Namun, baru-baru ini satu kedai popular dan viral di Pulau Mutiara ini tercalit kontroversi apabila kedai roti canai popular ini menggunakan telur yang terdapat najis ayam untuk menyediakan makanan pelanggan, kedai tersebut turut dikompaun RM500 kerana tidak menghantar pekerja untuk mengambil kursus pengendalian makanan.
Sumber Gambar: Sinar Harian
Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan gerai terbabit ditutup selama 14 hari kerana tidak menepati piawaian kebersihan, lapor Sinar Harian.
Penutupan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan. Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Shahjahan Abdul Hamid berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.
Ads
“Tempoh yang diberi itu akan digunakan sebaiknya bagi membersihkan gerai ini,” katanya ringkas.
Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.
Hmm….Bab makanan ini tak boleh dibuat main kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang.
Apa kata kita buat je sendiri dari rumah, sebenarnya roti sarang burung ini boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan paratha segera sahaja. Lebih mudah kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendermaan organ dan tisu selepas kematian hanya akan dijalankan setelah kebenaran diterima daripada waris atau keluarga terdekat. Jika korang mempunyai hasrat untuk menderma atau telah berikrar untuk menjadi penderma organ, adalah penting jika hasrat murni ini disampaikan kepada ahli keluarga.
Terbaharu, aplikasi MySejahtera dikatakan akan dicadangkan untuk ditambah nilai bagi tujuan pendermaan organ. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata situasi pendermaan organ di Malaysia semakin berkurangan. Ia menyebabkan rawatan pembedahan transplan organ khususnya bagi pesakit buat pinggang peringkat akhir (ESKD) sukar dilakukan.
“Jumlah mereka bersetuju menderma organ hari ini semakin berkurangan dan kita mungkin akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat Malaysia (menderma),” jelas Khairy.
Bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040. Ketika ini terdapat 40,000 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis. Kajian juga mendapati seramai 8,000 pesakit baharu disahkan pada tahun 2018.
Di negara-negara seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Singapura, umat islam dibenarkan berikrar serta mendermakan organ dan tisu mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut:
i. Hanya organ dan tisu yang didermakan oleh keluarga.
ii. Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian.
iii. Ada penerima sesuai yang menunggu.
Sebelum ini kesedaran tentang menderma organ ini tidak begitu diketahui umum dan mungkin selepas ia wujud di dalam aplikasi MySejahtera akan membuka mata lebih ramai masyarakat tentang pentingnya hal ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyakit yang dihadapi bukanlah penghalang bagi seseorang pemuda ini untuk menuntut ilmu kerana pepatah juga ada mengatakan ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negara China’, ia bermaksud carilah ilmu seberapa banyak yang boleh.
Tempoh 8 tahun tentunya bukanlah satu tempoh yang singkat. Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh pemuda penghidap kanser, bernama Imran yang terpaksa mengambil masa 8 tahun sebelum berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam bagi kursus Sains Politik di Abdulhamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Foto Via Twitter Meran #UNDIKuantan @merxnism
Ciapan tersebut turut diiringi dengan dua keping foto, simbolik kepada perjalanan hidupnya.
From this To this
Alhamdulillah, i’ve managed to get a scroll of bachelor degree in 8 years time 🥲 Terlalu byk liku2 yg aku hadapi. From family n financial problems to 3 diff type of cancers within 2015-2020.
”Alhamdulillah, saya berjaya menggenggam skrol ijazah sarjana muda saya selepas lapan tahun. Terlalu banyak liku-liku yang perlu saya hadapi. Daripada masalah keluarga dan kewangan sehinggalah menghidapi kanser dari 2015-2020.’
Kata Imran, dia telah didiagnos dengan kanser limfoma Hodghkin Tahap 2, kanser hati Tahap 3 dan kanser kolon Tahap 3. Netizen bertambah tersentuh apabila dia mendedahkan semua kos rawatan, kemoterapi dan regim-regim yang lain ditanggung sendiri.
”Semua saya cari duit sendiri dengan buat kerja sambilan. Terpaksa tolak ketepi soal sakit, kena kerja kuat untuk hidup,” katanya.
Perjalanan kehidupan yang cukup berliku
Berkongsi lebih lanjut mengenai jadual hariannya yang ternyata padat, Imran mendedahkan dia hadir ke kelas seperti biasa setiap minggu dan pada waktu malamnya pula, dia keluar mencari rezeki bagi mencari dana rawatan yang diperlukan. Walaupun sibuk, dia memastikan dirinya tidak terlepas daripada mengikuti latihan PALAPES pada hujung minggu.
Dia turut berterima kasih kepada IIUM Endowment Fund (IEF) kerana pernah membantunya dari segi kewangan dan juga kepada warga Twitter yang pernah membuat crowdfunding untuk dirinya.
Untuk makluman, Imran terpaksa menangguhkan pengajiannya sebanyak dua kali disebabkan dirinya perlu menghadapi rawatan kemoterapi serta tidak berdaya untuk menjalani kehidupan seperti pelajar biasa sekitar 2019-2020.
Pada awalnya, Imran tidak memberitahu sesiapa mengenai masalah yang dihadapinya dan sering tidak hadir ke kelas. Namun, dia mula untuk membuka kisahnya kepada beberapa orang terdekat pada 2020.
