Hukum mencukur bulu kemaluan tidak kira bagi wanita mahu pun lelaki adalah disunatkan dalam agama. Perkara yang diutamakan adalah mencukur tetapi diharuskan dengan cara bergunting, mencabut atau menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit untuk menggugurkan bulu tersebut.
Ada seorang ulama, Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian daripada ulama mengutamakan kaedah bercukur untuk kaum perempuan kerana perbuatan mencabut boleh menjadi punca kendur pada kulit di bahagian sulit.
Tujuan digalakkan bercukur supaya tidak ada kutu atau tungau yang hidup di bahagian kemaluan selain dapat menghindar daripada penyakit-penyakit dalaman lain. Dengan adanya bulu pada kemaluan perempuan mahu pun lelaki, ia juga bakal menimbulkan bau-bauan yang kurang enak.
Dalam Islam juga ada mengatakan bahawa tidak membenarkan untuk membiarkan bulu pada kemaluan tumbuh lebih daripada 40 hari.
Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih daripada masa empat puluh malam”. (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).
Ini bermakna paling lama pun dalam 40 hari dan kemudian korang kena servis bahagian-bahagian tersebut. Bukan hanya pandai melakukan kerja-kerja bercukur saja, korang kena tahu juga tentang perkara-perkara yang haram dilakukan sewaktu bercukur.
Haram bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya di depan perempuan lain dan haram juga bagi lelaki yang bercukur di depan perempuan lain, atau pun seorang perempuan atau lelaki yang membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya.
Selain tu juga, membersihkan muka dan badan daripada bulu-bulu yang berlebihan bagi seorang perempuan juga adalah dibolehkan. Begitu juga sekiranya mereka mempunyai janggut atau misai hendaklah ia dibuang supaya tidak menyerupai lelaki.
Jadi dah jelas kan tentang hukum dan perkara-perkara haram yang korang tak boleh lakukan sewaktu bercukur?
Harap lepas ni dah tak ada yang keliru lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah kira-kira dua tahun pentas Puteri Indonesia sepi dek pengunduran negara seberang itu daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 yang dlangsungkan di Eilat, Israel; akhirnya kelmarin seorang juara baharu telahpun dimahkotakan sebagai Puteri Indonesia 2022.
Wakil dari Bali itu dikenali sebagai Laksmi Shari De Neefe Suardana yang juga merupakan anak kepada penganjur acara Ubud Writers Festival di Bali, Janet De Neefe.
Jelas terpancar keceriaan pada wajah Laksmi sesudah dirinya mengenepikan saingan 43 orang gadis lain yang mewakili 34 provinsi dari seluruh Indonesia.
Memasuki segmen utama pertandingan tersebut iaitu segmen soal jawab bagi tiga peserta terbaiknya, Laksmi telah menerima soalan daripada Penasihat Utama Yayasan Puteri Indonesia; Putri Kuswisnu Wardani yang berbunyi;
“Apakah pernah ada pengalaman dalam kehidupan kamu yang ingin kamu ubah. Sama ada ya ataupun tidak, jelaskan jawapan kamu,” katanya.
Ini merupakan jawapan Laksmi dalam bahasa Inggeris yang memahat nasibnya sebagai juara Puteri Indonesia 2022:
“Saya tidak pernah memiliki pengalaman lampau yang buruk dan saya sesali sebelum ini. Saya percaya dunia ini sudah direncanakan untuk saya dan ia membantu saya berkembang menjadi seorang insan yang lebih kuat, bijak.
“Itulah sebab mengapa saya mampu berdiri di sini pada malam ini, berkat pengalaman telah mengajar saya menjadi insan yang lebih baik, lebih berani. Dan saya tahu saya mampu mencapai apa-apa perkara sekalipun,” katanya.
Sebaik sahaja menyampaikan jawapan tersebut, juri sebulat suara memilih Laksmi sebagai Puteri Indonesia 2022 sekaligus akan mewakili Indonesia ke pentas Miss Universe 2022 kelak. Naib Juaranya pula ialah Cindy May McGuire yang sekaligus menggalas gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2022 manakala peserta kegemaran, Adinda Chresheilla dari Jawa Timur pula di tempat ketiga lalu menggalas gelaran Puteri Indonesia Pariwisata 2022.
Turut memeriahkan malam kemuncak kelmarin ialah Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India, Naib Juara Miss Supranational 2022, Karla Guilfu Acevedo dari Puerto Rico dan Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat dari Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda bahawa cara mencuci muka yang betul boleh membantu mengekalkan kecantikan dan awet muda? Salah satu teknik yang semakin popular ialah teknik “Beauty Fingers”.
Hah, jangan main tonyoh dan asal siap saja ya!
Antara jari yang patut anda gunakan ialah, tiga jari terakhir iaitu jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Bukan sepuluh jari dan tapak tangan tu, lain jadinya nanti.
Malah nak sapu serum atau pelembap muka pun sebaiknya guna tiga jari kecantikan ini. Kata tak mahu kulit cepat kedut, kan?
Kenapa guna jari kecantikan?
Sebab tiga jari terakhir ni mempunyai tekanan rendah dan tak menyumbang kepada kedutan di wajah, yang menyebabkan muka cepat kendur dan tua sebelum usia.
