
Aktres popular, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan selepas timbul dakwaan bahawa dia tidak mempunyai ‘bonding’ yang erat dengan puteri sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi Instastory miliknya, Intan dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan Imane walaupun untuk ke kedai runcit yang hanya terletak 10 meter dari kediamannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Mudah Sentap, Intan Najuwa Tampil Bersuara Dengan Sikap Biadab Netizen

“Kepada sesiapa cakap saya tak ada bonding dengan tu, kau tahu tak, kita ni pergi kedai runcit 10 meter pun aku angkut anak tau.
“Tak pernah ku tinggal budak dobot ni,” coret Intan.
Dalam pada itu, Intan turut meluahkan rasa kesal terhadap komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah netizen.
Menurutnya, Imane sentiasa berada di sebelahnya, termasuk ketika dia sedang memasak di dapur.
ARTIKEL BERKAITAN: “Muka Daddy, Mata Mummy” -Intan Najuwa Kongsi Wajah Puteri Sulung. COMEL!

“Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah Mommy. Ish jahat ya mulut acik. Ingat kita tak sayang anak ke.
“Kalau boleh nak masuk perut balik ni ha senang bawak gi mana-mana tak nak jauh,” tambah Intan lagi.
Sekadar info, Intan Najuwa dan suaminya, Ahmad Asraf, telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Hero Hollywood 90-an Yang Dulu Mungkin Pernah Jadi Kegilaan Korang

Budak-budak 90-an pasti ingat nama-nama yang bakal kami sebutkan ini, tidak kiralah sama ada penyanyi mahupun model, kemunculannya di kaca tv mampu membuat penonton cair dengan auranya.
Ini dia top 5 selebriti yang pernah mencuri hati kita suatu masa dahulu.
1. Shane West

Lakonannya dalam filem A Walk to Remember memberi kesan di hati semua penonton terutamanya golongan remaja yang suka kan filem genre romantik.
Sejak itu, Shane sering muncul di dalam drama dan filem berkaitan dengan kehidupan remaja.
2. Jesse McCartney

Penyanyi yang punyai ‘wajah jambu’ ini pernah menjadi kegilaan gadis remaja baik di luar negara mahupun di Malaysia.
Mula melangkah masuk ke dalam industri dengan menyertai kumpulan boy band, Dream Street, tuah Jeesey lebih menyerlah apabila dirinya mula menyanyi solo untuk lagu Beautiful Soul dan merupakan pencipta lagu ‘Bleeding In Love’ nyanyian Leona Lewis.
Kalau korang nak tahu dia lah Justin Bieber untuk remaja 90an.
3. Chad Michael Murray

Matanya yang redup membuatkan ramai para gadis cair dengan kekacakannya. Tinggi lampai dan punyai rambut blonde cukup lengkap untuk dikategorikan sebagai lelaki idaman para gadis.
Malah namanya juga sangat terkenal di kalangan gadis remaja. Bukan sahaja peminat, malah selebriti seperti Lindsay Lohan dan Hillary Duff juga pernah bergaduh kerananya.
Antara filem popular yang pernah di bintanginya adalah Dawson’s Creek, Gilmore Girl, One Three Hills, A Cinderella Story dan Freaky Friday.
4. Adam Brody

Karakter nerdy yang sering dibawa olehnya sentiasa mencuri hati peminat. Berambut hitam, Adam mula dikenali sejak memegang watak Seth Cohen di The O.C Adam terus di beri kepercayaan untuk berlakon dalam Mr. & Mrs. Smith, Jennifer Body, Scream 4 dan banyak lagi.
Sama seperti Chad Michael Murray, Adam juga mula diberi kepercayaan sejak berlakon dalam drama Gilmore Girls yang ditayangkan sejak 2000 sehingga 2007.
Namun jangan terkejut, sejak meninggalkan dunia lakonan, Adam berubah wajah menjadi seorang yang berterampilan, super hot dan lari dari watak nerdynya!
5. Tom Welling

Siapa yang tidak kenal dengan wajah jejaka ini. Pernah menjadi fenomena kerana watak adiwira, Superman dalam Smallville, Tom terus memikat hati penonton selama 11 tahun dalam drama yang sama tanpa menjemukan sesiapa.
Namun komitmen terhadap drama bersiri membuatkan Tom tiada masa untuk berlakon dalam mana-mana filem kecuali Cheaper by the Dozen yang ditayangkan pada 2003.
Jadi mana satu hero favorite korang suatu masa dahulu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Aizat Is Back…”, Penampilan Terbaharu Aizat Amdan Jadi Bualan Netizen

Umum mengetahui komposer dan penyanyi, Aizat Amdan sudah hampir empat bulan mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini Aizat dilihat telah ‘berubah’ dan penampilan terbaharu penyanyi Aizat Amdan menjadi bualan netizen di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Leftenan Kolonel Selamat Bergelar Isteri Penyanyi Aizat Amdan
Aizat Amdam turut tampil memeriahkan dan membuat persembahan di Konsert Rock’N Riuh di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort,baru-baru ini.
Namun, ada sesuatu yang menjadi perhatian netizen, menerusi perkongsian di TikTok @ameersyh, Aizat menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan berada di bawah pentas bersama-sama penonton.
@ameersyhHealinggg ke tuu 🙁♬ original sound – syah
Aizat yang berpakaian jaket merah serta berseluar jeans menampakkan tubuh badannya secara jelas.
Netizen terkejut!
Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut mereka apabila melihat bentuk badannya yang dialami oleh penyanyi tersebut yang jauh berbeza berbanding dahulu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa kecewa dengan bentuk badan Aizat yang semakin berisi seperti pada awal kemunculannya sebagai seorang penyanyi.

Malah, ada yang menyangkal kenyataan netizen lain dengan mengatakan berat badannya naik gara-gara bahagia selepas berkahwin.

Tajam betul mata netizen ni kan, Tak apalah Aizat Amdan janji bahagia dan sihat okay!
Untuk info, terdahulu, Aizat, 33 dan Elyssa, 34 telah saling mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada 14 Ogos lepas.
Atas dasar cinta terhadap bakal isterinya pada waktu itu juga, Aizat telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk dedikasikan kepada isterinya.
Sumber: TikTok @syah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#WayangRemaja: Ungkap Kebenaran Tragedi Histeria Beramai-Ramai Di Sebalik Filem ‘Kemah Terlarang Kesurupan Masal’

Aktiviti perkemahan biasanya sudah menjadi acara tahunan di pelbagai institusi pendidikan sama ada di sekolah mahupun universiti. Selain mengajar para pelajar untuk berdikari, kemahiran untuk menyelesaikan hidup dan kerja berpasukan juga boleh diperoleh melalui aktiviti berkemah.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia yang berkongsi alam bersama makhluk seperti haiwan, tumbuhan, dan alam sekitar. Kita juga perlu sentiasa ingat bahawa di dunia ini kita turut berkongsi alam bersama makhluk ghaib yang sukar dilihat oleh mata kasar.
Jadi, setiap kali mahu ke tempat baru di mana saja termasuk ketika berkemah. Sudah pasti kita sering diingatkan agar mematuhi peraturan, tidak melanggar pantang, dan menghormati budaya penduduk di tempat dituju supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.
Dalam #WayangRemaja kali ini, meh kami kami kongsikan beberapa fakta menarik mengenai filem seram terbaru Indonesia ‘Kemah Terlarang: Kesurupan Masal’ yang diinspirasikan daripada kisah sebenar yang pernah menghantui sekumpulan pelajar sekolah di Jogjakarta pada tahun 2016.

KEJADIAN HISTERIA BERAMAI-RAMAI
Menurut salah seorang penulis filem ini, Wakhid Nurrokhim menyatakan bahawa ‘Kemah Terlarang: Kesurupan Masal’ telah diangkat dari kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 2016 ketika sekumpulan pelajar sekolah di Jogjakarta sedang menjalankan aktiviti perkemahan.
Tragedi tragis itu telah menyebabkan ramai peserta telah mengalami kerasukan dan gangguan misteri sehingga pada saat ini. Peristiwa ini telah mencuri perhatian masyarakat di Indonesia dan menjadi sorotan media tempatan ketika ia terjadi beberapa tahun lalu.

