Zaman sekarang ini macam-macam jenis manusia yang sanggup menipu demi kepentingan sendiri. Ada yang salah menggunakan kebijaksanaan dengan menggodam akaun bank individu lain dan memindahkan wang ke akaun mereka.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang transaksi e-dompet dan kaedah e-pembayaran melalui sambungan WiFi awam. Menurut Ketua Pembangunan Kriptohrafi CyberSecurity Malaysia, ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang tidak selamat menyebabkan data peribadi atau semua maklumat akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi.
Masyarakat perlu lebih berwaspada mengenai kemungkinan penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah. Sebagai contoh, jika korang berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan Terbang ABC’, namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1’ atau menukar huruf besar kepada huruf kecil WiFi untuk membuat korang percaya yang korang menggunakan WiFi yang sah.
Ads
Disebabkan kekeliruan inilah yang boleh menyebabkan pengguna terpedaya ke dalam perangkap mereka. Oleh itu, selepas ini korang perlu lebih berhati-hati dan elakkan menggunakan WiFi awam. Sebaliknya, gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan.
Diingatkan juga, korang perlu berhati-hati dengan serangan kejuruteraan sosial yang menyasarkan mangsa melalui panggilan telefon, mesej pada peranti mudah alih dan e-mel dengan perisian berniat jahat. Disebabkan kekurangan maklumat, kita mungkin tidak menyedari serangan itu, terutamanya apabila korang menerima panggilan telefon dan menjawab soalan mengenai maklumat peribadi tanpa mengetahui orang itu adalah penipu atau berpura-pura menjadi pihak berkuasa, wakil bank atau polis.
Rupa-rupanya guna WiFi awam pun sudah tidak selamat sekarang. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menggunakan WiFi diluar melainkan WiFi itu mempunyai kata laluan yang diberi oleh premis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
May the force be with you. Ayat yang familiar dengan filem ‘Star Wars’ yang penuh dengan elemen teknologi maju yang tak tercapai dek akal kita.
Kalau korang peminat filem sains fiksyen ni mesti korang perasan dengan cara komunikasi dalam difilem ini banyak mengunakan secara hologram. Alat komunikasi di ‘Star Wars’ itu akan munculkan seseorang dalam bentuk hologram untuk menyampaikan pesannya.
Ketika ini, belum ada lagi alat secanggih itu di dunia nyata. Tapi, baru-baru ini menerusi satu laporan, pakar ramalkan manusia bakal berbual guna video hologram menjelang 2030. Wow! rasanya di saat kita berdepan dengan pandemik kini memang sesuai jika teknologi ini mampu diguna pakai.
Malah Peramal Teknologi dan Futurologi, James Bellini meramalkan pada 2030, kita semua akan gunakan hologram untuk berhubung dengan yang tersayang. Selain dari itu mereka juga percaya teknologi ni akan menjadi sesuatu yang biasa untuk ada di setiap rumah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang yakin hologram dapat bantu kita daripada tidak ketinggalan dengan pelbagai festival dan tarikh penting dalam hidup.
Wah, bagusnya teknologi hologram ni. Lepas ni buat yang berjauhan dengan ibu bapa di kampung dapat la mengubati rindu dengan menggunakan panggilan video dalam versi hologram sebegini. Menerusi laporan tersebut, peramal teknologi meramalkan hologram akan menjadi salah satu saluran komunikasi maya popular tidak lama lagi.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyedia jalur lebar Virgin Media, 3 dari 10 mengatakan mereka mahu terus berhubung guna hologram kerana paparan orang tersayang dipancarkan terus ke rumah membuatkan mereka rasa lebih dekat.
Beberapa tahun lepas timbul khabar angin Apple akan mengeluarkan kereta ciptaan mereka sendiri, namun pada 2016, mereka telah memperkecilkan skop berkenaan dan sebaliknya lebih memberi fokus kepada pembangunan teknologi swapandu dan mungkin melesenkan ia kepada pengeluar kenderaan sedia ada.
Walau bagaimanapun, menurut Reuters, Apple kini sedang membangunkan kenderaan penumpang mereka sendiri dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024. Apple dijangka akan menggunakan sistem swapandu pada kenderaan tersebut, serta dilengkapi dengan teknologi bateri yang serba baru.
Khabarnya, teknologi bateri ini akan membolehkan kenderaan itu dipandu untuk jarak yang lebih jauh berbanding apa yang ditawarkan pada hari ini.
Namun begitu, Apple mungkin menunda untuk memperkenalkan keluaran kereta ini pada sekitar 2025 sekiranya kelewatan akibat penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada pengeluaran.
Hm, tak sabar rasanya nak lihat bagaimana agaknya rupa kereta keluaran Apple ini nanti. Tapi, paling tak sabar kami nak tahu berapa pula harganya. Hiks!
Akibat sikap tidak endah, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik ketika mandi.
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perancis maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi sambil menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicas.
Difahamkan, mangsa mengecas telefon bimbitnya dan secara tidak sengaja telefon itu tergelincir dari tangan lalu terjatuh ke atas dadanya sebelum termasuk ke dalam tab mandi.
Mangsa terus terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri.
Kejadian itu diketahui oleh bapanya yang kemudian segera mengejarkan anaknya itu ke hospital. Malangnya, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Menurut sumber, itu bukan kali pertama mangsa menggunakan telefon bimbitnya ketika mandi. Ibu bapanya sebelum ini sudah puas menasihatinya untuk tidak berbuat demikian tetapi tidak diendahkan oleh mangsa.
Penulis sendiri selalu melihat rakan dan ahli keluarga sendiri selalu bawa telefon ke dalam tandas. Tapi jarang pula kita dengar cas telefon dalam tandas kan?
Apapun, malang tidak berbau gais.
Kalau sehingga boleh mengancam nyawa, it is not worth it guys. Lebih baik kita utamakan apa yang patut kita lakukan dahulu!