Jungkook telah disahkan positif sebaik tiba di negara itu apabila mengalami simptom sakit tekak. Dia bersama ahli BTS yang lain dijangka akan melakukan beberapa siri konsert dan membuat kemunculan serta persembahan bagi majlis berprestij, Anugerah Grammy.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music, mereka memaklumkan yang sebelum itu, Jungkook telah pun membuat ujian pengesanan Covid-19 di Korea Selatan dan disahkan negatif.
“Jungkook telah diuji negatif pada ujian PCR di Korea, dan dia berlepas ke Amerika Syarikat pada Ahad, 27 Mac sebagai persediaan untuk persembahan Anugerah Grammy. Selepas tiba di Las Vegas, dia merasakan sedikit ketidakselesaan di tekaknya dan segera mengambil ujian PCR pantas dan ujian PCR standard pada petang Ahad, 27 Mac,” menurut mesej yang disampaikan oleh syarikat tersebut.
Tambah kenyataan oleh syarikat Big Hit Music itu, “Ketika menjalani kuarantin sebagai langkah keselamatan, kedua-dua ujian yang dibuat adalah positif, dan Jungkook sah dijangkiti Covid-19 pada Isnin, 28 Mac. Jungkook kini berada di bawah kuarantin dan rawatan diri, mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat.”
Walau bagaimanapun, penyanyi tersebut dilaporkan tidak mengalami gejala teruk selain sakit tekak ringan.
Nampaknya nasib ‘adik bongsu’ dalam kumpulan popular Korea Selatan, BTS ini bakal ditentukan kelak mengikut terma syarat kesihatan Covid-19 yang ditetapkan jabatan kesihatan Amerika Syarikat. Ini bagi memastikan dia benar-benar sihat untuk melakukan persembahan.
Kredit foto: Instagram BTS
BTS dijadualkan membuat persembahan dalam empat konsert, Permission to Dance on Stage, di Stadium Allegiant di Las Vegas. Mereka akan mengadakan pertunjukan secara langsung pada 8 April, 9 April, 15 April dan 16 April. BTS juga akan mengadakan persembahan di MGM Grand Arena, Las Vegas untuk Anugerah Grammys.
Ads
Kumpulan ini telah dicalonkan dalam ketegori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik menerusi lagu hit mereka, Butter.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ada sesuatu tentang bintang baharu yang sedang mencari tapak dalam ruang angkasa seni hiburan. Cahaya mereka mungkin belum membara sepenuhnya tetapi sudah cukup terang untuk memikat pandangan.
Begitulah pesona yang ditampilkan oleh gandingan hangat Jazmy Juma & Tracie Sinidol yang diulit perhatian setelah mewarnai naskah drama Hilang Dalam Rindu yang berjaya menyingkap sisi terbaik mereka.
ketua bahagian New Gen FIEZREEN AHMADpenyelaras & penataan gaya FZ AIMMAN perletakan grafik & arahan seniAZNIZA AZIZteks ZOE@ZULAIKHA fotografi JAZLAN NANGAR pembantu foto ISHRAF HAQIMI ISMAIL suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit & penyunting video SURIA AMIRA videografi AFIQ NAQIUDDIN, EZZAT MD SHUKRI & EIMAN NURSYAZAsolekan & dandanan HELMY SHARIP & FAIZAL AZHARpersalinan & tajaan lokasi SYOMSZ oleh SYOMIRIZWA GUPTA
Penangan ‘DR’ – Dari Dewi Remaja ke Dunia Realiti
Sejak dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol menjadi lambang wajah baharu yang mencerminkan aspirasi anak seni muda.
Gadis kelahiran negeri Sabah ini tidak hanya bergantung pada rupa paras semata tetapi tekad, dedikasi dan keberaniannya untuk keluar dari zon selesa telah disemat sejak usia belasan tahun lagi. Dalam tempoh kurang tiga tahun selepas kemenangannya, Tracie mengorak langkah dengan agak pantas baik dari aspek kerjaya mahupun kehidupannya.
Kini memanggil Kuala Lumpur sebagai rumah kedua untuknya melebarkan sayap, Tracie juga kian memperolehi lebih banyak watak-watak mencabar sekaligus meluaskan lagi repertoire sebagai pelakon serba boleh.
Terbaru muncul menerusi drama Hilang Dalam Rindu (HDR), Tracie sekali lagi mudah mencari titik chemistry bersama gandingannya, Jazmy Juma lalu mencipta fenomena dalam kalangan penonton tempatan dan antarabangsa.
“Waktu mula-mula kerja saya tak expect banyak pun (dengan keupayaan mereka mencipta chemistry). Saya ingatkan Jaz seorang yang pendiam. Bila dia datang je dia buka skrip, tarik kerusi, pasang headphone dan saya tahu dia tengah in his own zone.”