Cara Cuci Muka Yang Betul
Nak muka tegang dan tak kendur ke bawah, cuci muka muka dari dagu dan naik ke pipi, ke hidung dan kemudian ke dahi.
Dan jangan lupa kalau nak awet muda, guna jari kecantikan anda atau mesra dipanggil beauty fingers!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai sneakerheads akan bersetuju jika kami katakan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun ialah dua buah negara yang sedang menguasai pasaran kasut jenis sneakers pada masa ini.
Walaupun kedua-dua negara berada jauh di antara satu sama lain, masing-masing agresif mengeluarkan rekaan sneakers terbaik saban tahun.
Jika Amerika Syarikat berbangga dengan jenama klasik dan malar segar seperti Nike, Converse, New Balance, Skechers, Under Armour dan banyak lagi jenama lain, Jepun pula gah dengan jenama-jenama inovatif seperti Asics, Onitsuka Tiger, Mizuno, Comme des Garcons dan sebagainya.
Tetapi, bukan jenama besar ini saja yang menjadi faktor penguasaan AS dan Jepun dalam pasaran sneakers. Ia juga disebabkan oleh kewujudan stor sneakers berskala besar dari AS dan Jepun yang mempunyai puluhan malah ratusan cawangan di serata dunia.
Selama berpuluh-puluh tahun di Amerika Syarikat, stor Foot Locker sudah sebati dalam kalangan pembeli di sana. Di Jepun pula sejak tahun 2000, individu penting di sebalik kenaikan pasaran sneakers di sana ialah Hidefumi Hommyo yang memperkenalkan stor atmos.
Kini dengan lebih 49 buah cawangan fizikal di serata dunia termasuklah 10 buah stor di luar Jepun, atmos sudah menjadi jenama stor sneakers terkenal. Heck, Malaysia juga mempunyai cawangan atmos Kuala Lumpur secara atas talian dan stor fizikal di Suria KLCC.
All in all, baik Foot Locker dan atmos adalah di antara stor penting bagi sneakerheads.
*
Justeru, apabila Foot Locker pada hari ini mengumumkan ia akan membeli saham atmos bernilai USD360 juta, tentulah update ini akan mengubah landskap dunia sneakers.
Pembelian tersebut bukan saja akan menjadikan Foot Locker – sebuah stor dari AS – sebagai kuasa baharu pasaran sneakers Jepun yang dilaporkan bernilai USD6 bilion. Ia juga akan memberi impak kepada cawangan atas talian atmos di benua Asia.
Untuk pengetahuan, Foot Locker kini mempunyai hampir 2000 buah stor fizikal di Amerika Syarikat termasuk beberapa cawangan ‘secondary’ seperti Kids Foot Locker, Champs dan Footaction. Bagaimanapun di benua Asia, Foot Locker hanya mempunyai 20 buah stor fizikal sahaja. Ia membuktikan mereka masih belum benar-benar menguasai pasaran Asia. (1)
Justeru, pembelian atmos oleh Foot Locker dianggap sebagai satu pembelian strategik yang akan melebarkan pengaruh Foot Locker di Aasia, yang juga merupakan zon ekonomi ketiga terbesar dunia. Foot Locker juga akan memiliki kelebihan stor atas talian atmos yang telah menyumbang 60 peratus daripada keuntungan penuh atmos pada tahun 2020.
Okay enough with the economic pointers.
Apabila atmos dibeli oleh Foot Locker, adakah sneakerheads di Asia selepas ini akan lebih mudah mendapatkan stok model-model kasut yang sukar didapati sebelum ini?
TBH, sukar untuk kita jangkakannya. Jika dilihat kepada model sneakers yang diperkenalkan oleh Foot Locker Malaysia sepanjang tahun 2021, jujurnya tidak semua sneakers yang direbut oleh sneakerheads akan dijual di Foot Locker. Kebanyakan yang ada di sana adalah kasut kategori general sale dan bukan edisi terhad mahupun kolaborasi istimewa.
Waktu puncak di Foot Locker pula pada pendapat kami adalah semasa mereka menganjurkan jualan pertengahan serta akhir tahun. Selebihnya, jarang sekali kami melihat ‘sneakers hangat’ ada dijual di Foot Locker Malaysia.
NAMUN, dari sudut positif pula; setelah atmos dibeli Foot Locker, satu berita baik untuk sneakerheads adalah kita boleh jangkakan lebih banyak model kolaborasi yang akan muncul.
atmos terkenal sebagai stor yang ‘rajin’ berkolaborasi dengan jenama-jenama sneakers seperti Nike, adidas dan New Balance. Tahun ini saja, atmos telah melancarkan model kolaborasi seperti Nike Lebron 18 Low ‘Sakura’ & ‘Viotech’, adidas ZX8000 ‘G-SNK4’, New Balance 57/40, adidas ZX ‘Setsubun’ dan beberapa lagi model menarik.
Oleh itu, kami teruja untuk melihat sekiranya budaya kolaborasi ini akan muncul di Foot Locker tidak lama lagi.
Adakah korang teruja seperti kami? Ataupun korang rasakan pembelian atmos oleh Foot Locker ini adalah satu bentuk kerugian kerana ia hanya mengehadkan kepelbagaian stor dalam pasaran sneakers dunia?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!