Bintang K-pop benar-benar menguasai trend fesyen dunia!
Pengaruh selebriti K-pop sensasi, IU semakin berkembang pada tahun ini menerusi kempen-kempen fesyen serta jenama kecantikan. Siapa sangka, daripada sekadar menjadi artis hiburan K-pop, IU telahpun diumum oleh jenama fesyen terkemuka Gucci sebagai wajah ataupun duta jenama besar dunia.
Pada hemat penulis, ini merupakan strategi yang bijak memandangkan setiap kali berlangsungnya pertunjukan fesyen di Eropah, merekalah punca utama acara tersebut trending di media sosial. Semuanya disebabkan pengaruh industri K-pop ini.
Selepas penampilan sulung di Festival Filem Cannes yang menakjubkan, IU kembali menjadi bualan ramai. Pemuzik dan pelakon Korea Selatan itu secara rasminya dipilih menjadi duta global yang baru Gucci, menyertai pelakon Lee Jung-jae dan Shin Min-a.
Iu, atau nama sebenarnya Lee Ji-eun sebelum ini telah menunjukkan kerjasamanya dengan rumah fesyen Itali. Dia sering menyiarkan gambar dirinya memakai beg dan pakaian Gucci di Instagram.
Pada majlis penutup Festival Filem Cannes, IU memakai gaun tulle berwarna hijau sage. Gaun ini mempunyai perincian kelopak berenda di pergelangan tangan, taburan bunga labuci dan kristal, serta tali pinggang sutera Duchesse.
Ads
Melalui persembahan yang hebat sebagai ibu muda dalam filem Broker, IU mendapat pengiktirafan dan pujian ramai.
Sekadar info, “Broker” ialah filem Korea pertama yang diarahkan oleh tuan Jepun Hirokazu Kore-eda dan telah meraih perhatian tinggi sejak awal. Ia menggambarkan kehidupan watak yang terpinggir dan tidak dilindungi dalam masyarakat.
Foto Via Twitter
Selain artis K-pop, pelakon K-Drama juga merupakan pilihan popular jenama antarabangsa.
Antara yang terpilih termasuklah Park Seo Joon (MONTBLANC), Yoo Ah In (BURBERRY), Song Hye-kyo (BOTTEGA VENETA), Jun Ji-hyun (Alexander McQueen) dan Park Min-young (TOD’s).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari segi nama saintifiknya, teh hijau datang dari daun pokok teh dikenali sebagai camellia sinensis. Ia kebanyakannya boleh ditanam di negara China. Terdapat beberapa jenis teh hijau yang diusahakan berdasarkan lepelbagaiannya dengan cara ia ditanam, kaedah horticultural, proses penyediaan dan masa ia dituai.
Dan mengikut sejarah, teh hijau telah mula digunakan sejak ratusan tahun yang lalu ketika pemerintahan Maharaja Shennong di China.
Photo by Anna Pou from Pexels
Baru-baru ini, seorang jurumekap artis yang terkenal dengan lebih 5 juta subscribers di Youtube. Berasal dari Korea Selatan, dengan nama Pony atau nama sebenarnya ialah Hye-Min Park berkongsi rahsia kulit flawless miliknya.
Foto Via Soulspace
Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, jurusolek artis dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri.
Nak tahu cara Pony mendapatkan kulit flawless? Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin cuci muka.
Melalui video ini, Pony dilihat mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air atau besen air, kemudian cuci dan bilas mukanya dengan air teh hijau tersebut.
Menurut Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit.
Malah, penggunaan teh hijau kini semakin popular diamalkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk minuman, makanan, losyen, ubat gigi dan juga produk-produk kecantikan yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amalan bertindik telinga merupakan budaya biasa orang di Malaysia, ia juga cara menghias diri yang digemari. Bahkan, ada antara kita sudah menindik telinga sedari kecil.
Namun bagaimana pula dengan bertindik hidung? Apa pula hukumnya bertindik di bahagian hidung?
