Nicola Coughlan bintang siri Netflix Bridgerton, kini menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi, dalam musim ini, Penelope menjadi watak utama. Kisah cinta antara Penelope dan Colin menjadi fokus utama dalam Bridgerton musim ketiga.

Untuk info, Nicola Coughlan sudah pun berusia 37 tahun, awet muda sungguh.

ARTIKEL BERKAITAN : Bridgerton Sah Kembali Untuk Musim Kedua, Lihat 5 Lagi Drama Comeback Di Netflix

Kulit Gebu Nicola Coughlan Jadi Tumpuan, Bintang ‘Bridgerton’ Kongsi Rahsia

Jika anda ingin mendapatkan kulit wajah yang sempurna dan awet muda seperti Nicola Coughlan, ini rahsianya.

IKLAN

Bintang Bridgerton ini mendedahkan rutin malam 3 langkahnya yang sangat mudah. Rutin penjagaan kulitnya untuk mendapatkan kulit yang bersih dan bersinar adalah dengan menggunakan produk Tatcha.

Kulit Gebu Nicola Coughlan Jadi Tumpuan, Bintang ‘Bridgerton’ Kongsi Rahsia

“Pada masa ini, saya menggunakan Tatcha. Saya menyukainya, dan pastikan minum banyak air serta mendapatkan tidur yang cukup.”

IKLAN

Memandangkan ramai yang tertanya-tanya apakah produk Tatcha yang Nicola gunakan, Nicola terus mendedahkan rutin malamnya secara peribadi. Sayang betul Nicola pada peminatnya….

“Saya sangat menyukai minyak pembersih ini kerana ia benar-benar menanggalkan segala-galanya pada kulit.”

Kulit Gebu Nicola Coughlan Jadi Tumpuan, Bintang ‘Bridgerton’ Kongsi Rahsia

IKLAN
  • Tatcha Camellia Cleansing Oil Minyak ini adalah produk 2-dalam-1 yang membersihkan kulit dengan menanggalkan semua solekan, serta melembapkan wajah. Memandangkan ia dirumus dengan minyak camellia, ia berfungsi dengan baik untuk solekan kalis air.
  • Tatcha The Dewy Skin Cream Seterusnya, Nicola menggunakan Tatcha The Dewy Skin Cream, pelembap terlaris jenama itu. Produk ini mengandungi asid hyaluronik, yang meresap dalam kulit, menghidrat dan menggebukan. Terdapat juga alga dan Hadasei-3, yang membantu melindungi kulit daripada tekanan dan pencemaran.
  • Tatcha Kissu Lip Mask Akhir sekali, Nicola menggunakan Tatcha Kissu Lip Mask. Topeng bibir semalaman ini mengandungi squalane dan ekstrak pic Jepun yang membantu melembapkan bibir, memulihkan, serta merawat kekeringan.

“Ia sangat bagus dan teksturnya seperti jeli. Apabila bangun pada waktu pagi, bibir kamu akan cantik dan gebu, serta bersedia untuk hari itu.”

Jadi, buat anda yang ingin memiliki kulit yang sihat seperti Nicola Coughlan, anda boleh meniru beberapa tips kecantikan yang telah dikongsikan. Anda tidak perlu menggunakan produk penjagaan kulit yang sama dengannya, tetapi boleh mencari produk dengan komposisi yang serupa untuk mendapatkan kesan yang sama.

Selain itu, penting juga untuk memperhatikan jenis kulit dan memberikan nutrisi yang sesuai dengan keperluan kulit. Semoga bermanfaat!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI