Tidak sah sekiranya setiap video yang dimuat naik oleh pempengaruh media sosial, Ryan Bakery ke akaun TikTok miliknya tidak mencecah jutaan tontonan.
Begitupun, kejayaan yang diraih olehnya kini tidak datang bergolek dalam sekelip mata.
Tatkala menemui pemberita selepas menggenggam trofi bagi kategori Digital Content Creator Tergempak di acara Gempak Most Wanted Awards 2022 di Shah Alam malam tadi, pemilik nama penuh Muhammad Ryan Fahmi Bakery mendedahkan bahawa dia pernah berada di takuk bawah kehidupan sehingga perlu menggunakan nama isterinya, Elyia Ibrahim demi membuat pinjaman bagi membeli kereta.
“Ini isteri saya, kenalkan. Elyia..” kata Ryan tersipu apabila ditanya mengenai keberadaan seorang wanita berhijab di sebelahnya sepanjang malam.
“Dulu tahap susah saya, sampai guna nama isteri untuk buat pinjaman beli kereta yang kami guna pada hari ini. Sekarang, saya pula yang sambung bayar,” dedahnya.
Ryan turut berkongsi bahawa peralatan yang kini digunakan olehnya bagi menghasilkan pelbagai kandungan digital tular adalah hasil pengorbanan isterinya yang percayai impian dan potensi yang dimiliki olehnya sehingga sanggup melabur ribuan Ringgit. Ini semua berlaku setelah Ryan diberhentikan kerja oleh majikan dan memulakan perniagaan popiah.
“Kalau nak cerita dari awal, memang sedih. Niat saya nak buat video sebab iyalah, nak jana pendapatan. Orang yang hanya percayakan apa saya buat, dia (Elyia). Dia ada.
Ads
“Dialah yang banyak melabur untuk saya walaupun pada waktu itu belum bergelar isteri (Ryan). Saya cakap hendak pakai greenscreen, dia keluar duit. Saya cakap hendak pakai gimbal dan hendak pakai lampu studio, dia keluar modal.
“Dia tetap percaya apa yang saya buat walaupun saya pun berulang kali tidak percaya dengan apa yang saya buat.
“Walaupun gajinya tidaklah sebesar mana, dia sanggup keluarkan duit untuk beli keperluan untuk saya membuat video. Jadi, salah satu sebab saya berada di sini adalah kerana dia” kata Ryan.
Ads
Selama ini, hanya pasangan suami isteri itu sahaja yang tahu penat lelah yang terpaksa mereka harungi untuk sampai ke tahap ini. Disebabkan itulah, Ryan sedikit terkesan sekiranya ada yang menuduh Elyia menumpang populariti suaminya itu menerusi video-videonya.
“Usaha dialah yang menjadi salah satu sebab saya berjaya. Sebagai tanda penghargaan, saya halalkan hubungan kami secepat mungkin dan akan membawa dia ke mana-mana sahaja saya pergi.”
Kata-kata Ryan ini adalah benar sementelah REMAJA sendiri selalu mendapati Eylia menemani Ryan sekiranya pempengaruh itu mendapat jemputan ke mana-mana acara setelah mereka bergelar suami isteri yang sah sejak Oktober 2022.
Ads
Dalam pada itu, Elyia ketika ditanya mengenai perasaannya setelah melihat kejayaan suaminya yang dinobatkan sebagai pemenang GMWA 2022 merasa sebak dan berkata, “Kami belajar dan bekerja sama-sama. Apabila dia dibuang kerja, takkan nak tinggalkan dia. Saya akan tetap sokong dia.”
Pasangan ini memang menginspirasikan! Macam inilah baru pempengaruh sebenar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi kebiasaan masyarakat Malaysia memang menunggu dan mengambil peluang untuk shopping kalau ada sales. Ia juga bermakna korang harus merebut promosi yang dilakukan di stor dan secara online.
Namun, kadang-kadang kedai-kedai mesti akan menggunakan istilah diskaun ni, dari 10% sampai lah 70%. Antara satu masalah bagi pembeli adalah nak mengira peratus diskaun. Kepada yang gila shopping tapi lemah matematik ni terpaksa mengeluarkan kalkulator untuk mengira.
Biasanya penulis panggil je penjaga kedai buku tuh suh kira, tapi kalau dah kerap sangat panggil… nampak kelemahan disitu, hehehe… jom belajar mengira jap. Mudah je kira peratus diskaun nih, ada dua cara untuk mengira diskaun:
Tapi menurut perkongsian video TikTok @mathicallytutors rupa-rupanya senang je cara nak kira peratusan diskaun. Walaupun pada awalnya agak rumit, tetapi cara menghitung peratusan sebenarnya mudah.
