Belum sempat kami menarik nafas lega setelah habis menonton drama bersiri popular Netflix, Bridgerton baru-baru ini, kini ada satu berita baik kepada peminat drama tersebut.
Setelah pelbagai ura-ura ‘berterbangan’ mengenai nasib Bridgerton, semalam Netflix telah mengesahkan bahawa ia akan kembali untuk musim kedua tidak lama lagi!
Dalam video pengumuman berdurasi 38 saat itu, para pelakon seperti Rege-Jean Page, Phoebe Dynevor, Nicola Coughlan, Jonathan Bailey, Julie Andrews dan ramai lagi serta kru penggambaran akan kembali memasuki set seawal bulan Mac tahun ini.
Menerusi video tersebut, kita disajikan dengan babak-babak menarik daripada musim pertamanya dan membuatkan ramai orang tidak sabar untuk menantikan sambungan.
Dipetik Dari Novel
Seperti musim pertamanya yang diadaptasi daripada siri novel Bridgerton berjudul The Duke and I, sambungan Bridgerton ini masih akan mengekalkan konsep yang sama menerusi novel The Viscout Who Loved Me serta mengekalkan 8 buah episod.
Nampaknya, setiap musim akan mengikut setiap siri novel tulisan Quinn itu.
Jika menurut sipnopsis ringkas novel kedua itu, Anthony akan menjadi watak utama bagi musim ini apabila dia bukan saja perlu membuat keputusan untuk berkahwin, tetapi juga sedang dilamun perasaan terhadap Edwina Sheffield.
Besar kemungkinan ia akan menemui penonton pada akhir tahun ini. Namun dek kerana musim pandemik yang tidak dapat dijangka, ramai pelakonnya yang gusar mengenai perancangan bagi musim kedua ini memandangkan ramai pelakon dan kru yang terlibat dalam siri tersebut.
Ads
Siri Comeback Netflix
Selain Bridgerton, terdapat beberapa lagi siri lain yang sedang bersiap sedia untuk melakukan comeback bagi musim seterusnya.
Unbrella Academy Musim Ketiga
Tarikh pengumuman: November 2020.
Tarikh penggambaran: Februari 2021
Oh my god! We’re back! Again! It’s official. Production for S3 of The Umbrella Academy begins in February pic.twitter.com/tZxyezzCOc
Aktor, Nadhir Nasar akan tampil dengan buah tangan terbaru apabila menerima peluang membawakan watak yang cukup mencabar dalam sebuah telefilem raya berjudul Ayah… Jangan Nangis.
Jelas Nadhir ketika ditemui REMAJA pada Rabu, tanggungjawab melakonkan watak Orang Kurang Upaya (OKU), terutamanya yang berdepan dengan simptom autisme bukanlah suatu perkara yang mudah.
Namun, juara Hero Remaja 2020 ini percaya dengan melakukan kajian mendalam terlebih dahulu, dirinya dapat menggambarkan kehidupan wataknya itu dengan lebih realistik.
“Bagi saya, telefilem Ayah… Jangan Nangis amat dekat dengan saya meskipun karakter tersebut agak sukar untuk saya mainkan. Saya lakukan yang terbaik untuk watak OKU yang seperti kita tahu amat mencabar. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon apabila nak portrait kehidupan seseorang, sahya kena study well dahulu,” katanya.
Tambahnya lagi, persediaannya turut melibatkan rutin menonton video-video di YouTube berkaitan kanak-kanak autistik dan meneliti gerak tubuh dan cara interaksi mereka dengan orang di sekeliling.
Nadhir juga sering berbincang dengan pengarah bagi memastikan setiap perincian wataknya itu tepat.
“Ya, saya banyak tengok video Youtube ‘random autistic kids’ dan saya campur adukkan serta bertanya semula kepada pengarah apa yang dia mahukan.
“Ini adalah watak yang saya nak. Cuma watak OKU yang saya betul-betul nak bawa ialah karakter seorang yang bisu. Mungkin satu hari nanti,” kongsinya.
