
Ini bukan kali pertama kes yang kedaifan melibatkan pelajar pedalaman terutamanya di kawasan kepulauan Borneo sama ada Sabah atau Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN : Gara-Gara Nak Akses Internet, Pelajar Patah Kaki Jambatan Gantung Runtuh

Terbaru, viral di platform media sosial menunjukkan momen cemas di mana jeti yang digunakan oleh para pelajar dan guru roboh.
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh @jonjonahah di laman sosial Twitter , mangsa yang terlibat jelas menunjukkan para pelajar sekolah yang lengkap dengan uniform panik dan para guru berserta penduduk yang berada berdekatan dengan insiden cuba menyelamatkan mereka yang jatuh dari bot dan jeti. Kejadian dikatakan berlaku di Pulau Bababag, Sabah.
Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah 😭. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik 😢. pic.twitter.com/HftTe4aAwL
— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
Rata-rata netizen juga menyeru pihak kerajaan atau mereka yang bertanggunjawab menyelesaikan isu perihal fasiliti dan infrastruktur yang tidak berkesudahan ini sebelum ada nyawa yang melayang.

Moga nasib pelajar-pelajar pedalaman lebih terbela dan isu keselamatan sebegini tidak berulang lagi di negara kita ini.
BACA : Cikgu Sanggup Redah Hujan Hantar Kertas Latihan, Risau Pelajar SPM Tak Belajar Time PKPB
Sumber : Twitter @jonjonahah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 6 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/Untitled-design-43.jpg)
Kemalangan yang meragut empat beranak di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) antara tajuk berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia pada Jun lalu.
Mohd Shahrul Ikhram antaranya yang terselamat dan berkongsi kisah trauma apabila melihat ibu dan adik-adiknya meninggal dunia di depan mata.
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 7 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
“Cepat sangat benda tu jadi sebab saya baru berbual dengan Ma. Ma tanya kita dah kat mana dan saya jawab dah kat Maran dan Ma sambung tidur semula. Kemudian secara tiba-tiba saya dengar bunyi letupan lantas kereta kami tersasar merempuh pengadang besi di kiri jalan. Semua berlaku sekelip mata, terlalu kejap,” kongsi Mohd Shahrul Ikhram, 20 yang terselamat dalam nahas jalan raya pagi semalam.
Menafikan dirinya mengantuk kerana mereka sudah berhenti tidur di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan sudah memandu setengah jam selepas berehat itu, dia yang memandu kenderaan mengakui masih lagi trauma apabila menyaksikan empat ahli keluarganya maut serentak dalam nahas ngeri yang berlaku di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur di Maran, Pahang, kira-kira jam 8.30 semalam.
Terkorban dalam kejadian menyayat hati ini ibunya, Azian Abdullah, 50 serta tiga lagi adik beradiknya iaitu kakak sulungnya, Fatin Najwa Mazlan, 27, adiknya, Fatin Nur Adriana, 15 dan Mohamad Danish Najmi, 10. Sementara itu, dia dan seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19 tahun yang berada dalam kenderaan itu hanya mengalami kecederaan.
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 8 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.26.48-AM-5.jpeg)
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 9 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.27.59-AM-1-1024x768.jpeg)
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 10 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.27.59-AM-3-1024x768.jpeg)
Kongsi Mohd Shahrul, sebaik letupan berlaku, kereta terus tersasar melanggar penghadang besi jalan lalu tembus ke dalam dalam kereta membuatkan mereka semua tersepit.
“Buka saja mata, saya tengok Ma, kak long dan adik-adik tersepit, saya cuba bantu tapi tak terdaya. Saya sendiri gagal mengerakkan sebelah tangan ketika itu ekoran bahu tercedera. Memang sedih tengok Ma dan adik beradik maut depan mata,” katanya yang masih lagi trauma dengan kejadian itu.
Jelasnya lagi, kemalangan itu menimpa hanya kira-kira setengah jam selepas mereka meninggalkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman.
Kata anak keempat dari tujuh beradik ini, mereka enam beranak bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi dan singgah di R&R Temerloh untuk berehat dan tidur kira-kira jam 3 pagi dan turut bersahur di situ. Mereka kemudiannya menunaikan solat Subuh sebelum menyambung tidur di dalam kereta sehingga hampir ke jam 8 pagi sebelum kemalangan terjadi pada jam 8.30 pagi.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jengka sebelum jenazah empat beranak ini selamat dikebumikan dalam satu liang lahat sekitar jam 12.00 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru, Kemaman.
