Walaupun sedang berdepan dengan kontroversi, ia bukan penghalang buat pelakon sensasi Ruhainies menerima tawaran dari negara luar.
Menerusi laporan media tempatan, Ruhainies teruja berkongsi berita mengenai tawaran kerja yang melibatkan produksi negara seberang, seolah-olah satu hikmah selepas semua ujian yang datang.
Selain itu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu juga memberitahu kontroversi yang membabitkan namanya telah tular hingga ke negara China selain meminta orang ramai mendoakan buat dirinya agar namanya tidak terjejas rentetan isu tersebut.
“Perkara yang jadi ternyata mempunyai hikmah tersendiri, tipulah kalau saya cakap langsung tidak terkesan apabila benda ini berlaku.
“Namun saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan alhamdulillah saya banyak terima tawaran dari negara seberang tetapi belum boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan.
Ads
“Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia tetapi sampai ke luar negara juga, ke China pun. Cuma saya mohon doa daripada semua agar nama saya tak terjejas disebabkan kontroversi ini,” katanya.
Pada masa sama, pelakon drama Cukup Derita Itu juga memaklumkan drama lakonannya bersama Aliff Aziz, Terjerat tetap berjalan seperti biasa.
Katanya, setakat ini tiada tawaran kerja yang dibatalkan sebaliknya hanya ditangguh sementara ekoran kontroversi membabitkan dirinya dengan beberapa nama artis lain selain kekasih gelap Alif.
Ads
“Sejujurnya, tiada tawaran kerja yang dibatalkan. Cuma buat masa ini, ditangguhkan sahaja. Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas.
“Penggambaran tetap berjalan seperti biasa tetapi tentang cadangan digam mahupun disenarai hitam setakat ini berdasarkan kenyataan yang saya dapat, perkara itu tidak akan berlaku.
Ads
“Saya mohon doakan saya. Macam saya cakap sebelum ini, saya mahu tutup buku dan harap semua move on,” ujarnya lagi.
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac, namun aktor itu enggan menceraikannya.
Tidak terhenti di situ, polemik antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Atu Zero yang muncul sebagai salah seorang juri di The Masked Singer telah memberi komen kurang senang apabila menyatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.
Dalam rancangan tersebut, personaliti di sebalik kostum Bulu Tangkis telah menyanyikan lagu Pematah hati nyanyian asal Nabila.
Namun begitu, momen tersebut menjadi sedikit janggal apabila komen spontan Atu yang disiarkan dalam episod itu mengundang rasa kurang senang kepada Nabila apabila Atu memberi pendapat bahawa individu di sebalik kostum itu bukan pemilik asal lagu terbabit kerana Nabila tidak boleh membuat persembahan secara langsung.
Semalam, isteri kepada Atu, Shafeeqa Johari telah memuat naik satu hantaran di Instagram memohon maaf kepada penyanyi dan pelakon popular tersebut atas kekhilafan yang berlaku.
“Haih na, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu, Atu, sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni. Minta maaf ya @nabila.razali, dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya.
“Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok. Kami ni bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur, biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yg bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya panjang dalam hantaran tersebut.
Selepas insiden tersebut, Nabila turut menyatakan kekecewaan terhadap komen yang dinyatakan Atu dalam rancangan itu. Dia menyatakan bahawa komen tersebut seolah-olah sama sahaja seperti body shaming. Namun begitu dia tidak marah kepada pelawak tersebut namun berasa sedikit kecewa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasanya ramai yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah korang akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu resipi daripada Escort Group Workout yang mudah untuk korang sediakan pada waktu sahur nanti. Resipi ni tak perlu masak-masak pun. Campur je semua bahan, siap!
Bahan-bahan:
– 300ml susu
– 2 atau 3 biji kurma
– 3 sudu besar oat
Cara membuat:
Campurkan kesemua badan dalam shaker dan siap! Kalau korang suka makan sejuk-sejuk, boleh la buat sebelum tidur dan masukkan ke dalam peti ais.
Mudah je kan? Salah satu kelebihan menu ini adalah korang akan rasa bertenaga sepanjang hari sebab bahan-bahan yang digunakan memang superfood dan oat pun salah satu makanan yang mempunyai glysemik indeks (GI) rendah yang menjadikan oat lambat di hadam dan membuatkan korang lambat lapar.
So, memang sesuaikan sangat la kalau bersahur dengan air minuman ni kan? Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di zon berstatus hijau telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan minggu ini, beberapa masjid di kampus Institut Pengajian Tinggi seluruh negara mula menerima kunjungan jemaah secara perlahan-lahan, sebentar tadi.
Walaupun kapasiti jemaah yang dibenarkan hanyalah satu pertiga daripada kapasiti penuh, namun jemaah rata-rata meluahkan rasa syukur mereka apabila tuntutan agama ke atas kaum lelaki yang memenuhi syarat itu mulai ditunaikan.
Bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang sedang berlangsung sekarang, jemaah perlu beratur mengikut marking yang ditetapkan untuk merekodkan suhu sebelum dibenarkan masuk.
Cara solat Jumaat ditunaikan juga berbeza daripada biasa apabila jemaah dijarakkan sejauh 1 meter di antara satu sama lain, selain diwajibkan memakai pelitup muka.
Setelah tamat sesi solat Jumaat, jemaah terus diminta bersurai secara tenang.
Jom lihat gambaran masjid di IPT tempatan terpilih yang dikongsikan oleh warganet.
Masjid Muhammad Al-Fateh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Gombak
Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas Perak
Masjid Sayyidina Abu Bakar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Pusat Islam UTMKL Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Universiti Malaysia Pahang
*
Dalam pada itu, ada universiti yang perlu menangguh solat jumaat di masjid utama kampus memandangkan ia tidak termasuk dalam senarai masjid yang diperkenankan untuk mendirikan solat jumaat.
Antaranya termasuklah masjid di kampus Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.