Selepas kejadian pecah masuk di salah sebuah kedai serbaneka oleh mangsa banjir yang dikatakan ingin mencari makanan, kini Mydin Mart di Sri Muda mula menerima nasib yang sama apabila cawangan mereka turut dipecah masuk.
Walau bagaimanapun, satu kenyataan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin yang menyatakan bahawa beliau menghalalkan barangan yang dicuri dan memaafkan individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.
Cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.
Ads
Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.
Demikianlah kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh wakil Mydin susulan insiden pecah masuk yang berlaku baru-baru ini. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan sebenar mereka, mungkin sahaja mereka memang benar-benar terdesak dan kerana itu juga pihak Mydin bersetuju untuk menghalalkan segala barangan yang telah diambil.
Ads
Semoga dengan niat ikhlas ini dapat menjadi asbab agar perniagaan mereka lebih maju dan dimurahkan lagi rezeki.
Kami juga doakan agar mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut diberikan bantuan segera dan mencukupi. Semoga terus tabah untuk mengharungi dugaan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 di Malaysia setakat 22 Oktober 2020 telah mencatatkan sebanyak 23,804 jumlah kes keseluruhan dan seramai 1,259 pelajar dilaporkan positif sejak gelombang ketiga melanda negara pada September lalu.
Daripada jumlah tersebut, 587 adalah dikalangan murid yang berumur antara 7 hingga 12 tahun dan 670 pelajar pula berumur 13 hingga 18 tahun di sekolah menengah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejak Februari hingga 21 Oktober, sebanyak 830 kes positif COVID-19 direkodkan melibatkan murid sekolah rendah, manakala 1,315 membabitkan pelajar sekolah menengah.
Gambar hiasan
Sebanyak 12 buah sekolah terkesan dengan penularan virus ini dan di Neger Sembilan terdapat tiga buah sekolah ditutup selepas disahkan mempunyai kluster Cahaya, Sophie dan Bah Manggis.
Di Johor pula tiga buah sekolah melibatkan dua kluster iaitu kluster Simera dan Rinting. Manakala, dua sekolah terkesan di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur melibatkan kluster Pantai dan Long.
Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap pelajar terutamanya kanak-kanak yang dijangkiti virus ini.
Sama-samalah kita membendung wabak pandemik ini dengan memutuskan rantaian dan tidak keluar jumah jika tidak perlu. Amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka sekiranya terpaksa berada di luar.
Selepas menjaringkan 71 golas dalam 94 perlawanan bersama kelab Itali, Juventus, Cristiano Ronaldo khabarnya akan dijual bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak pemain bola sepak terkenal dunia itu tamat pada 2022.
Kelab bola sepak tersebut sedang membuat pertimbangan untuk menjual pemain tersebut dengan lasan mempunyai masalah kewangan berikutan dengan wabak pandemik COVID-19.
Ronaldo menandatangani kontrak bersama Juventus dengan tujuan untuk membantu kelab tersebut mendomninasi Liga Juara-Juara Eropah, namun pihak pengurusan Juventus kecewa selepas kelab itu tewas pada peringkat suku akhir baru-baru ini.
Foto: cnn.com
Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan tidak selamanya muda dan kelab gergasi serie A itu juga berharap agar dapat memperoleh kembali wang sebanyak 99 juta pound (RM 536 juta) yang mereka belanjakan untuk menandatangani kapten Portugal itu dari Real Madrid pada 2018.
Ronaldo dilaporkan menerima gaji kira-kira £540,000 (RM2.9 juta) seminggu. Jumlah tersebut adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding pemain tertinggi yang dibayar kelab, Matthijs de Ligt.
Foto: The Sun
Walau bagaimanapun, kontrak pemain itu akan berakhir lagi 2 tahun dan pasukan itu nampaknya berisiko untuk melihat Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab secara percuma.
Hm, nampaknya COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang bekerja mahu pun berniaga, malah ia juga turut membabitkan kelab gergasi bola sepak.
Sama-samalah kita doakan agar wabak pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat supaya ekonomi dunia kembali pulih.
Setiap daripada kita pastinya melalui zaman persekolahan ketika di bulan Ramadan. Teringat kembali sewaktu di sekolah rendah, apabila tiba waktu rehat murid-murid yang berpuasa akan ke dewan untuk masuk ke kelas mengaji yang dianjurkan pihak sekolah. Tetapi bagi yang tidak berpuasa, mereka boleh sahaja ke kantin untuk menikmati makanan.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkaitan sebuah mesej WhatsApp yang diterima apabila pihak sekolah menjelaskan kantin tidak dibuka sepanjang Ramadan bagi melatih murid-muridagar berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa.
Ibu bapa juga diingatkan untuk memberi anak-anak sarapan di rumah terlebih dahulu sebelum ke sekolah jika tidak berpuasa. Malah, bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan.
Hal ini telah mendapat perhatian orang ramai dan Harith Iskander juga turut berkongsi di laman instagramnya. Hantaran itu mendapat reaksi ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan itu
Diharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jangan pula ada yang memudaratkan pelajar-pelajar lain.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...