Kalau sebut tentang lelaki sado rasanya semua orang biasa dengar dan sekarang ni dah ramai pun lelaki yang berbadan sado. Tidak ada apa yang nak dihairankan lagi.
Tidak semua perempuan mahu kelihatan seperti ‘princess’ dan sentiasa bermekap tebal. Ada diantara mereka yang memilih untuk bergiat aktif dalam dunia bina badan.
Why not kan? Semuanya terletak pada pilihan masing-masing. Bukan mereka tidak memiliki wajah yang cantik, tapi hanya lifestyle saja yang berbeza.
Merupakan seorang professional wrestler, bodybuilder dan model, Reika Saiki mempunyai badan yang berotot dan juga dikenali sebagai salah seorang anggota Cheer 1, koleksi model wanita untuk Liga Pro Wrestle-1.
Memiliki ketinggian hanya 150 cm, Saiki baru berusia 26 tahun dan berasal dari Saitama, Jepun. Wanita ini sering ke gymnasium dan mengambil protein untuk dietnya. Maka, tak hairanlah kalau gadis ini berbadan sado.
Biasanya gadis Kpop yang selalu kita lihat semuanya cute miut. Tapi lain pula dengan Jhi Yeon-Woo yang merupakan atlet bina badan dan telah memenangi beberapa anugerah sejak tahun 2010.
Wanita ini mula viral sejak gambar-gambarnya ketika menyertai pertandingan bina badan tersebar di media sosial.
Wanita ini pernah memiliki berat badan berlebihan, tapi setelah menyertai Kementerian Pertahanan di Yokota Air Base, dia mula sensitive dengan penjagaan berat badan dan kerap ke gym sehinggalah memiliki bentuk badan seperti sekarang.
Mendapat jolokan muscle barbie, gadis Rusia ini mempunyai wajah yang comel tetapi badan berotot. Gemar meluangkan masa di gymnasium, Julia Vins tidak kisah bertubuh sado kerana baginya, wanita cantik itu juga perlu kuat.
Tetapi, kalau bercakap pasal perempuan sado, korang rasa macam mana? Onz ke tak bila perempuan pun ada yang bertubuh sasa?
Tidak salah rasanya jika mereka memilih untuk sado. Yang penting sihat kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raja Uzayn akhirnya didedahkan kepada umum selepas genap sebulan kelahirannya, sekali gus menarik perhatian peminat yang ternanti-nanti pengumuman tersebut daripada pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad.
Selepas tepat sebulan kelahiran cahaya mata ketiganya, pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad akhirnya berkongsi nama putera kesayangannya kepada umum menerusi satu perkongsian yang cukup menyentuh hati.
Bayi lelaki tersebut diberi nama Raja Uzayn bin Raja Syahiran, satu nama yang bukan sahaja indah disebut, tetapi sarat dengan maksud mendalam.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, pemilihan nama Raja Uzayn dibuat selepas melakukan kajian terperinci. Katanya, dia mahu memastikan nama yang dipilih membawa makna baik dan selari dengan nilai Islam.
Nama “Uzayn” diinspirasikan daripada cucu Rasulullah SAW, iaitu Husayn ibn Ali, seorang tokoh yang sangat dihormati dalam sejarah Islam.
Selain itu, Uzayn turut membawa maksud ‘kebaikan’ dan ‘keindahan’, satu doa yang cukup besar ertinya buat seorang anak lelaki.
Pemilihan nama itu juga mencerminkan gabungan elemen warisan keluarga dan nilai keagamaan yang menjadi pegangan pasangan ini dalam membesarkan anak-anak.
Doa dan Harapan Buat Raja Uzayn
Dalam perkongsian sama, Uyaina menitipkan harapan agar Raja Uzayn membesar menjadi insan berhati lembut, berakhlak mulia serta disenangi ramai.
“Semoga Raja Uzayn menjadi seorang insan yang mempunyai hati yang baik, akhlak yang memuliakan namanya, dan peribadi yang dihormati, disayangi serta disenangi.”
Harapan tersebut jelas menggambarkan betapa besar doa seorang ibu terhadap masa depan anaknya. Nama Raja Uzayn bukan sekadar panggilan, tetapi satu amanah dan doa berpanjangan yang akan dibawa sepanjang hayat.
Untuk rekod, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran, mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan sebelum ini sudah dikurniakan dua orang anak lelaki. Kehadiran Raja Uzayn pastinya menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga kecil mereka.
Perkongsian mengenai anak ketiga Uyaina ini menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya memuji keindahan nama tersebut serta mendoakan kesejahteraan buat bayi comel itu.
Sumber : Instagram Uyaina Arshad
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah fakta ini mengejutkan kita sebagai orang dewasa?
Ada pelbagai jawapan, ya dan tidak atau buat tak tahu sebab bukan ada kaitan dengan kita!
Namun jika dilihat kepada corak perlakuan, tidak mustahil hal ini terjadi.
