Saban tahun, antara isu yang diperjuangkan oleh negara-negara jiran berhampiran Indonesia adalah mengenai kebakaran hutan di negara tersebut.
Di saat semua negara masih berjuang melawan COVID-19 yang semakin meningkat di negara serumpun ini, kini Indonesia diuji dengan masalah kebakaran hutan dan tanah yang dianggap isu tahunan negara tersebut.
Dikatakan, enam wilayah di Indonesia sudah diletakkan dalam status siap siaga bagi berdepan darurat berikutan kebakaran hutan. Malah jumlah kebakaran yang andai digabungkan setiap satu wilayah itu melebihi dari 1000 hektar. Satu jumlah yang cukup besar dan debu yang dibawa angin sudah pasti menakutkan.
Walau kebakaran itu berlaku di Indonesia, sudah pastilah kita sebagai jiran terdekat termasuk Singapura sekali lagi akan berhadapan dengan masalah jerebu yang mana untuk tahun-tahun sebelum ini jarak penglihatan akan kabur selain berhadapan dengan masalah pernafasan yang dirasai oleh beberapa buah negeri.
Bagi korang yang mungkin ada masalah asma, sila berhati-hati ya. Sentiasa gunakan pelitup muka apabila hal ini diumumkan kelak.
Ads
Dalam pada itu, Portal Kompas melaporkan, Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Badan Nasional Bencana (BNPB), Raditya Jati berkata, tempoh siap siaga darurat berbeza untuk setiap daerah.
Menurutnya, pemilihan daerah terbabit sebagai kawasan darurat adalah berdasarkan titik panas, Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU), bilangan individu dijangkiti akibat penyakit saluran pernafasan akut (ISPA), jarak pandang serta tempoh musim kemarau.
"Buat masa ini, enam daerah sudah ditetapkan dalam status siap siaga iaitu Riau (11 Februari hingga 31 Oktober), Sumatera Selatan (20 Mei hingga 31 Oktober), Jambi (29 Jun hingga 26 September), Kalimantan Barat (2 Julai hingga 30 November), Kalimantan Tengah (1 Julai hingga 28 September) dan Kalimantan Selatan (1 Julai hingga 30 November).
Ads
"Kesan kebakaran di Riau membabitkan kawasan seluas 90.6 hektar, Sumatera Selatan (336.8 hektar) dan Jambi (56.6 hektar).
"Manakala, kawasan terjejas di Kalimantan Barat membabitkan keluasan 152 hektar, Kalimantan Tengah (318 hektar) dan 138 hektar di Kalimantan Selatan," katanya.
Difahamkan, seramai 6,000 sukarelawan dikerahkan ke enam daerah terbabit dengan setiap satunya mendapat bantuan 1,000 sukarelawan.
Ia terdiri daripada angkatan tentera Indonesia dan polis sebanyak 40 peratus, 20 peratus anggota bomba, 30 peratus orang awam dan selebihnya campuran daripada pelbagai pihak.
Kaedah digunakan dalam operasi memadamkan kebakaran adalah melalui udara atau water bombing dan teknologi mengubah suai cuaca.
Menurut Raditya, beberapa langkah pencegahan diambil bagi mengelakkan masalah itu terjadi di daerah antaranya perkongsian maklumat bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan hasil hutan yang boleh menjadi sumber ekonomi.
Langkah lain diambil termasuk pemantauan titik panas oleh Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan). Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesat dalam hutan adalah situasi paling ditakuti oleh individu yang sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti hiking, mahupun jungle trekking.
Semalam, sekumpulan remaja lelaki yang dipercayai sesat sejak semalam ketika beriadah di kawasan Jeram Gunung Hitam, Hulu Langat ditemui selamat pagi tadi.
Foto Via Sinar Harian
Menurut Bernama, ketujuh-tujuh mangsa yang berusia 18 tahun dibawa keluar pihak penyelamat kira-kira jam 5.59 pagi tadi. Memetik laporan Sinar Harian pula, salah seorang pengguna Facebook memaklumkan terserempak jentera bomba ambulans di lokasi kejadian.
Malah salah seorang warganet turut meninggalkan komen mengaku sempat terserempak dengan tujuh remaja lelaki tersebut sejurus turun dari mendaki.
“Mereka baharu nak mendaki Gunung Hitam. Saya sempat tegur dan mereka kata hendak berkhemah. Mereka sempat berseloroh lepas habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru keluar dari sini,” kata pengguna Facebook tersebut, memetik laporan Sinar Harian.
Menerusi gambar papan tanda maklumat yang dikongsi di Facebook, ketujuh-tujuh mangsa dipercayai melalui trek di Kem Sungai Lawing untuk bermandi-manda di sungai. Namun kesemua mereka terkandas di lereng bukit selepas hujan.
Kalau jadi dekat kita mesti dah cuak gila kan? Jadi korang boleh buat tip ini sekiranya tersesat dalam hutan yang telah dikongsi oleh Media Hutan.
Kalau korang selalu masuk hutan, mesti korang pernah nampak batang pokok yang besar kan? Ia dipanggil sebagai banir. Banir ini mempunyai kegunaan yang sangat banyak terutamanya bagi individu yang sesat dan memerlukan pertolongan.
Mesti korang selalu jumpa dalam hutan kan?
