Berita baik untuk peminat ‘Jack Sparrow’, khabarnya dia bakal kembali…
Jika sebelum ini Johnny Depp diminta untuk berundur oleh Warner Bros untuk membawa watak itu di dalam Fantastic Beasts 3 gara-gara beliau tewas dalam kes saman fitnah tabloid The Sun mengenai artikel yang mendakwa bahawa dirinya seorang kaki pukul.
Terbaru menurut laporan Daily Mail., pelakon Hollywood sensasi dengan kontroversi kes saman bersama bekas isteri, Johnny Depp dilapor bakal kembali dalam dalam Pirates of the Caribbean (POTC) menerusi perjanjian bersama Disney bernilai RM1.3 bilion.
Malah, menurut sumber melalui Poptopic, pelakon berusia 59 tahun itu telah berbincang dengan Disney mengenai perjanjian itu selepas kes saman fitnah ke atas isterinya itu selesai hampir sebulan lalu.
Sumber dalaman menerusi Daily Mail berkata, Disney berminat untuk memperbaiki semula hubungan dengan pelakon itu sebelum menghubunginya kembali baru-baru ini.
Ads
Dalam perjanjian itu, Johnny turut ditawarkan untuk kembali semula sebagai Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean 6 dan siri Disney Plus spin-off iaitu tentang kehidupan awal Kapten The Black Pearl.
“Apa yang saya boleh beritahu anda ialah pihak studio telah pun membuat draf untuk filem tentang Jack Sparrow.
“Jadi mereka amat berharap Johnny akan memaafkan mereka dan kembali sebagai watak ikoniknya,” kata sumber itu, lapor Daily Mail.
Ads
Dalam masa sama, pihak studio juga turut berharap agar pelakon utama itu akan memaafkan mereka dan kembali memegang watak tersebut.
Menterajui watak utama sejak 15 tahun yang lalu, Johnny Depp memang sinomim dengan dalam lima siri filem lanun POTC dan membuat penampilan terakhirnya dalam siri Dead Men Tell No Tales yang ditayangkan pada 2017.
Bagaimanapun, pelakon itu memberitahu kepada umum bahawa dia tidak akan bekerja lagi di bawah Disney selepas digugurkan dalam siri POTC keenam pada 2018 lalu.
Ads
Terdahulu, penulis skrip asal POTC, Stuart Beattie merupakan orang pertama yang mengumumkan kepada awam bahawa Disney Studios telah mengugurkan bintang utama itu pada tahun tersebut.
Wah, kalau betul tak sabarnya nak tunggu Pirates of the Caribbean 6 ni…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita semua sedia maklum, Alif Satar merupakan selebriti yang dijangkiti virus Covid-19 baru-baru ini. Disebabkan oleh perkara itubeberapa rancangan dan juga penggambaran yang pernah melibatkan selebriti tersebut ditangguhkan dan rakan sekerja wajib melakukan ujian pengesanan Covid-19
Perkara tersebut adalah ketentuan tuhan yang mana tiada siapa dapat menyangka. Alif dilihat banyak memohon maaf kepada rakan-rakan disebabkan perkara ini.
Kelmarin dalam satu temubual bersama stesen radio koolfm, pelantun lagu Sesungguhnya 2019 itu ada berpesan kepada pendengar tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Menurutnya dalam temubual tersebut, “SOP ketat macam mana pun tapi virus tu tetap di mana-mana. Jadi, kita kena terus jaga imun sistem kita, makan benda-benda yang sihat dan lagi satu bila kita sendiri dah lalui ni, Alif nak pesan.
Walaupun berat sangat nak bagitahu tapi kena bagitahu. Kepada perokok di luar sana tu boleh berhentilah sekarang sebab benda pertama sekali doktor tanya bila dijangkiti COVID-19 ni ‘you hisap rokok tak?’. Kalau hisap memang akan jadi satu benda berat di mana doktor akan sentiasa pantau. Mula saat sekarang ni, jagalah kesihatan baik-baik.”
