Minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan membawa kejayaan pada hari ini. Bermula dengan video masakan yang acap kali menjadi sorotan di media sosial, kini personaliti media sosial dan usahawan, Khairil Aming mempunyai ’empayar’ perniagaannya sendiri.
Berkat kerja kerasnya selama ini, Khairul Amin Bin Kamarulzaman meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan Sambal Nyet yang telah mencecah RM21.5 juta pada tahun kedua perniagaannya.
Berita gembira tersebut dikongsikan Khairul Aming menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Ads
Kejayaan demi kejayaan semakin menghampiri usahawa muda itu,hasil jualan sambal itu turut menerima dua anugerah istimewa iaitu kategori Best Customer Service dan Best New Seller.
Menurutnya, jualan bagi tahun 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 jualan Sambal Nyet meningkat iaitu RM14 juta.
“Alhamdulillah hari ini jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM 21.5 juta ringgit. Kita juga baru terima anugerah untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys bagaimana kita urus operasi setiap hari,” coretnya dalam ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain mengucapkan tahniah buat pempengaruh media sosial itu dengan kejayaan yang dikecapinya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang terinspirasi dengan usaha yang ditonjolkan oleh Khairul Aming.
“MasyAllah Tabarakallah! So inspiring. Kita pula rasa nak nangis sebab tahu gigihnya jual makanan banyak benda kena jaga, untung tidak banyak, margin kecil tetapi InsyAllah hasil tak pernah mengkhianati usaha… Allah akan bantu dan mudahkan segalanya,” komen seorang pengikutnya.
“Tahniah @khairulaming dan team. Satu inspirasi untuk semua yang nak bermula dari bawah dalam perniagaan. Tiada jalan singkat, tetapi mesti ada semangat ilmu, komunasi dan wawasan yang tinggi. Saya tumpang bangga,” komen juga pengikut lain.
“Tiada marketing sampah, marketing sangat berkualiti, good job Ming! Hebat. Moga terus success,” tulis lagi seorang warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menuju kerainan Hari Natal pada Ahad ini, pelbagai kontroversi melibatkan restoran dan bahan berasaskan masakan pula yang secara tiba-tiba timbul di Malaysia.
Terdahulu, REMAJA melaporkan tentang sebuah restoran yang menjual ayam goreng apabila ada kelibat tikus dapat dilihat oleh pelanggannya.
Sementara itu, restoran Jepun Sushi King sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan minta maaf kepada pelanggan mereka yang menemui ulat dalam botol kicap yang dihidangkan di salah sebuah cawangannya.
Kedua-dua kes tersebut telahpun dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan ia dalam proses siasatan.
Terbaru, KKM tampil memaklumkan satu lagi isu berkenaan makanan dan ia melibatkan sos pasta berkrim ‘Carbonara Mushroom’ jenama Prego keluaran Malaysia.
KKM mengesahkan ia telah menarik balik pemasaran produk kegemaran ramai itu akibat kerosakan pada produk yang berpunca semasa pemprosesan.
Beberapa tanda kerosakan yang dikenal pasti termasuklah bau produk yang tidak menyenangkan, warna lain daripada kebiasaan, struktur berair dan lapisan cecair terpisah.
KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan peniaga agar penjualannya dihentikan serta-merta dan agar pengguna yang telahpun membeli untuk membuangnya.
Skekiranya mereka telahpun mengambilnya, beliau berharap agar mereka bertemu pegawai perubatan jika mempunyai simptom tidak sihat atau gejala keracunan makanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedar atau tidak sikap rasis dan prejudis terhadap satu-satu bangsa dan agama masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun dunia semakin maju namun masalah yang berakar umbi sejak dahulu lagi tidak ada kesudahannya. Apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini adalah melawannya dengan penuh hemah.
Seperti insiden yang terjadi kepada pemilik kedai kek Thirty-One Fine Bakes yang terletak di Seventeen Mall, Petaling Jaya. Salah seorang pelanggan mengajukan soalan menerusi WhatsApp tentang bangsa pemilik kedai terbabit. Dalam jawapan balas, pihak kedai terbabit menerangkan yang mereka merupakan syarikat yang terdiri dari individu berbilang bangsa.
Apa yang mengejutkan adalah pertanyaan seterusnya dari pelanggan terbabit. Dengan angkuh dia berkata, “Saya tidak membeli apa-apa dari orang India. Sebab tu saya nak tahu. Kalau ada orang India di dalam syarikat anda sila beritahu. Hello?”
Terkejut dengan respon dari pelanggan tersebut, pihak kedai terbabit membalas dengan penuh berhemah namun cukup untuk membuka membuka mata dan menyedarkan. “Pendapat yang anda berikan adalah rasis dan kami tidak bertoleransi dengan perkara ini. Diskriminasi dan sikap rasis sudah lama berakar di negara ini dan kami bekerja untuk memastikan tiada ruang untuk isu seperti ini terjadi dalam persekitaran syarikat kami.
“Syarikat ini adalah tempat untuk individu berkembang secara peribadi dan juga profesional tanpa sebarang prejudis. Disebabkan kenyataan anda yang menjijikkan, kami tidak kesal menyatakan kami gembira untuk hilang pelanggan seperti anda.”
Kudos to the respond given! Sememangnya sikap menilai seseorang berdasarkan bangsa tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi kita yang hidup dalam msyarakat harmoni dan saling menghormati diantara satu sama lain.
***P/S – Sebagai individu yang tinggal di negara berbilang kaum dan agama, kita harus saling menghormati di antara satu sama lain. Sikap rasis hanya akan menjadi nanah yang merosakkan fabrik masyarakat. Sebagai orang muda, kita punya suara untuk meletakan titik noktah kepada isu ini.
Berita baik buat rakyat Malaysia, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kita semua ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik kerana sudah terbukti tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari.
Khairy mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada Fasa Peralihan ke Endemik ini.
“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka,”
Foto: The Star (Gambar hiasan)
“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan COVID-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri,”
“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini,” jelas Khairy
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas jangkaan sesetengah pihak yang meramalkan kes COVID-19 akan naik mendadak selepas Aidilfitri ini. Namun, selepas dua minggu dilaporkan keadaan masih terkawal dan tiada peningkatan mendadak berlaku.
Tambahnya lagi, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wabak berkenaan dan membantu mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit COVID-19.
Syukur kes COVID-19 nampaknya semakin berkurangan. Semoga ia terus kekal tidak mencatatkan peningkatan, namun kita masih lagi perlulah sentiasa berjaga-jaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!