Bila sebut Mydin, ramai yang tahu kerana ia sebuah pasaraya yang menjual kelengkapan rumah dengan harga cukup murah juga borong. Jika dahulu Mydin hanya menjual peralatan rumah namun hari ini pasaraya itu telah mempelbagaikan cabang perniagaannya termasuk menjual barangan basah bagi memudahka warga kota membeli belah dalam satu bumbung.

Dalam pada itu, ramai juga mengenali Pengarah Urusan Mydin Holding Mohamed Holdings Berhad iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin yang sangat humble.

Rupanya Kalau Nak Berjaya & Kaya Dalam Bisnes, Kena Kahwini Pasangan Yang Betul Serta Supportive
Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin berkongsi kisah kejayaan Mydin dalam satu temubual bersama Radio IKIM

Dua hari lalu, bos yang humble nie berkongsi rahsia dengan pendengar bagaimana dirinya menguruskan Mydin Holding dalam satu temu bual dengan Ikim.FM. Apa yang menariknya Dr Haji Ameer telah berkongsi jatuh bangun dalam dunia perniagaan termasuk memberi tips. Antara yang menariknya ialah mesti mengahwini pasangan yang betul serta sentiasa supportive kalau nak berjaya dalam bisnes.

IKLAN

Beliau turut menasihati bagaimana perlu mengawal belanja agar kita ada simpanan pada masa depan. Paling rare katanya, kalau mak bapak ada syarikat, kita mesti kerja dengan orang dulu untuk timba pengalaman sebelum masuk ke syarikat sendiri.

Hah, korang mana-mana yang masih bujang dan ada cita-cita nak jadi buat bisnes satu hari nanti, pastikan pasangan korang “sama kepala” dengan otak bisnes korang tu ya. Barulah boleh berjaya dan kaya. Catatan nota dari bos besar Mydin ini telah disalin dan diringkaskan oleh Puan Suhaili Ikhsan, seorang Ketua Pegawai Ekskutif di ABS Education Sdn Bhd.

IKLAN

Bacalah bagaimana orang lain catat kejayaan, mana tahu korang terinspirasi pula satu hari nanti.

IKLAN
Rupanya Kalau Nak Berjaya & Kaya Dalam Bisnes, Kena Kahwini Pasangan Yang Betul Serta Supportive
Ramai yang membeli barangan di Mydin kerana harganya yang agak murah dan berpatutan

23 nota catatan bual bicara Founder Mydin di Ikim.FM:

  1. Sentiasa berkira-kira untuk membeli sesuatu. Bukan sebab tak ada duit, tapi kenapa kena beli?
  2. Menyusun duit. Dari kecil lagi beliau dilatih oleh bapa beliau apabila mengira duit, duit disusun dahulu. Susun duit kepala agung mesti berada di sebelah kanan.
  3. Duit syiling mesti simpan dalam tabung.
  4. Jangan beri duit mudah kepada anak, walaupun kita mampu.
  5. Latih diri & keluarga kita supaya independent.
  6. Sentiasa monitoring (semak) kerja kita.
  7. Jika buat silap, betulkan kesilapan, move on, jangan ungkit-ungkit lagi. Jalan terus!
  8. Setiap keputusan ada kesannya. Mesti buat keputusan dan berani tanggung risikonya.
  9. Tugas pengurus adalah mengurus & memastikan unit yang diuruskan berjalan lancar. Maka, jika ada staf di bawah pengurus tersebut tidak melakukan kerja yang sepatutnya, adalah menjadi tanggungjawab pengurus menyelesaikan tugasan tersebut macam mana cara sekalipun.
  10. Retail is detail. Micro manage baru empower.
  11. Mengurus family bisnes – mesti ada satu ketua. Ketua buat keputusan akhir.
  12. Loyalty – setia.
  13. Anak-anak founder atau keluarga founder nak kerja dalam Mydin, mesti kerja di luar dahulu selama 5 tahun baru masuk dalam bisnes Mydin. Bekerja dalam bisnes yang kita akan ceburi. Berkuli & cari pengalaman.
  14. Fokus dalam berbuat sesuatu. Sehingga jadi expert. Berkembang pun dalam jenis bisnes yang sama.
  15. Apabila berbisnes, mesti mula dari bawah. Bina asas yang kukuh. Berkembang sedikit demi sedikit.
  16. Pilih siapa yang patut jadi pelanggan bisnes kita. Kita tak boleh jual kepada semua orang. Semua orang tak boleh jadi pelanggan kita.
  17. Kena bezakan bisnes kita dengan pesaing kita. Apa unik bisnes kita berbanding pesaing?
  18. Jaga hubungan baik dengan supplier. Ada masa langit tak selalu cerah. Ada masa supplier jadi payung kita. Ada masa yang lain kita pula jadi payung supplier kita.
  19. Apakah rahsia kejayaan bisnes Mydin? Kahwin pasangan yang betul, yang supportive.
  20. Apa cerita & skrip kita kepada anak-anak akan membantu pembentukan mindset dan masa depan mereka.
  21. Success means happiness.
  22. Masa tua nanti, kita akan bertanya apakah usia kita selama ini diperuntukkan untuk berbuat perkara yang betul.
  23. Pastikan setiap hari kita berada di dalam doa ibu ayah kita.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI