Drama Korea The Penthouse 2 telah pun menemui penonton pada minggu lalu dan berjaya mencatat melepasi angka 20 peratus dalam episode kedua. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru daripada siri popular itu menerima rating sebanyak 15.1 peratus dan 20.4 peratus untuk dua bahagiannya.
Drama ini mendapat sambutan yang luar biasa pada musim pertama dan telah dikhabarkan akan menemui peminat sehingga musim ketiga. Hampir kesemua watak yang dipaparkan dalam siri The Penthouse mempunyai kekuatan masing-masing dan memberi kesan buat penonton sehingga menganggu emosi mereka. Hiks!
Lakonan mantap barisan pelakon juga membantu menghidupkan lagi watak yang dimainkan. Ramai yang sakit hati dengan watak jahat yang dibawa oleh Uhm Ki-Joon dan Kim So Yeon.
Namun begitu, tahukah korang bahawa sebenarnya ada pelakon lain yang ditawarkan berlakon dalam siri ini tetapi mereka menolak atas sebab tertentu?
Ya, berikut merupakan antara pelakon asal yang sepatutnya membintangi drama Korea The Penthouse.
Ads
1. Shin Sungrok (Joon Dan Tae)
Shin Sung Rok mendapat perhatian ramai apabila dia mengesahkan penampilannya dalam The Penthouse: War in Life sebagai Joo Dan Tae. Namun, pada akhirnya dia terpaksa menarik diri kerana jadual penggambaran drama ini bertembung dengan penggambarannya yang lain.
Khabarnya, Shin Sungrok menolak tawaran ini kerana dia harus menjalani penggambaran drama Kairos yang ditayangkan pada masa yang sama.
Ads
2. Oh Man Suk (Ha Yoon C
Oh Man Seok dilaporkan memegang watak Ha Yoon Chul namun ia digantikan oleh Yoon Jong Hoon kerana Oh Man Suk terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dilaporkan.
3. Ha Seok Jin (Logan Lee)
Ads
Pelakon ini juga dilaporkan menerima tawaran dalam drama The Penthouse. Namun, disebabkan Park Eun Seok memegang watak sebagai guru Pendidikan Jasmani, netizen tertanya-tanya adakah Ha Seok Jin meninggalkan drama atau akan ada Logan Lee yang lain.
Pelakon Kang Tae Oh juga berada dalam senarai pendek untuk membintangi drama bersiri ini namun terpaksa menarik diri dan membintangi drama JTBC Run On. Peranan yang ditawarkan kepada pelakon ini tidak dinyatakan.
Pelakon wanita ini juga dikatakan turut tersenarai sebagai pelakon The Penthouse namun dia memutuskan untuk memilih beraksi dalam drama Live On yang juga ditayangkan dalam waktu yang sama dengan The Penthouse: War in Life.
Oh begitu rupanya. Agak-agaknya kalau mereka ini menerima tawaran berlakon dalam The Penthouse, watak yang dimainkan itu menjadi ke tidak ya?
Aplikasi Tik Tok kian mendapat sambutan hangat oleh masyarakat dunia, namun ia tidak dapat daripada kontroversi yang melanda. Seperti sebelum ini, India sudah pun mengharamkan Tik Tok dan khabarnya, Amerika Syarikat juga bakal menyusul.
Baru-baru ini, dikatakan akaun milik selebriti Korea telah dipadamkan. Syarikat yang berkaitan dengan aplikasi itu telah memberitahu JTBS News bahawa mereka tidak dapat menjelaskan kenapa akaun-akaun tersebut dipadamkan.
Ramai selebriti Korea, termasuklah Gary daripada Leessang yang mempunyai jumlah pengikut hampir 1.5 juta, HyunA sebanyak 2.5 juta pengikut, serta akaun TikTok ahli Super Junior iaitu Heechul. Terdapat 13 akaun selebriti Korea yang hilang dan antaranya adalah Rain, MAMAMOO dan Hyoyeon.
Wakil dari TikTok telah membuat kenyataan bahawa hal ini berlu mungkin disebabkan oleh syarikat pengurusan selebriti terbabit. Mereka tidak dapat menjelaskan punca sebenar kenapa perkara ini boleh berlaku.
Netizen di Korea tertanya-tanya adakah China telah melarang produk dan budaya dari Korea? Namun, masih ada beberapa akaun dikalangan selebriti Korea yang tidak dipadamkan seperti akaun Seventeen dan pelakon, Ryu Joon Yeol.
Ha, misteri juga kan tiba-tiba akaun TikTok mereka boleh hilang. Rindulah nak tengok Rain menari nanti.. Ehh.. Hiks!
Setelah dua tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Ainul Aishah yang kini sedang sarat hamil anak sulung, mengumumkan bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.
Pendedahan tersebut dibuat pelakon filem popular Nana Tanjung itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut memaparkan Ainul dan rakan-rakannya sedang menyambut majlis ‘gender reveal’ .
“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari ‘baby shower’ dengan saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.
“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” tulisnya sambil mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pelakon itu kerana ada seri ibu mengandung selain mendoakan buatnya agar dipermudahkan segala urusan bersalin kelak.
Sebelum ini, Ainul mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu, namun tidak mendedahkan jantina anaknya.
Sekadar informasi, Ainul dan suami tercinta, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga 18 September 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi kelahiran tanah air yang bertaraf antarabangsa seperti Zee Avi ini? Mendengar sahaja suara dia sudah tahu kita siapa pemiliknya menggambarkan betapa uniknya vokal yang dimiliki oleh anak seni ini.
Terkini, Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman ini dipercayai selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya sendiri iaitu Kenji Makano.
Menerusi tinjauan di laman Instagram, Zee Avi turut memuat naik gambar berinai dan mengenakan busana pengantin.
Majlis akad nikah pasangan tersebut dilaporkan berlangsung di sebuah surau di Ampang. Kami difahamkan, Kenji Makano merupakan warganegara Jepun yang kini didakwa menetap di Malaysia. Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana serba putih ketika majlis akad nikah itu berlangsung.
Jejaka Jepun Jadi Pilihan
Sebelum ini melalui laporan Xtra, Zee Avi tidak terlepas dengan soalan mengenai jodoh pilihan. Hampir 15 tahun tinggal di luar negara, pasti ramai yang menyangka pelantun lagu ‘Kantoi’ ini lebih selesa mendekati jejaka dari luar berbanding lelaki tempatan. Ujar Zee Avi, dia mencari lelaki yang unik. Lebih penting, individu tersebut perlu sekepala dengannya dan sangat memahami kerjaya sebagai anak seni.
Congrats, Zee Avi dan pasangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menepati ramalan, penyanyi Liza Aziz berjaya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV11) musim ke-11, memandangkan bakatnya yang luar biasa dalam menyampaikan pelbagai jenis lagu.Penyanyi...