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 11 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.26.48-AM-2-1024x768.jpeg)
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 12 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.26.48-AM-4-1024x576.jpeg)
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 13 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.26.48-AM-3-1024x576.jpeg)
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini ketika seluruh ahli keluarga berkumpul. Lebih menambah pilu apabila dua anak yang cedera, Fatin dan Shahrul menatap dan mengucup dahi satu persatu jenazah ibu dan adik mereka yang meninggal dunia.
Kira-kira 500 orang ramai yang hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan akhir kepada kesemua mangsa juga kelihatan tersentuh hati tatkala melihat satu persatu jenazah mangsa diturunkan ke liang lahad.
Suami dan bapa mangsa, Mazlan Mohd Rashid, 48, yang juga Pegawai Felcra kelihatan tabah ketika pengebumian itu dilakukan.Terdahulu, empat jenazah berkenaan itu tiba di Surau Al-Ridhuan, Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, kira-kira jam 10.15 malam dari Hospital Jengka, Pahang. Ketibaan jenazah disambut dan disembahyangkan kira-kira 1,000 orang jemaah.
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 14 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.26.48-AM-1.jpeg)
Rasa tak sedap hati – Bapa
Jumaat lalu, enam sekeluarga ini bertolak ke Kuala Lumpur bagi membeli barang persiapan menyambut hari raya. Malah mereka sempat singgah ke Genting Highland seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan menumpang tidur di rumah kakak kedua.
Di rumah sebelum kejadian itu berlaku, suami dan juga bapa kepada anak-anak ini, Mazlan Mohd Rashid, 54 mengakui sudah berasa tidak sedap hati.
Mazlan berkata, secara tiba-tiba dia merasa ‘sesuatu’ akan berlaku namun tidak menduga akan diuji dengan ujian berat kehilangan isteri dan tiga anak serentak di saat sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.
“Tapi ini dah suratan takdir, saya reda…sedih memang sedih. Pagi tadi (kelmarin) saya rasa sesuatu, saya telefon isteri dan dia kata dah bergerak balik ke rumah,” katanya.
Mazlan yang juga Pegawai Felcra memberitahu, rasa tidak sedap hatinya itu terjawab selepas Mohd Shahrul Ikhram menghubunginya dan memaklumkan mereka enam beranak terlibat kemalangan di Maran.
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 15 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.28.40-AM-1.jpeg)
![[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT 16 [Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT](https://cdn.remaja.my/2018/06/WhatsApp-Image-2018-06-04-at-9.28.40-AM.jpeg)
“Saya bergegas pergi ke LPT di Maran, namun saya hanya mampu tatap jasad isteri dan tiga anak yang sudah terbaring kaku,” katanya lagi.
Bagaimanapun Mazlan mengakui merasa lega dan berpuas hati kerana dapat menguruskan perjalanan akhir isteri dan tiga anaknya itu sehingga kesemuanya selamat disemadikan.
“Terima kasih kepada kawan-kawan dan semua yang menguruskan jenazah sehingga semuanya selamat dikebumikan” katanya yang tidak mengikut isteri dan anak-anaknya itu.
Ramadan ini sudah pasti tidak sama lagi, begitu juga Aidilfitri yang bakal disambut. Walau seberat mana ujian, namun seluruh ahli keluarga ini redha.
Sementara seorang lagi anak mangsa, Amirul Shafiq, 24 berkata, kesemua adik beradiknya nampak gembira hendak pergi shoping sebelum kejadian.
Kata anak ketiga ini, ketika kali terakhir berjumpa ibu dan adik beradiknya itu, ibunya menyuarakan hasrat untuk membeli persiapan Aidilfitri ke KL pada Jumaat lalu.
“Ma, kak long dan empat lagi adik saya bertolak ke KL pada jam 9 pagi Jumaat lalu dan mereka sempat singgah di Genting Highlands. Tapi saya terkejut lepas abah bagitahu saya pada jam 9 pagi tadi yang ma, kak long dan adik-adik ditimpa kemalangan,” katanya yang kelihatan masih trauma.
Alfatihah untuk seluruh ahli keluarga yang maut dalam nahas menyayat hati ini.
Kredit :- Raihan Sanusi, Sinar Harian Kemaman
*****
Al-Fatihah buat seluruh ahli keluarga Shahrul Ikhram yang telah terkorban dalam kemalangan ini. Semoga pemuda ini terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupannya selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Memang Real Habis”, Netizen Tergamam Lihat Video Lembu Emas Keluar Dari Skrin Besar

