Alexander Charles pada Aril 2021 dan hasil perkahwinannya itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Arabella Mia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Identiti dua mayat yang ditemukan pihak polis dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard pada sekitar 8.26 malam, hari Ahad lalu telahpun dikenal pasti.
Kata Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar kepada BERNAMA, dua orang mangsa itu dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun. Setelah identiti dikenal pasti, polis meneruskan siasatan kes berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai keberadaan kenderaan mangsa itu di parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras walaupun mereka bukanlah penghuni bangunan tersebut; Muhammad Idzam Jaafar berkata kawasan parkir itu sememangnya dibuka kepada orang awam. Sesiapa yang hadir ke residensi berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir itu.
Begitupun, sewaktu mangsa ditemui, hanya kenderaan mereka saja berada di lokasi yang terletak di sudut parkir serba kosong berdekatan sebuah dinding.
Sumber Foto : Fail Polis
Tambah beliau, parkir itu lengang dan jarang digunakan walaupun ia sudah siap dua tahun lalu.
Berdasarkan rakaman litar tertutup di situ, kenderaan itu dipercayai dipandu salah seorang daripada mangsa. Namun, tiada pergerakan keluar masuk membabitkan kedua-dua mangsa.
Terdahulu, kedua-dua mangsa dipercayai sudah meninggal dunia antara empat ke lima hari sebelum mereka ditemui pada hari Ahad lalu. Laporan kehilangan mereka telah dibuat oleh ahli keluarga yang menetap di Klang dan Shah Alam, Selangor pada 23 dan 24 Mei 2022 lalu.
Sumber : BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila McDonald’s Israel didedahkan menyumbang makanan kepada tentera Israel. Isu tersebut sekaligus menaikkan kerisauan dan syak wasangka rakyat Malaysia terhadap McDonald’s Malaysia.
Menurut McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), tindakan itu adalah pasaran bebas dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat pengendali restoran makanan segera tempatan itu.
“McDonald’s Malaysia menyedari perbincangan terbaru di media sosial berkenaan McDonald’s Israel.
“Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.
“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel menjadi contoh tindakan individu tersebut dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial, pada Ahad.
Pada Jumaat, McDonald’s Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas pejuang Hamas melakukan serangan.
Mengulas lanjut, McDonald’s Malaysia berkata, adalah penting untuk memahami bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan.
“Sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.
“Sejak itu, McDonald’s telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.
“Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat ke 14 negeri di seluruh Malaysia dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan,” jelasnya.
McDonald’s Malaysia turut menyatakan komitmen dalam perkhidmatan dan memberi semula kepada komuniti tempat restoran beroperasi.
“Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menggaji beribu-ribu bakat tempatan dan melabur dalam ekonomi dan komuniti tempatan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: McDonald’s Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan pemain tenis remaja yang mewakili Great Britain, Emma Raducanu yang muncul juara kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (US Open) sebelum ini menjadi perbualan hangat dunia sukan.
Baru berusia 19 tahun, pemain muda Inggeris ini terus bersinar pada peringkat awal Wimbledon 2022. Bukan sahaja aksi persembahannya di atas padang, tetapi juga pelbagai aksesori yang melengkapkan pakaian tenisnya.
Emma Raducanu dilihat berjaya melepasi halangan pertama di Grand Slam selepas mengalahkan pemain Belgium Alison van Uytvanck pada Isnin (27/6/2022) lepas. Pemain tenis tuan rumah menang 6-4 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 40 minit.
Namun, yang menjadi perhatian ramai ialah sentuhan bling-bling daripada perhiasan mewah yang dikenakan dengan pakaian serba putih Emma. Mengikut peraturan Wimbledon, Emma Raducanu dan semua pemain yang mengambil bahagian hanya dibenarkan memakai pakaian dan kasut tenis serba putih semasa bertanding.
Telinganya dihiasi dengan sepasang anting-anting mutiara yang dihiasi dengan berlian. Menurut laporan Daily Mail, nilai anting-anting koleksi Tiffany Victoria itu mencecah 7,575 pound sterling, Fuh!
Bukan itu sahaja, rasa mewah turut terpancar dari pergelangan tangannya. Dipasangkan dengan jalur pergelangan tangan putihnya, gelang Tiffany klasik yang diperbuat daripada emas putih dengan berlian mengelilinginya. Untuk info, harga gelang itu dianggarkan sekitar 18,900 pound sterling ye guys!
Bagi yang belum tahu, Emma Raducanu ini merupakan duta jenama syarikat barangan kemas, Tiffany & co., patutlah dia menyempurnakan gayanya di padang dengan aksesori mahal ini.
Emma Raducanu menjadi sebagai duta untuk Tiffany & co. sejak September tahun lepas. Pada bulan yang sama, dia memenangi Terbuka AS 2021 dan mencipta sejarah sebagai wanita Britain pertama memenangi Grand Slam sejak Virginia Wade di Wimbledon 1977.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!