Semalam, akhbar arus perdana melaporkan hasil kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan – kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.
Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.
Remaja juga cenderung dengan sengaja menonto pornografi kerana kemudahan internet di negara ini tiada batasan
Pengerusi MAP Dr Shamsuriani Md Jamal berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.
“Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaiman menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.
“Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang ‘iklan’ yang muncul ketika menggunakan internet jika ‘iklan’ itu membabitkan pasaran tidak sopan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di Kuala Lumpur semalam.
Bayangkan pemikiran kanak-kanak apabila sudah menonton porno pada usia seawal 10 tahun
Ibu bapa sila pantau, remaja sila berfikir!
Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin mengingkatkan kecelekan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.
Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktivit anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan ‘privacy functions’ dalam akaun mereka bagi menghalng daripada diceroboihi orang-orang yang tidak dikenali.
“Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan ‘privacy function’ ini dan tidak menerima sebarang ‘permintaan mesra’ dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu,” katanya.
Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana ‘modus operandi’ mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.
Di sebalik isu ini, reaksi ini bagaimana pun mendapat respon dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meminta Malaysians Against Pornografi menjelaskan metodologi kajiannya secara terperinci.
Dr Wan Azizah mahu laporan isu pornografi di kalangan kanak-kanak dan remaja susulan kenyataan ini. Gambar MalayMail
Dr Wan Azizah berkata kajian itu perlu menjelaskan metodologi secara terperinci.
“Jelas sekali, hasilnya membimbangkan. Walau bagaimanapun, penemuan harus dijelaskan dari segi bagaimana kajian dijalankan, berapa kecil atau seberapa besar sampelnya? Bagaimana MAP mendapatkan kesimpulan. Bagaimanakah MAP datang kepada keputusan seperti itu? “Katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai laporan media semalam bahawa kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 dan 17 menonton pornografi secara sengaja.
Dr Wan Azizah juga meminta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan sumber-sumber lain mengenai penemuan kajian oleh MAP.
Beliau berkata kementeriannya memberi perhatian serius terhadap kanak-kanak yang terdedah kepada pornografi di ruang siber.
Timbalan Perdana Menteri berkata Kajian Populasi dan Keluarga Malaysia kelima pada tahun 2014 menunjukkan 35.3 individu berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi menerusi internet, telefon pintar dan cakera video digital lucah. Kajian ini dijalankan oleh LPPKN setiap 10 tahun.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah memberi pendidikan kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di ruang cyber melalui Program Kesedaran Keselamatan Anak-Anak dan Keluarga (Peka) di mana ibu bapa diajar cara untuk membantu anak-anak dalam buli siber, seksting dan dandanan dalam talian.
“Pada 2018, 184 program Peka telah dijalankan melibatkan 5,520 peserta dari seluruh Malaysia. Satu lagi program ialah Pekerti yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja mengenai seksualiti di mana 779,000 peserta terlibat dalam program tersebut pada penghujung tahun 2018.
“Selain itu, kempen Keluarga Smart Cyber ini bertujuan untuk memastikan masa yang berkualiti dengan keluarga serta menetapkan masa yang sesuai untuk menggunakan alat-alat serta kempen Keluarga Tolak Pornografi (Stop), inisiatif pertubuhan bukan kerajaan,” tambahnya. Dr Wan Azizah. – Bernama
Dalam isu di atas, remaja seharusnya sudah tahu membezakan buruk dan baik kerana sebarang tindakan akan memberi refleks dalam kehidupan di masa depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada istilah terlambat untuk belajar, begitu juga yang dilakukan oleh Atta Halilintar apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah pada usia 30 tahun.
Selebriti terkenal Indonesia ini bersyukur dengan keputusan diperoleh kerana apa paling penting dia sudah berusaha.
“Beberapa bulan lepas saya ambil peperiksaan, Alhamdulillah saya lulus. Walaupun terlewat tetapi tidak mengapa sebab paling penting saya sudah berusaha.
“Jika ada rezeki saya mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insya-Allah. Doakan saya,” katanya.
Atta berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Jadikan Isteri Sebagai Contoh
Dalam pada itu, Atta memberitahu dia mahu menjadi seperti isterinya, Aurel Hermansyah yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun kata Atta, buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jurusan yang ingin diambil namun tertarik dengan bidang undang-undang dan perguruan.
“Aurel juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Insya-Allah saya akan terus menyokong sehingga dia menamatkan pengajiannya.
“Kalau saya sambung belajar mungkin akan ambil jurusan undang-undang, arkitek atau pun perguruan. Apa yang pasti bukan dalm bidang perubatan,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji kesungguhan Atta yang tetap menamatkan pendidikan sekolah menengah walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun.
Untuk rekod, Atta yang pernah menetap di Kuala Lumpur pernah mendapat pendidikan di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sehingga usianya 13 tahun.
Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bul
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.