Bila tiba musim perayaan di Malaysia tak kira la Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas , sudah tentu rata-rata pusat membeli-belah di seluruh negara sedang giat mempersembahkan dekorasi terbaik mereka.
Berbeza di musim pandemik ini dan kita terpaksa membiasakan norma baru, namun kita tetap merasai kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok hari 12 Februari 2021.
Semalam, tular di media sosial apabila seekor lembu emas kelihatan realistik perlahan-lahan hidup dan nampak seperti ia ‘keluar’ dari skrin besar berdefinisi tinggi.
‘Together Fight Against COVID-19’
Kalau tak baca caption memang ingat real dah lembu yang diwarnakan dengan warna emas ini sebelum ia bergerak melompat ke arah tanda bertulis ‘Together Fight Against COVID-19’ lalu keluar daripada skrin.
Untuk pengetahuan semua, Pavilion Kuala Lumpur sekali lagi tak mengecewakan rakyat Malaysia apabila mengeluarkan persembahan 3D animasi lembu emas ini.
Bukan sahaja anda boleh melihat persembahan animasi lembu emas tetapi anda juga boleh melihat patung lembu emas dalam pusat beli-belah sehingga Mac 2021.
Rata-rata netizen teruja dengan lembu emas
This is super cool
Damn, Pavilion. Damn. pic.twitter.com/KfEoMQe8rk
— Aliff H. (@AlepHazwan) February 10, 2021
Untuk info, tahun 2021 merupakan Tahun Lembu Emas dalam zodiak Cina dianggap sebagai ‘Tahun Pemulihan’. Menurut Master Kenny Hoo, Pakar Feng Shui Good Feng Shui Geomantic Research, ketika memasuki Tahun Pemulihan, warna yang bertuah tahun ini, termasuk dalam kategori Brave Ground / Wright Stone Brown ( coklat tanah), sama ada untuk pakaian peribadi, aksesori, hiasan rumah atau pejabat mahupun pembungkusan jenama.
Kalau korang nak lihat secara real, bolehlah berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dan pastikan korang sentiasa mengamalkan SOP untuk menangani wabak pandemik COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mohammed Salman Kaya & Bahagia! PM Terbaru Arab Saudi Ini Antara Pemimpin Termuda Dunia

Susulan rombakan kabinet yang mendapat perkenan Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada hari Selasa; negara Arab Saudi pada hari ini telahpun memperoleh seorang Perdana Menteri baharu.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah diangkat sebagai Perdana Menteri dari jawatan dahulunya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Pada usia 37 tahun, Mohammed Salman sekaligus merupakan salah seorang pemimpin dunia termuda. Usia beliau sewaktu perlantikan sebagai pemimpin negara hanya di belakang Perdana Menteri Finland, Sanna Marin (34 tahun); Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35 tahun) dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (35 tahun).
ARTIKEL BERKAITAN : PM Finland Terbaru Berusia 34 Tahun! Adakah Malaysia Juga Bakal Ada? – REMAJA
Perlantikan putera raja berusia 37 tahun ini bukanlah perkhabaran yang mengejutkan sebenarnya memandangkan usia Raja Salman kini sudahpun mencecah 86 tahun. Mengikut tradisi, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi ini akan dipegang oleh ahli kerabat diraja.
Turut ditukar profil jawatannya ialah seorang lagi anak Raja Salman iaitu Putera Khalid yang dinamakan sebagai Menteri Pertahanan baharu.
BACA LAGI : Wow! Gadis Remaja 16 Tahun Jadi Perdana Menteri Finland Selama Sehari. – REMAJA
*
Sedikit info menarik mengenai Mohamed Salman, beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1985 dan merupakan anakanda kepada Raja Salman bersama isteri ketiganya, Fahdah binti Falah.
Sebagai putera sulung Fahdah dan putera ketujuh Raja Salman, beliau telah menamatkan zaman bujang pada tahun 2008 bersama sepupunya, Puteri Sara binti Mashour Al Saud yang merupakan cucu Raja Abdulaziz.
Hasil pernikahan itu, mereka memiliki lima orang anak iaitu Putera Salman, Putera Masyhur, Puteri Fahdah, Puteri Noura dan Putera Abdulaziz.

Walaupun Mohammed Salman pernah didakwa ‘nakal’ di dalam kelas sewaktu menghadiri sesi persekolahan di istana (homeschooling), setelah beliau melanjutkan pengajian di King Saud University dalam jurusan perundangan, beliau telah bergelar graduan dengan gred CGPA kedua terbaik dalam kelasnya pada usia 23 tahun.
Sejak itu, putera raja kacak ini terus aktif dalam dunia politik. Biarpun serius dalam pekerjaannya, itu tidak bermakna Mohammed Salman tidak tahu bagaimana untuk ‘bergembira’.

Selain terkenal sebagai hos parti-parti mewah, beliau juga mempunyai hobi memiliki aset bernilai jutaan dolar AS.
Antaranya termasuklah kapal persiaran (USD500 juta), istana atau chateau di Perancis (USD300 juta), 18 buah kenderaan mewah serta lukisan karya Leonardo da Vinci berjudul Salvator Mundi (USD450 juta).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

