Youtube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google.
Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat you tube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan.
Namun baru-baru ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang) di Persidangan Dewan Rakyat yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan untuk media sosial atau tradisional telah mencetuskan kontroversi.
Hal ini juga mendapat respon dari mantan dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, tampil dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Ads
Menurut Syed Saddiq, beliau merayu dan mendesak dan kaji semula.
Anak muda, content creators tak mampu nak bayar RM50,000 untuk Lesen Finas.
Jangan bunuh kreativiti anak muda anak muda. Jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!
Saya merayu & mendesak, kaji semula!
Anak muda, content creators tak mampu nak bayar Rm50,000 untuk Lesen Finas.
Untuk info, sebelum ini Menteri Komunikasi Dan Multimedia memberi kenyataan bahawa semua bentuk penggambaran perlu mendapatkan lesen dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Hal ini termasuk agensi media arus perdana atau media peribadi yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisional.
Ads
Ini termasuk filem tayangan, filem pendek, trailer, pengiklanan dan apa-apa jenis rakaman termasuklah pita rakaman dan cakera imej bergerak, ditemani atau tak ditemani dengan bunyi dan dokumentari untuk tontonan umum.”
Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Syed Saddiq, dan tidak bersetuju dengan cadangan lesen Finas ini.
Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan banyak premis ditutup bagi mengekang penularan virus COVID-19 di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan daripada restoran atau pun kedai makan masih lagi dibuka, namun hanya untuk perkhidmatan penghantaran.
Menurut Buletin TV3 di laman Instagram mereka, syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa meski pun perintah kawalan pergerakan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Grab telah mengesahkan bahawa semua perkhidmatan yang disediakan termasuk penghantaran makanan GrabFood, GrabMart, pengangkutan e-hailing dan penghantaran Grab Express akan diteruskan seperti biasa.
Jadi, korang tidak perlu panik dan risau tentang tiada sumber bekalan makanan atau pun penghantaran barangan akan terjejas kerana syarikat Grab telah pun mengesahkan sendiri hal ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Jangan keliru, kedai makan memang akan ditutup operasinya, namun perkhidmatan penghantaran makanan masih lagi beroperasi seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ujian Allah itu berbeza-beza untuk setiap makhluknya.
Jika kita merasakan ujian Allah itu cukup berat dilalui, ada lagi insan lain melalui dugaan yang sebegitu berat.
Pastinya, tiada apa yang lebih mengejutkan bila doktor mengesahkan kita mengidap kanser. Lebih menyedihkan, disebabkan sel kanser tulang itu sudah merebak dan doktor mencadangkan agar bahu dan tangannya dipotong demi menyelamatkan nyawanya.
Shafuan dahulunya seorang remaja yang aktif. Sehinggalah semasa bekerja di Sungai Buloh di bahagian penyediaan makanan, dia berasa belikatnya sakit
Inilah perasaan dilalui oleh seorang remaja, Mohd Shafuan Nor Azahar, 19 tahun apabila disahkan mengidap kanser tulang.
Asalnya, dia hanya berasa belikatnya lenguh-lenguh dan sesekali rasa sakit. Namun dia yang bekerja di bahagian penyediaan makanan di Sungai Buloh beranggapan rasa lenguh dan sakit belakang itu hanya sebahagian dari kerjanya yang perlu menganggap barang-barang.
Biar sudah melakukan urutan bagi menghilangkan rasa lenguh namun rasa sakit itu tetap ada. Sentiasa berulang-ulang sekaligus memaksanya membuat pemeriksaan lanjut di hospital.
“Mulanya saya pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi selepas diberi ubat, rasa sakit di bahagian belikat itu tetap ada. Kemudian saya buat rujukan di Hospital Sungai Buloh pula. Ketika itulah MRI dilakukan dan mendapati seperti kanser. Kes saya kemudian dirujuk semula ke HKL dan disahkan sebagai kanser tulang,” katanya ketika ditemui di HKL.
Beginilah keadaan belakang bahunya yang menyebabkan Shafuan kini kritikal. Doktor mencadangkan agar tangan dan bahu anaknya ini dipotong agar sel kanser tidak merebak
Dalam pada itu, menurut bapanya Nor Azhar, bila dimaklumkan anaknya mengidap kanser tulang, dia seperti tidak percaya kerana anaknya cukup aktif dan sihat.