Perlahan-lahan, kerjasama itu berkembang. Daripada komunikasi yang sedikit kaku, akhirnya lahir satu chemistry yang sukar dinafikan.
Meneruskan momentum daripada Hilang Dalam Rindu, Tracie berkongsi mengenai watak terbaru yang digalasnya sekarang. Bukan hanya ia memerlukan transformasi dari segi gaya malahan ia memerlukan kudrat untuk membelai jiwa. Demi keaslian karakter kali ini, Tracie relakan diri dengan imej baharu.
“Sebenarnya bukan terpaksa tetapi saya bersetuju untuk sesuaikan diri dengan karakter. Saya fikir, why not go with the bangs dan cuba tampil dengan look baru. Sedikit sebanyak, pengorbanan ini adalah untuk menjiwai watak sebagai seorang gadis buta.”
Atas nama realisme juga, pelakon berzodiak Libra ini turut menghadiri kelas bersama Malaysian Association for the Blind untuk mendalami cara berjalan, membaca tulisan Braille dan menyelami ekspresi tubuh kelompok buta. Dan berbekalkan tunjuk ajar daripada ibu Fatimah Abu Bakar, Tracie benar-benar mendalami apakah yang dimaksudkan sebagai anak seni sejati untuk menghidupkan karakter.
Menarik juga untuk dikongsikan, Tracie bakal kembali semula ke platform pencarian Dewi Remaja! Namun kali ini bukan sebagai peserta tetapi menggalas tugas sebagai seorang juri. Pengalaman ini sedikit sebanyak memberi Tracie satu perspektif baharu apabila perlu duduk di belakang meja dengan mata yang menilai secara bernas.
“Sebagai seorang juri, kita tahu apa yang kita nak. Sebagai peserta pula, kita cuma datang dan buat yang terbaik. Pengalaman di uji bakat Dewi Remaja 2025 ini sedikit sebanyak membuka mata saya untuk lebih bersedia setiap kali hadir untuk uji bakat.”
Di luar kerjayanya, Tracie tidak pernah menyorokkan pandangannya tentang cinta. Cuma, Tracie lebih selesa untuk tidak mempertontonkan kisah cinta yang berputik di hati.
Pasangan ideal? “Seorang yang menghormati saya dan insan-insan yang saya sayangi, yang boleh membimbing saya ke arah lebih baik… dan sopan. Kalau yang suka meninggikan suara, straight away saya katakan no.”
Green flag? “Peka dengan hal kecil… seperti sanggung buang bahagian tepi roti tanpa saya perlu minta pun.”
Red flag? “Orang yang cakap besar, syok sendiri, rasa dialah terpaling alfa.”
Tracie percaya suatu perhubungan yang berterusan menitik beratkan keseimbangan dan memerlukan keupayaan untuk memberi dan menerima. Love language-nya ringkas tetapibermakna; act of service dan quality time.
Si Hero Peneman Dewi
Sebagai sebahagian daripada kelompok 12 finalis Hero Remaja 2020, di awal pembabitan Jazmy Juma dalam dunia seni selepas pencarian melabuhkan tirai sedikit dikaburi oleh kecemerlangan rakan-rakan finalis lain yang satu demi satu menapak pantas.
Situasi tersebut bagaimanapun tidak pernah mematahkan semangatnya kerana kongsi jejaka berusia 27 tahun ini, proses memperkenalkan nama Jazmy Juma di mata produksi dan penonton telahpun mendidiknya menjadi pelakon yang lebih matang; biarpun ia memakan sedikit masa.
“Bagi saya, setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya ambil masa untuk memperbaiki diri sebelum betul-betul masuk dunia lakonan. Bila difikirkan semula, ia mengajar saya untuk menjadi seorang yang tekun dan tidak mudah gentar.
“Saya sedar spotlight bukanlah segala-galanya. Apa yang lebih penting ialah kualiti kerja. Kalau saya sendiri tak puas hati dan tidak percaya dengan apa yang telah saya gambarkan pada skrin, apatah lagi penonton yang mengikuti drama tersebut. Oleh itu, I groomed myself sebelum meneroka mana-mana projek lakonan,” katanya.
Persediaan itu membuahkan hasil apabila Jazmy mendapat kepercayaan pengarah, Idora Abdul Rahman untuk menjayakan peranan berat sebagai seorang anak yang terpaksa berkorban selepas keluarga yang asalnya bahagia dihancurkan oleh konflik dalam drama terbaru lakonannya Takdir Cinta Terlarang.
Ini merupakan drama kedua di saluran televisyen TV3 yang memperlihatkan Jazmy sebagai teraju utama selepas muncul Hilang Dalam Rindu di samping Tracie Sinidol.
“Tracie juga adalah pelakon baharu tetapi dia ada pengalaman lebih di set penggambaran berbanding saya yang baru ingin membina nama. Bila berpeluang digandingkan dengan heroin-heroin berbakat ini, saya cuba untuk membawa kekuatan saya ke dalam set agar kehadiran saya tidak nampak goyah.