Pada masa sama, pelakon drama popular Projek: High Council itu mengajak semua peminat untuk menonton telefilem ini apabila ia ditayangkan nanti.
“Anda semua jangan lupa saksikan telefilem raya ini kerana saya yakin anda tidak akan menyesal menonton.
“Ia kerana Ayah… Jangan Nangis merupakan sebuah karya yang sangat rapat dengan hati komuniti yang dilakonkan oleh saya dan para pelakon hebat yang lain,” tuturnya lagi.
Telefilem Ayah… Jangan Nangis turut dibintangi Faizal Hussein dan Nadia Aqilah manakala pengarahnya ialah Issey.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yes guys! Pelakon dan ahli grup k-pop popular, Choi Siwon selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam tadi dan disambut ringkas oleh peminatnya.
Tapi tak ada berita mengenai konsert Super Show bersama Super Junior. Jauh sekali ada tayangan perdana filem terbaru yang menampilkan Siwon.
Jadi apa tujuan sebenar selebriti kacak berusia 32 tahun itu datang ke sini?
Kenapa muka terkejut tu?
Untuk pengetahuan korang, Malaysia ialah antara negara yang selalu dikunjungi Siwon – no joke. Cumanya kehadiran dia kali ini adalah sebagai kemunculan istimewa di sebuah acara anjuran jenama kosmetik dan penjagaan badan, Kiehl’s.
Beberapa minggu lalu, Siwon berada di Hong Kong intuk melancarkan stor pop-up Kiehl’s. Kali ini, dia akan berada di Blue Concourse, Sunway Pyramid pada hari Sabtu (29 Jun 2019) jam 2 petang untuk melancarkan produk terbaru mereka.
Kali terakhir Siwon ke Malaysia adalah pada bulan Ogos tahun lalu untuk sebuah kempen UNICEF. Nampaknya kali ini, dia masih mencintai Malaysia apabila serta-merta memuat naik tweet berbunyi, “Saya datang ke Malaysia. Cuacanya bagus.”
Sorry ya Siwon kalau terasa panas sikit tidur malam ni. Hehe, standard-lah Malaysia.
Ada di antara korang yang akan berjumpa dengannya Sabtu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
..dan ini merupakan kali pertama dia menyertai Kejohanan Dunia!
Pada awalnya, atlet berusia 15 tahun iaitu Muhammad Aliff Mohd Azizi tak meletakkan apa-apa expectation pun semasa menyertai Kejohanan Muay Thai Dunia ke 16.
Berlangsung di Bangkok Thailand, penyertaan sulungnya itu sekadar untuk menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia. Bukan mudah untuk melepasi senarai peserta dari 60 negara dan layak ke kejohanan tersebut.
And for that we are proud of him!
Bercakap kepada rakan media di BERNAMA, Muhammad Aliff menganggap kejayaan merangkul 2 pingat emas itu adalah kerana semangat dan dorongan daripada keluarga, jurulatih dan pihak-pihak yang terlibat.
“Sokongan ayah, Mohd Azizi Bakar, jurulatih Azrol Mohammad dan rakan sepasukan membuatkan saya sentiasa fokus dan terus positif sehingga berjaya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth itu.
Untuk pengetahuan, abangnya Muhammad Adam Mohd Azizi, 17, juga berjaya memperolehi satu pingat perak dalam kategori remaja 54-57 kilogram.
Pada kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 20 Mac itu, Muhammad Aliff bersaing dalam kategori kadet 45-48 kilogram. Walaupun mempunyai purata berat badan sama, saiz tubuhnya nyata jauh lebih kecil berbanding atlet negara lain yang besar dan tinggi.
Semoga dengan kejayaan ini, pusat latihan Muay Thai dapat ditambah baik dengan fasiliti lengkap untuk meningkatkan semangat atlet Muay Thai mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!