Setelah Aween Ismail dari Dewi Remaja 2018/2019 dan Nina Amin dari Dewi Remaja 2019, kini tiba giliran pemilik gelaran Dewi Inspirasi yang baharu bagi edisi 2022.
Tahniah diucapkan kepada Keeran Praval, 25 yang telahpun dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu.
Menyifatkan kemenangan tersebut langsung tidak pernah terlintas di fikirannya memandangkan ramai finalis lain yang turut layak untuk diberikan gelaran tersebut, Keeran sewaktu ditemui merasakan gelaran ‘inspirasi’ itu sendiri adalah satu tanggungjawab berat yang perlu dipikulnya selepas ini.
“Tidak pernah terfikir pun untuk memenangi gelaran Dewi Inspirasi ini. Niat saya datang pada malam ini (Sabtu lalu) hanyalah untuk enjoy the show. Ini juga adalah malam terakhir untuk saya bertemu dengan 15 rakan-rakan saya yang lain.
“Namun biila diberikan kepercayaan oleh pihak produksi dan team Dewi Remaja 2022 untuk menggalas gelaran Dewi Inspirasi, tentunya saya merasa bertuah dan sangat-sangat berbangga kerana bagi saya, ini bukanlah gelaran yang biasa-biasa.
“Berat tanggungjawabnya dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk membawanya,” kata Keeran yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang.
Ads
Keeran ketika menerima trofi dan selempang daripada juri malam finale, Izara Aishah.
Perjalanan Keeran dalam pencarian Dewi Remaja 2022 terhenti di episod separuh akhir apabila dia akur, prestasi sepuluh orang rakannya dalam cabaran pementasan teater pada waktu itu lebih memberikan warna berbanding dirinya yang membawakan watak primadona. Begitupun, Keeran tidak sesekali berhenti memberikan komitmen dalam setiap sesuatu yang dilakukan dan dirinya juga disenangi oleh rakan-rakan finalis yang lain.
“Inspirasi itu bagi saya adalah pemilikan nilai-nilai positif di dalam diri yang perlu saya gunakan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana terutamanya remaja yang lebih muda daripada kami.
“Usia saya yang lebih matang daripada 15 finalis lain mungkin menjadikan saya lebih tenang dalam berdepan apa saja cabaran yang melanda sepanjang empat bulan ini. Jadi bila saya perlu membuat sesuatu keputusan, saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat apa-apa keputusan yang tidak berasas,” katanya.
Ads
Tanpa Pengalaman Industri, Keeran Tetap Yakin
Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, graduan Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ini membulatkan misinya untuk menapak dalam industri seni hiburan tanah air.
Biarpun dirinya boleh dianggap masih hijau tanpa berbekalkan pengalaman industri sebelum ini baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan, Keeran tetap yakin potensi serta bakat yang dimilikinya boleh diasah untuk pergi jauh.
“Saya ingin kembangkan sayap saya seluas-luasnya dalam industri ini dan akan mengambil mana-mana peluang yang hadir untuk saya.
“Tambahan pul; Tracie, Malle dan saya sedang merancang untuk menetap bersama selepas ini di Kuala Lumpur dan akan terus menembus masuk ke dalam industri.
Ads
“Ya, perlahan-lahan chemistry di antara kami bertiga bertambah erat selepas menetap serumah sepanjang pencarian. Kami juga mudah sekepala dalam cara membawa diri. Jadi saya selesa dengan Malle dan Tracie,” ujarnya.
Tahniah Keeran Praval!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod rancangan siaran langsung, MeleTop pada malam ini membawa berita yang amat mengejutkan.
Sejak 8 musim yang lalu, MeleTop tak gagal untuk mendapatkan rating yang bagus. Faktor utama yang mempengaruhinya tentulah disebabkan dua orang hosnya, Noor Neelofa dan Nabil Ahmad. Bukan senang ya gaiss untuk mendapat gabungan chemistry seperti mereka berdua.
Namun pada malam ini, Neelofa telah membuat pengumuman mengejutkan apabila Disember 2019 bakal menjadi bulan terakhir Neelofa bersama team produksi MeleTop.
Malah sebentar tadi, Nabil mengaku dirinya tak tahu-menahu mengenai berita tersebut dan dia juga turut terkejut dengan pengumuman Neelofa ini.