Sekadar info, Alif disahkan dijangkiti virus tersebut setelah membuat ujian swab pada 21 November 2020. Ibu, bapa serta adiknya juga didiagnos positif covid-19 walaubagaimanapun isteri dan anak-anaknya disahkan negatif dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Semoga Alif cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Walt Disney Pictures menampilkan sebuah lagi filem animasi terbaru yang berjudul Onward. Diarahkan oleh bekas pengarah Monsters University, Dan Scanlon, filem ini membariskan pelakon hebat seperti Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer sebagai pelakon alih suara.
Mengisahkan tentang Ian dan Barley Lightfoot yang merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia.
Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat.
Walaupun penulis tidak begitu gemar dengan genre animasi, pada mulanya memang agak tertanya-tanya adakah filem ini mampu menghiburkan? Namun, setelah mengikuti perkembangan jalan cerita, boleh kami katakana filem Onward ini adalah antara yang berbaloi untuk ditonton.
Nilai kekeluargaan yang ditampilkan dalam filem ini berjaya mengusik emosi kami apabila melihat situasi dua beradik yang terlalu ingin untuk berjumpa dengan ayah mereka yang sudah lama meninggal dunia. Pengembaraan mereka untuk mencari batu ‘hikmat’ semata-mata untuk menghidupkan semula ayahnya selama sehari bakal membuatkan penonton sebak. Kami boleh merasakan bagaimana rasa rindu mereka pada ayah yang telah tiada.
Kalau nak cakap pasal logik memanglah tidak, tetapi filem ini memberi mesej kekeluargaan yang sangat jelas tentang bagaimana untuk menjaga hubungan baik bersama adik-beradik. Kalau agak-agak ada yang tengah bergaduh dengan adik-beradik tu, korang wajib tengok filem ni okay? Hiks!
Onward bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 5 Mac nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam Islam, umatnya digalakkan untuk melakukan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk, terutamanya bila merasa ragu untuk memutuskan mana yang terbaik diantara pilihan-pilihan yang ada.
Bila sebut je tentang istikharah, kebanyakan daripada kita secara automatik akan terfikirkan tentang soal jodoh. Kata orang, kalau nak tahu seseorang itu adalah jodoh kita, lakukan solat istikharah. Mungkin korang akan dapat petunjuk selepas melakukannya.
Gambar hiasan
Namun begitu, istikharah bukan hanya dilakukan untuk memohon petunjuk tentang jodoh, malah bagi sesiapa yang mempunyai hajat atau ingin memohon petunjuk tentang perkara yang ingin dilakukannya, maka disunatkan untuk mendirikan solat dua rakaat serta berdoa kepada Allah SWT.
Macam mana nak buat solat istikharah?
Cara solat istikharah adalah lebih kurang sama seperti solat Subuh, iaitu dua rakaast. Cuma niatnya saja yang lain dan dilaksanakan sebelum tidur, mahupun setelah bangun tidur. Lebih afdhal jika dilakukan pada lewat tengah malam, disaat persekitaran sunyi sepi supaya hati lebih khusyuk untuk berdoa kepada Allah.
Lafaz niat
Sahaja Aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat, tunai kerana Allah Taala
Rakaat pertama
Baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
Rakaat kedua
Baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas
Gambar hiasan
Dalam sujud akhir..
Baca tasbih berikut sebanyak 40 kali
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
Selepas salam, korang boleh baca doa yang disarankan dalam solat ini.
Sebaiknya, sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT, contohya “Ya Allah, jika hal ini … (sebutkn namanya)
Doa istikharah
Lakukan solat istikharah ini sebanyak 3 atau 7 hari berturut-turut mengikut kepentingannya. InsyaAllah akan diberi kecenderungan dan digerakkan hati untuk membuat keputusan yang betul.
Kita hanya berusaha, selebihnya tawakal kepada Allah SWT.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.