‘VIRAL’ DI MEDIA SOSIAL
Sebelum dijadikan sebagai filem, kisah ‘Kemah Terlarang: Kesurupan Masal’ ini sempat tular menerusi sebuah ciapan di aplikasi X. Cerita ini telah dikongsikan oleh salah seorang mangsa kejadian dalam bentuk ‘thread’ dan menceritakan pengalamannya yang mengerikan sepanjang aktiviti perkemahan itu diadakan.
Horror thread ini telah tersebar dan menarik perhatian penggemar filem seram di media sosial sehingga ramai di antara mereka yang bercadang dan berharap agar kisah yang dikongsikan itu boleh dijadikan sebagai sebuah filem.
BARISAN PELAKON PELAPIS BERKELAS A
Antara yang menjadi daya tarikan dalam filem seram ‘Kemah Terlarang: Kesurupan Masal’ adalah ia dibintangi oleh barisan pelakon muda dari Indonesia yang sangat berbakat seperti Callista Arum, Nayla Purnama, Fatih Unru, Iqbal Sulaiman, dan Callista Mercy serta pelakon berpengalaman seperti Derby Romero dan Landung Simatupang sebagai pelengkap filem ini.

KEJADIAN ANEH SEMASA PENGGAMBARAN
Kalau nak tahu, selama proses pembikinan filem ini, ada beberapa kejadian telah terjadi yang hampir serupa dengan kisah yang diceritakan oleh salah seorang mangsa. Salah satunya ketika insiden hujan lebat yang turun secara tiba-tiba ketika para pelakon dan krew penggambaran sedang merakam adegan tertentu.
Menurut Wakhid lagi, beberapa peristiwa misteri yang terjadi ketika penggambaran itu juga adalah di luar kawalan. Namun, ia memberi kesan mistik selama proses tersebut dan secara tidak langsung menambah aura seram dalam pembikinan filem ini. Selain itu, temubual bersama beberapa mangsa sebenar juga diselitkan di penghujung filem. Jadi ingat, jangan keluar panggung sehingga filem ini selesai.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Rini yang ingin mengikuti perkemahan bersama beberapa peserta lain selama tiga (3) hari di hutan Wana Alus yang dikendalikan oleh pelajar senior di sekolahnya.
Pada awalnya, aktiviti tersebut telah dilarang oleh ketua kampung setempat bernama Mbah Sonto. Namun, selepas dipujuk, Mbah Sonto memberi keizinan serta membantu mereka dengan menanam sesuatu sebagai tanda izin kepada ‘tuan rumah’ dan berjaga-jaga. Mbah Sonto turut memberitahu syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan memperingatkan agar para pelajar tidak mengusik barang yang sudah ditanam termasuk mengoreknya kembali.

Acara perkemahan itu berjalan seperti yang dirancang dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pertandingan dan juga pementasan drama yang mengangkat legenda bernama Roro Putri. Walau bagaimanapun, beberapa orang pelajar mula merasa tidak selesa dan takut selepas berada di persekitaran di tapak perkemahan tersebut.
Seiring berjalannya waktu, seorang demi seorang pelajar mula dirasuki menjadikan situasi berubah kacau bilau. Ramai mangsa yang mengalami kecederaan dan ada juga sukar dipulihkan sehingga menyebabkan nyawa mereka terancam. Sehingga pada akhirnya, Mbah Sonto yang bertugas menjaga keselamatan Wana Alus akhirnya turun padang dan menyelesaikan masalah tersebut.
Jadi, korang yang minat filem seram tunggu apa lagi? Jika ada yang tertanya bagaimana kesudahan akhir mangsa kejadian sebenar tahun 2016 yang masih bernafas sehingga hari ini, REMAJA memang rekomen sangat untuk anda tonton filem ‘Kemah Terlarang: Kesurupan Masal’ dan ia sudah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 26 Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