“Kata kuncinya adalah bersiap-sedia melakukan homework agar saya tidak merasa tertekan. Lebih-lebih lagi, saya memasang impian untuk satu hari nanti mendapat peluang untuk membawa watak biopik daripada kisah benar,” tambah Jazmy yang mengerti bahawa populariti boleh datang dan pergi; tetapi integriti kerja adalah sesuatu yang kekal.
Lebih daripada itu, Jazmy mengakui perjalanan sebagai late bloomer ini memberinya peluang untuk mengenal kekuatan diri. Ia menjadikannya pelakon yang tidak terburu-buru, malah lebih selektif dan penuh kesedaran.
Menambah warna kepada pertemuan bersama REMAJA, kami ajukan apakah ciri-ciri pasangan ideal Jazmy Juma? “Orang yang baik, supportive, memahami, hormat dan beradab.”
Green flag? “Sopan, hormat ibu bapa dan orang tua serta mempunyai common sense, IQ dan EQ yang tinggi.”
Red flag? “Tak hormat orang tua. Bagi saya, rasa hormat itu memang saya angkat sebagai ciri-ciri nombor satu.
“Umur ideal untuk menamatkan zaman bujang bagi saya adalah sebelum mencecah 30. Tetapi saya mengerti alam perkahwinan ini bukanlah satu perlumbaan tetapi rezeki yang sudah tertulis.”
*
Jazmy Juma dan Tracie Sinidol; dua nama yang lahir daripada platform berprestij, Hero Remaja dan Hero Remaja. Tracie hadir sebagai simbol keberanian gadis muda yang sanggup mencabar dirinya. Jazmy pula melambangkan ketekunan lelaki yang perlahan tapi pasti.
Apabila digandingkan, terbit satu naratif baharu: tentang kesabaran, usaha, dan kejujuran dua bintang muda yang terus belajar untuk terus menyala dalam dunia seni yang penuh persaingan.
Gandingan Hilang Dalam Rindu ini merupakan refleksi generasi kini yang berani mencuba dan sentiasa mencari makna dalam setiap langkah. Bukan populariti semata yang dikejar, tetapi mencari ruang untuk meninggalkan impak dan menjadi sebahagian daripada naratif yang lebih besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulu, ya mungkin bola sepak dilihat sebagai sukan yang didominasi oleh pemain, pegawai dan penonton lelaki.
Namun zaman dah berubah. Perempuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan bola sepak dunia berkembang secara positif. Malah, kategori bola sepak wanita pun sudah diiktiraf di peringkat sukan tinggi di seluruh dunia.
Baru-baru ini, tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang dipercayai di Timur Tengah iaitu pemain pasukan Shahab al Ordon, sebuah kelab dari Jordan, membuat benteng dalam bulatan bagi menutup seorang pemain lawan yang tudungnya hampir tercabut.
Menerusi video itu, kejadian itu berlaku berikutan seorang pemain Arab Orthodox Club tertanggal tudungnya ketika beliau cuba mengelecek beberapa pertahanan.
JUST BEAUTIFUL.
Opponents huddle up around a Hijabi footballer in order to protect her from showing her hair. pic.twitter.com/O5aC84AhmN
Tindakan lima orang pemain-pemain Shahab berhenti meneruskan permainan demi melindungi aurat wanita berkenaan daripada dilihat umum mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan patut dijadikan contoh untuk pemain lain.
Untuk info, Larangan memakai tudung dibatalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sejak 2014. Pada Oktober 2016, kurang dua tahun selepas larangan kepada hijab dimansuhkan, Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun wanita diadakan di Amman, Jordan. Itu adalah kejohanan pertama secara rasmi oleh FIFA yeng membenarkan pemakaian hijab oleh pemain-pemain wanita. Kejohanan itu juga adalah kejohanan pertama di Timur Tengah yang dianjurkan oleh FIFA.
So, bagi penulis pakai hijab pun boleh je bersukan kan…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain kesihatan mental dan fizikal, seorang penyanyi juga perlu menjaga suara dengan baik kerana itu aset buat mereka.
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang penyanyi demi menjaga pita suara mereka dan salah satunya mengamalkan minuman dan makanan secara tradisional.
Terbaru, tular satu video di Tiktok penyanyi kelahiran British, Zayn Malik menunjukkan salah satu minuman yang diamalkannya bagi menjaga suaranya.
Menerusi video singkat yang dimuat naik itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman rasanya seperti madu. Zayn juga menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.
“Ini seperti madu dari China. Ia sangat bagus untuk pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa”
“Saya bawa ini ke mana saja saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air, memang best…”
Dalam pada itu, ia telah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang dikenali warga tempatan.
Rata-rata mereka berasa lucu dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.