“Kuat mama tadi, hampir 6 jam bertarung untuk bersalin normal. Jadi sekarang bertambah lah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” coretnya.
Dalam pada itu, Fizi turut memuat naik sekeping foto memperlihat isteri tercintanya sedang terbaring di atas katil sebuah pusat perubatan sambil meletakkan bayinya di atas dada.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.
Ads
Sekadar info, Fizi dan Tiz Ikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.
Ads
Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MYPO) pada tahun ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10. Idea penubuhan orkestra dibarisi anak muda ini merupakan impian bekas Pengerusi PETRONAS, Tun Azizan Zainul Abidin untuk memberikan platform kepada mereka untuk mempersembahkan bakat dalam bidang muzik . Pada 13 Januari 2006, seramai 500 pemuzik dari serata tanah air datang untuk menghadiri uji bakat dengan purata umur 18 tahun. Dan seramai 110 orang telah dipilih menjadi generasi pertama MYPO.
Pada hari ini, MYPO mempunyai seramai 98 orang ahli yang masih aktif. Objektif penubuhan MYPO tidak lain tidak bukan untuk mencari dan mengasah bakat pemuzik muda dan mengembangkan minat mereka ke pentas lebih besar. Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, MYPO mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert eksklusif bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Ramli Sarip.
Dari kiri; Mohd Yazid Zakaria (OTM), Datuk Ramli Sarip dan Ahmad Muriz Che Rose (MYPO).
Bertemakan Konsert Tanah Airku, kolaborasi ini bakal dilangsungkan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DEP) pada 17 dan 18 November 2017. Kerjasama MYPO dan OTM bukanlah satu perkara yang baru kerana kedua-duanya pernah bekerjasama buat pertama kali pada tahun 2014. Selain kolaborasi bersama OTM, mereka juga pernah melakukan kerjasama serupa dengan Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s Symphony dan Queensland Youth Symphony Orchestra.
Menurut Ahmad Muriz Che Rose, Head of MYPO, konsert istimewa ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah orkestra yang mempunyai jiwa muda dan membawa muzik ke aras lebih tinggi terutama di kalangan pemuzik muda. “Antara misi utama MYPO ialah memberi galakan serta platform kepada pemuzik muda untuk mengembangkan bakat mereka agar menjadi pemuzik yang versatil dan boleh menggalas apa jua corak persembahan. Orang muda perlu ada kemahiran untuk read, play and perform. Jadi di sinilah peranan MYPO sebagai sebuah platform buat mereka,” jelasnya lagi.
Untuk persembahan Konsert Tanah Airku MYPO dan OTM bakal mempersembahkan lagu-lkagu tradisional rakyat seperti Sri Mersing, Laksamana Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut. Bagi segmen ini Ahmad Muriz bekerjasama dengan konduktor dari OTM iaitu Mohd Yazid Zakaria.
“Walaupun konsert ini bersifat moden namun ia mempunyaijiwa tradisional yang sangat kuat. Seni tidak mengira genre dan melangkau sebarang budaya. Jika sesiapa menonton persembahan ini pasti dapat merasakan jiwa nusantara yang kami terapkan,” tambah Mohd Yazid yang sebelum ini pernah terlibat dengan artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Rossa.
Legenda rock, Datuk Ramli Sarip pula bakal mempersembahkan persembahan istimewa dengan lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu dan Syair Laila Majnun. Ia merupakan penampilan ketiga beliau di pentas DBP namun merupakan persembahan pertama bersama MYPO. Jelas Datuk Ramli Sarip, dia cukup teruja dengan kolaborasi ini dan merupakan peluang untuk menarik lebih ramai orang menghargai muzik serta lagu-lagu tradisional yang mungkin tidak berapa dikenali oleh orang muda.
Tiket Konset Tanah Airku kini boleh didapati dengan harga RM60 dan RM100. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dari MYPO, OTM dan Datuk Ramli Sarip. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi DFP, www.mpo.com.my atau Facebook mereka, www.facebook.com/malaysianphilharmonic/.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, agensi pengurusan Sangyeon The Boyz mengumumkan khabar kemas kini terbaru mengenai latihan khidmat ketenteraan yang akan dijalankan oleh penyanyi berkenaan.
Menerusi sebuah kenyataan, One Hundred mengatakan bahawa Sangyeon atau nama sebenar Lee Sang Yeon (29) akan mula mendaftar pada 17 Mac ini.
“Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang pendaftaran militer artis kami Sangyeon. Sangyeon telah mendaftar dalam pasukan tentera dan akan menerima notis akhir daripada Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera”
“Tarikh pendaftaran Sangyeon ialah pada 17 Mac. Sebarang acara tidak akan diadakan di pusat latihan kem tentera atas keselamatan dan bagi mengelakkan kesesakan. Ini adalah kepentingan pelatih lain yang akan turut hadir semasa hari pendaftaran dan juga ahli keluarga yang bakal menghantar mereka,” jelas One Hundred.
“Kami berharap para peminat memberikan kerjasama dan menahan diri untuk tidak berkunjung,” tambahnya.
Dalam pada itu, agensi Sangyeon turut menjelaskan bahawa pelantun lagu ‘Reveal’ itu mempunyai rancangan pada masa terdekat untuk membina kenangan indah bersama peminatnya Deobi sebelum berangkat ke pusat kem latihan.
Selain itu, Sangyeon juga berharap agar Deobi sentiasa memberi sokongan kepada dirinya dan juga anggota The Boyz yang lain agar beliau dapat melaksanakan tugas ketenteraan dengan baik dan kembali dalam keadaan yang lebih baik.
Sekadar info, The Boyz yang ditubuhkan oleh syarikat Cracker Entertainment pada tahun 2017 terdiri daripada 11 ahli iaitu Sangyeon, Jacob, Sunwoo, Q, Haknyeon, New, Younghoon, Jooyeon, Kevin, dan Sunghoon. Mereka popular menerusi lagu berjudul ‘Boy’ dan pada tahun lalu The Boyz pernah menghangatkan Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah dunia ‘ZENERATION II’ di Kuala Lumpur pada 7 September.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir dua tahun menyulam cinta bersama, pasangan penyanyi terkenal dari negara seberang, Mahalini dan Rizky Febian akhirnya mengikat tali pertunangan, pada 7 Mei.
Walau cinta berbeza agama, penyanyi lagu hit Sial, Mahalini seorang penganut Hindu dan Rizky pula merupakan seorang Muslim, perbezaan tersebut tidak menghalang mereka yang semakin hampir ke jenjang pelamin.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi beberapa perkongsian daripada akaun Instagram seperti @panggungnyalini, @rfasmusic dan @thebridestory.
“Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja rasmi bertunangan. Setelah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan, pasangan Rizky Febian dan Mahalini Raharja akhirnya membawa jalinan asmara mereka selangkah lebih dekat dengan pernikahan.
“Sebuah proses lamaran yang penuh dengan harapan dan rona kebahagiaan pun berhasil dilangsungkan di The Langham Jakarta pada Minggu, 7 Mei 2023,” tulis akaun tersebut.
Berdasarkan informasi dikongsikan media Indonesia, pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu telah melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga dan kenalan rapat pada sebuah majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu.
Turut dikongsikan foto anak pelawak dan penyanyi, Sule itu berlutut sambil menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Mahalini sebagai tanda lamaran diterima.
“Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki sebagai simbol bakal pengantin sanggup memberikan calon isteri hidup yang cukup serba-serbi di kemudian hari,” tulis di ruangan kapsyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.