Rintihan rakyat agar waktu operasi restoran, kafe dan perkhidmatan penghantaran makanan agar ia dilanjut hingga jam 10 malam akhirnya didengari oleh pihak berkuasa.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau sedar isu ini telah tular di media sosial sejak 4 hari lalu.
Malah, ada juga rakyat yang menghantar komen dan mesej di nombor WhatsApp dan akaun Instagram beliau agar waktu operasi kedai makan dikaji semula.
“Kita faham ramai yang mengatakan terlalu awal (kafe dan restoran) ditutup kerana lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Jadi mereka tidak sempat hendak membeli makanan.
“Kita juga mendengar rintihan daripada peniaga makanan terutamanya peniaga yang popular di waktu malam seperti burger, sate dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan mereka mula (datang) selepas waktu Maghrib dan Isya’. Kita dengar dari pandangan pembeli dan peniaga.
“Sehubungan itu selepas mengadakan perbincangan, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersetuju melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bermula esok (22 Januari).
“Bagaimanapun, dine in atau makan di dalam kedai masih tidak dibenarkan. Peraturan masih kekal untuk makanan hanya dibawa pulang.
“Tempoh masa yang sama juga dibuka kepada food deliver sehingga jam 10 malam,” jelas beliau.
Nasib baiklah ia dikaji semula. Ramai sudah tak larat nak puasa pada sebelah malam, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adik perempuan Raja Thailand telah meluluskan pengimportan vaksin Covid-19 oleh institusi yang ditaja olehnya, dengan melangkaui arahan kerajaan yang ketika ini menyaksikan kes jangkitan yang meningkat dan juga semarak kemarahan rakyat kerana pelancaran vaksin yang perlahan dan tidak teratur.
Setiausaha Jeneral Akademi Diraja Chulabhorn menerusi satu hantaran di laman Facebook menulis yang vaksin alternatif akan melengkapkan kempen kerajaan sehingga dapat memenuhi keperluan negara.
Sebelum ini kerajaan Thailand telah menegaskan bahawa semua import vaksin harus melalui mereka dan bulan depan bakal memulakan usaha imunisasi bersar-besaran, yang sangat bergantung pada vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan secara tempatan oleh sebuah syarikat dimiliki oleh Raja.
Pengumuman dalam Warta DiRaja itu rasmi mengejutkan kerajaan Thailand yang disokong oleh tentera itu. Sehingga kini kurang sejuta rakyat negara itu divaksin dari keseluruhan 66 juta penduduk.
Keputusan itu diumumkan pada Selasa lalu sekaligus memperluas kemampuan Akademi Diraja Chulabhorn untuk bertindak balas terhadap virus Covid-19. Ia ditandatangani oleh Puteri Chulabhorn, yang merupakan ketua pengerusinya dan adik bongsu Raja Maha Vajiralongkorn.
“Akademi Diraja akan mendapatkan ‘vaksin alternatif’ sehingga vaksin yang dihasilkan di negara ini mencapai kemampuan yang cukup dapat melindungi dari wabak ini,” kata setiausaha agungnya, Nithi Mahanonda di Facebook.
Walaupun begitu tidak diketahui berapa banyak vaksin yang akan diimport oleh akademi tersebut dan bila vaksin tersebut akan diperoleh.
Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul mengatakan dia tidak menyedari perintah DiRaja itu sebelum ia diterbitkan.
“Saya baru saja melihat pengumumanmalam tadi,” kata Anutin ketika ditanya mengenai hal itu semasa diwawancara televisyen tempatan.
“Tetapi jika ia memberi manfaat kepada negara, kami bersedia.”
Yang Amat Mulia Professor Dr Puteri Chulabhorn Mahidol sangat aktif dalam pembangunan dunia penyelidikan dan pendidikan. Sumber gambar: UCL Global
Akademi DiRaja Chulabhorn, yang merangkumi sebuah hospital dan institut penyelidikan, telah mengadakan satu sidang akhbar untuk hari Jumaat mengenai apa yang dikatakannya sebagai pengimportan vaksin Sinopharm. Thailand dijangka akan meluluskan vaksin China untuk penggunaan kecemasan minggu ini.
Dalam satu pandangan lain. Menurut Fuadi Pitsuwan, seorang sarjana di Sekolah Polisi Awam di Universiti Chiang Mai, mengatakan perolehan DiRaja berisiko menjadikan Akademi Diraja Chulabhorn dipolitikkan dan boleh melibatkan puteri itu sendiri.
“Ini adalah langkah yang disebabkan oleh ketidakcekapan kerajaan,” katanya.