Imran memaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar (STADD), UIAM dan IEF banyak membantu dirinya sewaktu menghadapi detik-detik sukar di universiti.
Foto pertama menunjukkan diri yang berkepala botak sambil ditemani dengan salah seorang staf di UIAM, Encik Ahmad ‘Izzuddin Bin Yunus (.Foto Via Twitter Meran #UNDIKuantan @merxnism)
Kesan sampingan daripada kemoterapi menjejaskan pengajiannya
Disebabkan kekerapan sesi kemoterapinya, Imran menghadapi kesan sampingan daripada rawatan tersebut seperti tidak dapat mengingati banyak perkara.
Bagaimanapun, dia merasakan dirinya bertuah ketika itu apabila memiliki rakan-rakan yang sangat prihatin dan menyayangi dirinya. Dia dijaga seperti ahli keluarga mereka sendiri dan mereka juga berusaha untuk menceriakan dirinya setiap hari sehingga lupa segala kesakitan.
Walau bagaimanapun, kesan sampingan daripada sesi rawatan tersebut semakin teruk dan Imran membuat keputusan untuk menangguhkan pengajiannya buat seketika.
Pada ketika itu, dirinya terpaksa menelan hakikat yang begitu pahit bahawa dirinya tidak akan daat bergraduasi seperti rakan-rakannya yang lain dan sedikit sebanyak melemahkan motivasinya untuk meneruskan pengajian.
Walaupun menerima kata-kata tajam daripada beberapa individu yang berpendapat dirinya tidak akan berjaya menamatkan pengajian kerana kerap ponteng, namun Imran mengambilnya sebagai satu cabaran.
Pembakar semangat untuk hidup lebih lama
Menurut Imran, mungkin apa yang dilalui oleh dirinya tidak sama dengan orang lain dan mereka mungkin menghadapi situasi lebih perit berbanding dirinya.
Walau apa pun dugaan yang hadir, jadilah kuat demi diri sendiri dan berazam agar dapat hidup lebih lama dan dapat berbakti terhadap orang sekeliling.
Selain itu, Imran juga mengatakan bahawa kekuatan yang dimiliki oleh seseorang individu perlu dilatih dan ia tidak datang dengan sendirinya.
Setiap orang memiliki cara sendiri untuk menjadi kuat dan cekal, namun tidak bermakna anda perlu menafikan perasaan sedih anda. Letakkan had masa seminggu untuk merasa sedih dan bangkit semula dengan nafas baharu.
Sebelum ini, doktor yang merawat Imran pernah berkata bahawa dirinya hanya ada enam bulan lagi untuk hidup semasa menghidapi kenser keduanya.
Berkat semangatnya untuk hidup lebih lama, dia nekad untuk melawan penyakitnya. Dia sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar dapat terus membantu orang ramai, jika dikurniakan usia yang panjang.
Pada akhir ciapannya, Imran menyeru kepada penghidap penyakit-penyakit kronik mahupun penyakit mental agar terus berjuang untuk mendapatkan kesembuhan. Baginya, sentiasalah berdoa agar dipanjangkan usia agar dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap komuniti.
Tahniah kami ucapkan buat Imran atas kejayaan mengenggam Ijazah. Panjang perjalanan dia namun sangat berbaloi. Semoga terus berjaya di masa depan.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku yang berlaku di Father’s Organic Farm, Batang Kali meruntun hati ramai pihak. Walaupun begitu, kejadian malang yang berlaku pada pagi 16 Disember lalu turut mata rakyat Malaysia juga turut ‘di buka’ mengenai kelebihan yang ada pada anjing.
Dalam usaha menyelamat dan mencari mayat mangsa yang tertimbus, pasukan K9 Bomba yang terdiri daripada anjing penyelamat telah menyentuh hati ramai. Walaupun hanyalah haiwan, keupayaan mereka menjadi sebab mayat mangsa-mangsa yang tertimbus berjaya dijumpai.
Si comel yang banyak berjasa bersama pengendali mereka.
Sesekali dapat dilihat keletihan pada mata mereka apabila menmjalankan tugas. Hari ini tular di laman TikTok apabila dua ekor daripada hero-hero tersebut iaitu Grouse dan Geoffrey diberi layanan ‘spa’ oleh pengendali mereka.
Dalam video tersebut haiwan tersebut dibersihkan dengan rapi dan bulu-bulu mereka dipotong bagi memberikan keselesaan dan juga menjadi kebersihan. Geoffrey dilihat cukup menikmati sesi spa tersebut manakala Grouse pula seorlah-olah tak sabar hendak menghabiskan sesi yang diberikan.
Menerima lebih 400 ribu tontonan, rata-rata warganet memberikan komen-komen yang sangat positif. Antara komen yang ditinggalkan berbunyi ;-
“Selamat bercuti dan berehat lah..kami tahu kamu bergitu penat.. Tolong jaga mereka baik2 untuk kami.. Tahniah Hero2 K9.”
“Sayangggnye kat semua hero² kecil ni. Rehatkan diri, okay. Terima kasih tauuu..”
“Comel2.. semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk meneruskan tugasnya sebagai pembantu penyelamat.. mantap haiwan K9 Bomba,PDRM dan ATM…”
Mengimbau kembali kejadi tanah runtuh yang berlaku. Seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripada mereka selamat manaka 31 yang lain pula maut tertimbus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.