Ramai mengikut trend dengan memiliki kad kredit. Tanpa perlu membawa tunai di poket, hanya hulurkan kad plastik kepada kaunter bayaran, sudah boleh bawa pulang barangan disukai.

Namun statistik menggerunkan sejak lima tahun lalu menunjukkan seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis membabitkan usia semuda 25 tahun hingga 44 tahun. Malah laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia pada Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia menganggarkan 60 peratus golongan millenial daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah dari golongan muda, ekoran tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

Bagi yang mempunyai hutang kad kredit dengan pihak bank khususnya di kalangan orang muda, jangan sesekali membiarkan menjadi tunggakan atau hutang lapuk kerana jumlah kena bayar nanti tak masuk dek akal.

Seorang peguam Hafidzah Hassan berkongsi cara terbaik berurusan dengan pihak bank mengenai hutang kad kredit ini. Memang baik untuk mereka yang berhutang kerana hutang kad kredit ini memang hutang jahat. Dari jumlah kecil akhirnya bayar jumlah beratus ribu. Jadi lebih tidak berbaloi.

Jangan Biar Tunggakan Kad Kredit Jadi Hutang Lapuk, Peguam Ajar Cara “Deal” Dengan Bank

IKLAN

Baca perkongsianya.

Hutang wajib dibayar itu semua orang pun tahu. Tak perlu nak perlekehkan orang yang bertanya tentang kegusaran mereka tentang hutang.

IKLAN

Persoalannya adalah bagaimana nak kendalikan hutang tu. Mari kita lihat salah satu cara untuk selesaikan hutang kredit kad. Tahukah anda hutang 3000 ada yg jadi 100,000?

1.Hutang tu 3000, jangan biarkan. Kalau dah guna paling pun bayar minimum. Bila anda biarkan interest, caj, faedah dan lain lain akan menjadi terlalu tinggi.

IKLAN

2. Jika disaman, jawab saman, dan masukkan persetujuan bayaran. Ia lebih baik daripada membiarkan hutang itu dikenakan faedah berlipat kali ganda.

3. Deal terus dgn bank. Katakan anda dlm situasi terdesak dan hutang itu telah menjadi terlalu banyak. Buat surat. Dua salinan. Satu diakui terima syarikat pinjaman dan anda simpan. Satu lagi untuk salinan mereka. Minta pengurangan untuk bayar harga pokok.
Bank sudah tentu akan meminta anda menambahkan sedikit caj-caj lain-lain. Namun ia akan menjimatkan kos anda dan mendapat diskaun yang berbaloi, senilai hutang yang benar-benar dibuat oleh anda sahaja beserta caj-caj yang munasabah.

4. Bila anda setuju, jangan dengan sengaja tidak membayar seperti yang dipersetujui mengikut masa yang ditetapkan. Hantar surat penyelesaian dalam keadaan anda mampu menyelesaikan hutang seperti yang anda cadangkan dan yang bakal dipersetujui pihak pemberi pinjaman

Jika ada tindakan tertentu dari institusi kewangan yang dibuat secara tidak betul, anda boleh melawan dan mengekalkan hak anda sebagai pengguna sama ada melalui pihak berwajib/ mahkamah. Namun jika ia adalah hutang yang benar-benar terakru dan kecil, penyelesaian adalah jalan terbaik. Jika pihak pemberi pinjaman enggan dan bersikap membuli, terus ke AKPK untuk penstrukturan semula.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI