Hari ini dunia dikejutkan dengan kejadian yang menyayat hati apabila 129 orang (setakat berita ditulis) telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputsan bola sepak.

Pelawanan yang berlangsung di antara dua kelab bola sepak  tersebut tercetus apanila penyokong Arema FC meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas kepada Persebaya Surabaya dengan jumlah gol 2-3.

Ini merupakan kekalahan pertama kelab itu kepada musuh tradisi mereka sejak lebih dua dekad. Dek kerana kekacauan yang berlaku, polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan ada penyokong mengalami sesak nafas.

Paling penyedihkan, menurut laporan terkini lebih 129 maut. Menyentuh tentang isu yang meragut lebih 129 nyawa, pengacara popular Indonesia, Najwa Shihab berkongsi rasa di laman Instagram.

IKLAN

“Satu kehidupan terlalu banyak, terlalu banyak. Terutamanya ini. Penilaian, penilaian, penilaian. klise? Jelas sekali klise jika penilaiannya hanya dangkal. Lebih-lebih lagi jika reaksi hanya kepada liga yang berhenti seketika. Maka ia diteruskan seperti biasa, seolah-olah semuanya baik-baik saja, hanya kerana ia telah mengeluarkan sekatan, sekatan dan sekatan.

“Tidak ada penilaian jika tindak balas hanya menyalahkan dan menghukum mereka yang paling terdedah, tidak menyentuh pihak berkuasa langsung, dan berakhir dengan ucapan takziah.

“Ratusan nyawa yang terkorban adalah tragedi yang luar biasa. Ini bukan lagi tragedi bola sepak Indonesia, ini sudah menjadi tragedi bagi bangsa Indonesia. Langkah luar biasa mutlak telah diambil oleh semua pihak berkuasa tertinggi di negara ini untuk menghukum mereka yang bersalah, merombak apa yang mesti dirombak.

IKLAN

“Ayat ini tanggungjawab bersama bermaksud tiada siapa bertanggungjawab. Menyiratkan keinginan untuk lepas tangan. Jadi mari kita kawal bersama. Tragedi ini mesti disiasat dengan teliti. Takziah kepada semua mangsa di Kanjuruhan. Hati dan perasaan saya bersama semua keluarga yang ditinggalkan,” tulisnya.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila salah seorang penyokong Arema FC tidak berpuas hati dan meluru ke arah pemain untuk meluahkan kekecewaan. Ekoran tindakannya itu, penyokong lain turut turun menyerbu ke padang sehingga menimbulkan kekecohan.

IKLAN

Ketika ini, team Najwa di Narasi News Room telah berkolaborasi dengan beberapa organisasi media lain untuk mengumpul bukti. Mereka melancarkan kempen untuk memohon foto dan juga video yang mungkin dirakam oleh penyokong bola sepak yang berada lokasi kejadian bagi membantu penyiasatan tragedi tersebut.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI