Bila dengar syarikat penerbangan buat promosi tambang murah, semua mesti excited nak merancang jadual melancong bersama rakan-rakan. Malah, ramai juga yang sudah membeli tiket setahun lebih awal semata-mata untuk mendapatkan harga tiket jauh lebih murah.
Namun,siapa sangka pandemik Covid19 ini akan melanda dunia.
Okay guys, disini kami nak kongsikan dengan korang, mungkin ada yang belum tahu para penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan antara 23 Mac dan 31 Julai 2020 kini boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama 2 tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.
Semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga 2 tahun untuk perjalanan akan datang.
Pilihan yang tersedia untuk para tetamu dengan tempahan yang sah adalah seperti berikut :-
Ads
1) Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU
2) Akaun Kredit: Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (2 tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang dan tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang telah dikeluarkan di airasia.com.
Para penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.
Ads
Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan untuk tetamu yang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada 2 tahun.
Tiada tindakan susulan diperlukan daripada para penumpang.
Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com.
Ads
Manakala untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.
Bila sebut Starbucks, ia dikategorikan tempat have-have.
Adakalanya nak buat pesanan minuman pun rasa seram sejuk. Hikz.
Ternyata pandemic COVID-19 memberikan kesan yang bukan sedikit ke atas dunia perniagaan baik kepada syarikat yang sudah berjenama besar dan dikenali ramai. Terkini, Starbucks mengumumkan bakal menutup 400 cawangan di Amerika Utara selepas bertahan selama 18 bulan.
Dengan penutupan ini, Starbucks akan kehilangan pendapatan lebih dari USD3 bilion pada suku tahun ke tiga tahun ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kopi terkenal dunia ini di negeri Seattle, Washington, Amerika Syarikat, pihaknya akan memperluaskan format perniagaan dengan konsep yang masih memberikan keselesaan kepada peminatnya dengan cara bawa pulang, driver thru dan lokasi pick up untuk mereka yang membawa kereta.
“Kami mencari cara terbaik untuk mengatasi situasi COVID-19 ini, malah mempercepatkan kedai mudah alih untuk memberi pengalaman bagi peminat kopi jenama Starbucks ini,” kata Kavin Johnson yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks.
Malah mereka turut menyasarkan target keuntungan hanya sekitar USD2 bilion ke USD 2.2 bilion untuk pertengahan tahun ini dan mahu mencapai keuntungan semaksimumnya. Dalam pada itu, kedai kopi terkenal Amerika ini mempunyai 8000 outlet di seluruh Amerika. Sumber : AFP/Alarabiya/OL-09
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Medsoc atau media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Apa yang terlintas difikiran semuanya akan diluahkan di media sosial sehingga lupa menjaga adab, sensitiviti dan perasaan orang disekeliling.
Baru-baru ini, Tungku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tampil memuat naik Insta Story menjelaskan baginda bimbang masyarakat kini yang terlalu taksub dan ketagih pada media sosial.
“Gunakanlah media sosial secara bersederhana”
Dalam pada itu, baginda turut berkongsi bahawa kehidupannya semakin bertambah baik sejak mengurangkan penggunaan media sosial. Selain itu baginda memberi teguran kepada netizen agar menggunakan media sosial secara bersederhana dan mengisi masa yang ada sebaik mungkin.
“Lebih baik hidup di dunia yang sebenar lakukan perkara yang positif di samping individu yang tersayang yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan individu lain. Percaya dengan sebaik-baik Pencipta, Allah. Selamat malam,” tulisnya lagi.
Tambahnya, hidup di dunia sebenar adalah lebih baik dengan melakukan perkara positif bersama insan tersayang supaya dapat memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain.
Pada masa yang sama, baginda turut menyatakan tidak memiliki masa untuk melayan perkara remeh yang tidak mendatangkan faedah kepadanya.
“Saya tiada masa melayan orang gila”
Sebelum ini, hantaran di IG Story ibu kepada Neelofa, Noor Kartini mendapat perhatian ramai selepas menemplak dan mempertikaikan kata-kata Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar telahpun mencadangkan kepada pihak kerajaan agar melaksanakan sekatan penuh bersasar bagi negeri bersempadan.
Namun begitu, adalah tidak dipastikan pesanan ringkas itu ditujukan kepada siapa. Mungkin ia hanyalah teguran ‘umum’ kepada rakyat agar tidak melakukan perkara tidak berfaedah dalam hidup mereka.
Umum mengetahui, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan tidak lama lagi. Inilah waktu masyarakat setempat mengetahui calon wakil rakyat mereka yang bakal dipilih.
Kebiasaannya, wakil rakyat dikalangan calon yang telah berpengalaman lama dan sudah tentu agak berusia sedikit, namun bagi PRN Melaka kali ini, calon Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd Nasir mencuri perhatian kerana menjadi calon termuda.
Baru berusia 21 tahun, Farzana bakal bertanding kerusi DUN Sungai Rambai dan menurutnya kepada Berita Harian, walaupun baru setahun jagung dalam arena politik, namun beliau yakin pengundi semakin bijak dan matang menerima orang muda sebagai wakil rakyat.
“Usia bukan faktor utama untuk menjadi wakil rakyat, apa lebih penting berupaya memahami masalah dan berusaha selesaikannya. Saya percaya pengundi akan menilai berdasarkan tekad dan kesungguhan membantu rakyat dan membawa perubahan,” jelasnya.
Farzana juga merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan dan katanya, beliau akan memberikan tumpuan kepada pembangunan generasi muda dalam bidang pendidikan kerana masalah liputan internet di DUN Sungai Rambai menyukarkan golongan muda yang kini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan teknologi untuk belajar dan bekerja.
“Saya mahu meluaskan lagi liputan internet di DUN Sungai Rambai. Ia kini menjadi antara keperluan penting dalam kehidupan masyarakat. Bukan saja pendidikan, malah saya akan memperkasakan sektor keusahawanan wanita di Sungai Rambai,” katanya.
Gadis ini juga kini sedang sibuk turun padang untuk bertemu dengan rakyat tempatan sempena kempen mengundi yang bakal dijadualkan pada 20 November depan.