Jelasnya, ketika anaknya bersekolah di SMK Undang Jelebu, Negeri Sembilan, anak keduanya ini seorang yang sangat aktif malah pasukan kadet Koreksional disertainya menjadi Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada tahun 2015.
“Anak juga pernah menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015, sejak dari tingkatan 1 lagi selain bermain bola sepak dan mewakili Jelebu di peringkat negeri,” katanya secara jujur sebagai bapa, dia berusaha membawa anaknya itu berubat secara tradisional.
“Kami ada berusaha berubat kampung tetapi situasi keadaan Shafuan masih sama. Sakitnya dan bengkaknya berulang-ulang. Saya kemudian membawa anak kembali ke HKL dan semasa di hospital itu, anak perlu buat enam kali pusingan kimoterapi.
“Semasa kali pertama kimo dilakukan, bengkak di bahagian bahunya itu pecah dan mengeluarkan darah dengan banyak. Alhamdulillah anak sempat habiskan enam kali kimonya dan ketika itu saya nampak bengkaknya sudah surut.
Beginilah keadaan Shafuan yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur
Di sebalik ujian dilaluinya dengan kesakitan anak disahkan kanser tulang, akui Nor Azahar, dia sendiri sudah berhenti kerja dua tahun lalu apabila isterinya, Salmi Shafie, 48 tahun disahkan strok.
“Disebabkan anak-anak sekolah ketika itu, saya berhenti kerja menjaganya. Lepas dua tahun emaknya sakit, Shafuan pula jadi begini. Bila saya perlu menjaganya di hospital, saya minta anak sulung berusia 24 tahun yang dahulunya kerja di Johor untuk balik menjaga adik dan emaknya di Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya lagi.
Mengakui tidak pernah putus harap termasuk beberapa kali berubat secara tradisional, jelas Nor Azhar bengkak anaknya semakin membesar sehingga doktor memberi cadangan memotong tangan dan bahu anaknya.
Biarpun semasa bekerja Shafuan membuat potongan KWSP dan Perkeso, namun permohonannya ke Perkeso ditolak kerana baru dua kali membuat caruman. Dek kerana tidak bekerja kerana perlu menjaga isteri dan anaknya, Nor Azhar akui dia tidak tahu hendak mencari wang bagaimana lagi.
“Bukan di HKL sahaja kami dapatkan rujukan tapi ada juga ke PPUM dan PPHUKM termasuk hospital di Jelebu. Anggaran bagi pembedahan ini sekitar RM70,000. Memandangkan saya tidak bekerja, sukar untuk saya mendapatkan wang sebanyak itu bagi biaya pembedahannya,” katanya masa yang sama memaklumkan, anaknya juga tidak mahu tangannya dipotong dan masih beranggapan masih ada jalan penyelesaian bagi kanser tulang dihadapinya.
“Buat masa ini setiap empat jam anak saya akan disuntik morfin bagi menghilangkan rasa sakitnya. Itulah saja mampu dilakukan kerana keadaannya kritikal,”katanya yang mengharapkan ada keajaiban terjadi bagi anak keduanya itu.
Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban adik Nor Shafuan, boleh hubungi ayahnya, Nor Azhar Hussin di talian 019-6100773.
Atau salurkan sumbangan ke Maybank di akaun 155069204567
Mari doakan agar Shafuan diberi kesembuhan dan kelegaan dari kesakitan dialaminya kini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada mengumumkan sekolah tidak akan dibuka awal walaupun tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Menurut beliau, sesi persekolahan di seluruh negeri akan ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 pulih sepenuhnya.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro. KPM berkata, kerjasama itu merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April 2020.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini juga membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.
Untuk info, Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020 dan akan disiarkan selama dua (2) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat. Bukan itu sahaja, waktu siaran program terbabit bermula pada jam 10 pagi hingga 11 di saluran 601 dan 11 pagi hingga 12 tengah hari menerusi saluran 603.
Ulang Siaran
Rancangan ini turut akan diulang siar pada jam tiga hingga empat petang di saluran 601 dan jam empat hingga lima petang di saluran 603 pada hari yang sama.
“Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS”
Jadi untuk tidak ketinggalan program TV ini, pastikan periksa jadual rancangan yang boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
KPM yakin bahawa melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.