Shila Amzah tindik hidung
Dengar penjelasan yang pernah dikongsi oleh pendakwah berpengaruh, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Dilarang syarak jika ikut dengan budaya lain
Beliau memberikan penjelasan bahawa seandainya seseorang itu melakukan tindik hidung kerana terikut-ikut dengan budaya lain, maka ia suatu yang dilarang syarak.
“Ini kerana ia sudah menyerupai suatu kaum sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis baginda,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Bunga Isme tindik hidung
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Bazzar)
Dibenarkan dalam syarak jika…
Walaupun begitu, Ustaz Ahmad Dusuki turut menjelaskan sekiranya perbuatan menindik tersebut dilakukan dengan tujuan untuk kecantikan yang ingin diperlihatkan kepada suami atau keluarganya, ia dibenarkan dalam syarak.
Tambah beliau lagi, “Namun, bagi saya, lebih baik jangan tindik pada hidung. Tindiklah pada telinga iaitu tempat yang sepatutnya kita memakai subang.
“Itulah yang disebut sebagai kecantikan buat kita, bukan untuk orang lain. Inilah yang terbaik dalam hidup kita,” sarannya.
Nicola Coughlan bintang siri Netflix Bridgerton, kini menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi, dalam musim ini, Penelope menjadi watak utama. Kisah cinta antara Penelope dan Colin menjadi fokus utama dalam Bridgerton musim ketiga.
Untuk info, Nicola Coughlan sudah pun berusia 37 tahun, awet muda sungguh.
Bintang Bridgerton ini mendedahkan rutin malam 3 langkahnya yang sangat mudah. Rutin penjagaan kulitnya untuk mendapatkan kulit yang bersih dan bersinar adalah dengan menggunakan produk Tatcha.
Kulit Gebu Nicola Coughlan Jadi Tumpuan, Bintang ‘Bridgerton’ Kongsi Rahsia
“Pada masa ini, saya menggunakan Tatcha. Saya menyukainya, dan pastikan minum banyak air serta mendapatkan tidur yang cukup.”
Memandangkan ramai yang tertanya-tanya apakah produk Tatcha yang Nicola gunakan, Nicola terus mendedahkan rutin malamnya secara peribadi. Sayang betul Nicola pada peminatnya….
“Saya sangat menyukai minyak pembersih ini kerana ia benar-benar menanggalkan segala-galanya pada kulit.”
Tatcha Camellia Cleansing Oil Minyak ini adalah produk 2-dalam-1 yang membersihkan kulit dengan menanggalkan semua solekan, serta melembapkan wajah. Memandangkan ia dirumus dengan minyak camellia, ia berfungsi dengan baik untuk solekan kalis air.
Tatcha The Dewy Skin Cream Seterusnya, Nicola menggunakan Tatcha The Dewy Skin Cream, pelembap terlaris jenama itu. Produk ini mengandungi asid hyaluronik, yang meresap dalam kulit, menghidrat dan menggebukan. Terdapat juga alga dan Hadasei-3, yang membantu melindungi kulit daripada tekanan dan pencemaran.
Tatcha Kissu Lip Mask Akhir sekali, Nicola menggunakan Tatcha Kissu Lip Mask. Topeng bibir semalaman ini mengandungi squalane dan ekstrak pic Jepun yang membantu melembapkan bibir, memulihkan, serta merawat kekeringan.
“Ia sangat bagus dan teksturnya seperti jeli. Apabila bangun pada waktu pagi, bibir kamu akan cantik dan gebu, serta bersedia untuk hari itu.”
Jadi, buat anda yang ingin memiliki kulit yang sihat seperti Nicola Coughlan, anda boleh meniru beberapa tips kecantikan yang telah dikongsikan. Anda tidak perlu menggunakan produk penjagaan kulit yang sama dengannya, tetapi boleh mencari produk dengan komposisi yang serupa untuk mendapatkan kesan yang sama.
Selain itu, penting juga untuk memperhatikan jenis kulit dan memberikan nutrisi yang sesuai dengan keperluan kulit. Semoga bermanfaat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...