*
Tentunya ramai peminat tegar Neelofa akan bersedih. Namun MeleTop ingin menjadikan keseluruhan bulan Disember ini lebih istimewa bagi pengacaranya itu. Sepanjang bulan ini, korang boleh memuat naik status & caption dengan hashtag #TanyaLofa dan #ThankYouLofa. Antara komen dan soalan yang menarik akan dibacakan semasa rancangan itu berlangsung bulan ini.
All the best Neelofa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan memegang gelaran Dewi Remaja 2019, perjalanan seni Shaza Bae dilihat semakin berkembang apabila anak muda ini sudah menerima tawaran sebagai watak utama dalam drama siaran televisyen.
Bakal membintangi telemovie Kawanku Alin, Shaza bersyukur kerana telah dipilih menjadi pelakon utama untuk drama tersebut.
“Sebelum ini saya telah dihubungi oleh pihak produksi dan telah di shortlisted untuk telemovie Kawanku Alin ini. Kemudian, tak sangka pula mereka call dan mengatakan saya berjaya untuk memegang watak utama sebagai Alin,”
“Apa yang menariknya tentang drama ini adalah saya akan membawa watak alien, dimana disebabkan ini juga saya bersetuju untuk menerima tawaran mereka. Saya ingin mencabar kebolehan dan tidak mahu dianggap pelakon ‘stereotype’ yang hanya memegang watak perempuan ayu. Watak Alin ini juga memberikan saya peluang untuk mencuba out of the box kerana dari perwatakan seorang alien yang tidak mempunyai apa-apa perasan, saya perlu menukarkan Alin kepada sikap-sikap manusia normal. Memang agak mencabar,” jelas Shaza Bae.
Shaza turut mengakui bahawa antara kekangan yang dihadapinya sekarang adalah untuk membahagikan masa ke set penggambaran, serta kerja-kerja lain yang harus ditunaikan sebagai menjadi hos TV, pensyarah di universiti, serta beberapa tugasan sampingan yang lain.
“Alhamdulillah, walaupun jadual agak padat dan kadangkala terasa juga kepenatan tu, tapi saya bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan olehNya. Saya akan cuba menggalas setiap tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan diharap agar lakonan saya nanti akan diterima oleh peminat semua,” sambungnya lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama lakonan Shaza Bae, Kawanku Alin yang akan bersiaran pada 18 Mac 2020 (Rabu), jam 9.30 malam di saluran Astro Ria.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dari dulu lagi, pencarian Dewi Remaja terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat dan ini terbukti apabila kami juga turut mempunyai barisan finalis yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah Cina dan India.
Pada tahun ini, sesi uji bakat Dewi Remaja 2022 sekali lagi mendapat perhatian daripada gadis berbangsa Cina yang turut mencuba nasib dalam menjadi salah seorang finalis yang kami cari.
Liu Jiun Er atau lebih mesra dikenali sebagai June merupakan seorang gadis Cina yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Peserta berusia 24 tahun ini sanggup memandu kereta seorang diri pagi tadi semata-mata untuk tidak ketinggalan menyertai sesi uji bakat yang dijalankan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
“Memang dari kecil saya suka menonton drama-drama Melayu dan saya tahu tentang Dewi Remaja ini sejak tahun 2018 tetapi pada waktu itu saya tidak ada rezeki untuk datang ke sesi uji bakat kerana masih belajar,”
”Ada dua sebab saya hadir ke uji bakat Dewi Remaja ini, pertamanya saya ingin menjadi contoh untuk merapatkan perpaduan antara kaum di Malaysia,”
”Yang kedua, saya seorang yang sangat peka tentang alam sekitar, jadi saya rasa kalau saya cuba menyertai program ini, saya mempunyai satu platform yang sangat besar untuk saya sebarkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar,” jelas June.
June juga mengakui dia mula minat menonton drama Melayu sejak berusia 13 tahun lagi dan ketika itu dia sudah mula bersekolah di sekolah jenis Kebangsaan.
Meminati bidang pengacaraan, June menjadikan Ain Edruce sebagai sumber inspirasi untuk lebih berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya itu.
“Kalau tanya tentang selebriti Malaysia, penyanyi saya meminati Khai Bahar, pengacara pula saya sangat mengagumi Ain Edruce dan daripada segi lakonan pula saya suka pelakon Remy Ishak,”
”Sebelum ke sesi uji bakat hari ini, saya banyak juga membuat research berkaitan dengan industri hiburan Malaysia, selain daripada mengikuti perkembangan isu-isu semasa,” tambahnya lagi.
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada June dan semoga gadis ini terus bersemangat untuk mencapai cita-citanya masuk ke dalam industri hiburan tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.