Macam mana cara nak hantar isyarat kecemasan/minta bantuan guna banir ini? korang boleh ikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
3. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki lain
4. Pastikan korang menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Selama ni nampak di hutan ingatkan hanya sebatang pokok yang besar, tetapi rupanya ternyata banir ini ada kegunaannya. Kalau korang nak tahu, bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi korang ketika itu.
Hebat kan? Walaupun mungkin kita jarang sekali masuk ke hutan, namun kami percaya informasi ini sangat berguna untuk pengetahuan bersama.
Kecoh sebentar laman media sosial pada sebelah petang tadi apabila pempengaruh remaja popular, Syed Syafiq telah didakwa berkelakuan biadap terhadap petugas kesihatan yang ditemuinya pada hari ini.
Sewaktu melakukan ujian SWAB hari ini, pihak Syafiq sempat merakamkan ‘sesi perbalahan’ yang terjadi selepas dia mendakwa jururawat yang bertugas telah bertindak kasar sehingga mengakibatkan matanya menangis berair.
Lalu, klip-klip tersebut dimuat naik sendiri oleh Syafiq ke Instagram Story demi menyatakan ketidakpuasan hatinya.
😭😭??? ok karen malaysia it aint that deep the nurse just did what she needed to do sit down lol pic.twitter.com/ZmScaYlbr4
Malangnya, tindakan tersebut memberi efek ‘backfire’ kepada Syafiq sendiri apabila netizen tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilemparkan dan kata-kata nista yang ditaipnya dalam video-video tersebut.
“Saya Minta Maaf”
Demi menjernihkan keadaan, Syafiq tampil ke hadapan pada hari ini juga untuk menjelaskan apa yang terjadi selepas insiden tersebut tular di media sosial.
Catatnya dalam satu muat naik ke Instagram, dia telah menemui semula pihak jururawat tersebut untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang semakin diperbesarkan di media sosial; secara baik.
“Dengan ikhlas, saya memohon maaf kepada kedua-dua petugas jururawat yang tidak saya hormati (pada hari ini). Seharusnya saya bertindak lebih memahami terhadap keadaan petugas semasa mereka sedang bekerja dan di bawah tekanan.
“Saya benar-benar memohon maaf kepada mereka berdua dan kepada mana-mana ahli frontliner yang mengorbankan masa, tenaga dan keselamatan mereka demi menjamin keselamatan orang lain.
“Saya terkilan di atas kelakuan biadap dan tidak menghormati; saya sedar akan perbuatan tersebut dan saya akan cuba memperbaiki diri,” katanya menerusi laman Instagram.
Terdahulu, Syafiq memuat telah memuat naik kenyataan untuk menjelaskan kepada netizen yang menjatuhkan hukuman dan melemparkan kata-kata tidak manis terhadapnya pada hari ini.
“Kamu boleh katakan apa saja tentang saya dan sebarkan apa yang kamu inginkan mengenai saya.
“Saya tidak terhutang maaf kepada sesiapa kecuali kepada jururawat terbabit. Saya anggap ini sebagai sebahagian daripada proses mendewasakan diri. Kita melakukan kesalahan supaya kita boleh belajar. Itu adalah kehidupan.”
Baguslah sekiranya kedua-dua pihak telah pantas mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini daripada terus dihangatkan lagi.
Buat kita semua, ingatlah bahawa para frontliner di luar sana sedang bertungkus-lumus untuk negara kita pada masa ini. Hormati kerjaya mereka, hulurkan doa dan semangat buat mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal keselamatan kenderaan tidak sepatutnya dibuat mainan…
Syarikat gabungan Toyota Motor Corp (7203.T), Daihatsu mengaku menipu sebahagian daripada pintu dalam ujian keselamatan perlanggaran sisi yang dijalankan untuk kira-kira 88,000 kereta kompak kebanyakannya dijual di bawah jenama Toyota.
Perkara tersebut dimaklumkan kepada umum menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut pemakluman tersebut, kemasan pintu pada kenderaan yang terjejas telah diubah suai dengan “takik” untuk meminimumkan risiko dalam ujian bahawa bahagian dalam pintu boleh pecah dengan tepi tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.
Model yang terjejas termasuklah Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia bermula dari Februari tahun ini. Kira-kira 11,800 kenderaan yang terjejas adalah Axia yang dikeluarkan oleh Daihatsu di kilang usaha sama yang dikendalikannya dengan pembuat kereta Malaysia, Perodua.
Selain Perodua Axia kereta lain yang terjejas adalah Toyota Yaris Ativs yang dibuat di Thailand dan dipasarkan bermula Ogos tahun lalu.
Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata syarikat itu sedang menyiasat bagaimana panel sisi model kenderaan yang terlibat telah ditukar untuk ujian keselamatan dan memohon maaf atas apa yang disebutnya sebagai pencabulan kepercayaan pengguna.
“Kami akan meneruskan penyiasatan terperinci mulai dari sini, tetapi berjanji untuk memahami dengan tegas apa yang berlaku di tapak, menyiasat niat sebenar dan berusaha dengan ikhlas untuk mencegah berulang,” kata Toyoda kepada pemberita.
Daihatsu berkongsi bahawa mereka telah menemui ujian keselamatan palsu itu selepas menerima laporan daripada pemberi maklumay. Syarikat pengeluar kenderaan gergasi itu juga telah melaporkan isu itu kepada agensi kawal selia dan menghentikan penghantaran model yang terjejas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!