Sesungguhnya, benar bahawa rezeki, jodoh, ajal serta maut itu berada di tangan Allah SWT.
Tengah hari semalam sekitar jam 1.00, pelakon senior negara, Allahyarham Azmil Mustapha telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Shah Alam.
Berusia 64 tahun, arwah meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung.
Walaupun mengetahui tentang kondisi kesihatan arwah, namun kami di Remaja baru saja menemui arwah pada pertengahan bulan Disember lalu apabila kami sempat menemu ramah arwah dalam satu sesi ringkas untuk Instagram LIVE.
Banyak yang sempat dikongsi arwah bersama Remaja dan salah satu daripada topik yang muncul adalah tentang keputusan arwah untuk membenarkan anak, Nur Alya Iman menceburi bidang peragaan fesyen Muslimah.
Walaupun baru berusia 17 tahun, Alya sudah popular di kalangan pereka fesyen Muslimah serta media Malaysia yang sering menjemputnya sebagai model.
Ads
Alya memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 13 tahun berbekalkan kerja keras dan bukannya sekadar bersandarkan kepada paras rupa.
“Benar, dia seorang model. Sekarang pun (pada Disember lepas) masih shooting lagi,” kata arwah.
“Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini (guru agama), saya hanya boleh berkata hidayah itu milik Allah SWT.
“Anak saya muda lagi, minat pula ke arah itu… jadi kita okay sajalah. Kalau nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidan ini juga.
“Tak apalah, kita doa yang baik-baik saja,” tuntas arwah yang sememangnya mudah ramah walaupun dengan orang yang tidak dikenali.
Ads
Sementara itu, Alya turut berkongsi tentang pesanan arwah ayahnya.
“Babah pernah meniti zaman populariti dulu dan dia sentiasa mengingatkan saya supaya berhati-hati dan bersedia dengan asam garam dunia modelling.
“Dia tak pernah menghalang malah menyokong minat saya. Namun dia mahu saya menjaga batas, pergaulan serta menjaga nama baik keluarga.
“Asalkan saya pandai menjaga aurat, tak meninggalkan solat dan tak abaikan pelajaran, babah akan terus menyokong kerana dia tahu saya boleh menjaga diri,” kongsi Alya.
Sebagai seorang yang amat rapat dengan ayahnya memandangkan Alya adalah anak bongsu, dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga arwah sepenuh masa kerana adik-beradik lain sudah mempunyai komitmen keluarga masing-masing.
“Pernah juga saya ajak babah teman ke event fesyen. Dia sporting dan akan temankan jika ada masa terluang.”
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Azmil Mustapha. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khas buat peminat Cha Eun-Woo, pastinya korang akan teruja apabila pelakon drama bersiri Viu, A Good Day To Be A Dog ini telah memilih Stadium Malawati, Shah Alam sebagai salah satu destinasi untuk jelajah fan concert, pada 24 Februari 2024.
Kongsi pihak perkidmatan penstriman video OTT pan serantau, Viu, kemunculan Eun-Woo itu ada sebahagian daripada siri Viu Scream Date.
Bertemakan 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator), ia dipilih sebagai konsep unik oleh penyanyi dan pelakon itu kerana ia membawa maksud, “Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang Cha Eun-Woo untuk membuatkan and jatuh cinta dalam masa 10 minit.”
Fan concert kali ini menawarkan tiga pilihan tiket terdiri daripada VVIP (RM858), VIP (RM558) dan CAT1 (RM358). Kesemua pemegang tiket tersebut akan menerima kad foto yang telah ditandatangani oleh si kacak itu sendiri.
Manakala, pemegang tiket VVIP pula layak mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu dengan beliau serta raptai.
Tambah menarik apabila hanya 30 peminat bertuah yang mendapatkan tiket VVIP itu akan menerima kad foto tulisan tangan oleh Cha Eun-woo sendiri! Wow, jangan korang resell balik sudahlah.
Banyak lagi tawaran menarik menanti pemegang tiket ke jelajah Fan Concert ini. Oleh itu, pastikan korang tidak lepaskan peluang tau. Mana tahu korang adalah di antara individu bertuah yang dicari.
Kalau korang masih ingat, Eun-woo pernah memberikan hint bakal mengadakan konsert ini sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur bagi sebuah acara perjumpaan bersama peminat sebelum ini.
Menerusi respon positif yang diterimanya pada waktu itu, maka terhasillah pertemuan terbaru ini.
Manakan tidak, Eun-woo bukan sahaja berjaya memikat hati peminatnya menerusi bakat nyanyian. Malah, beliau juga popular menerusi naskah lakonan seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty.
Terbaru, Eun-woo muncul dengan drama A Good Day To Be A Dog yang turut menambat hati lebih ramai peminat baharu.
Gandingan Cha Eun-woo dan Park Gyu-young dalam drama bersiri A Good Day To Be A Dog.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri menzahirkan kesyukuran dan teruja apabila sekali lagi wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelantun lagu popular Masing-Masing itu memuat naik foto dan video yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar terkenal tersebut.
“Surprise! I’m the EQUAL ambassador of this month! Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama berbangga dengan pencapaian isteri kepada penyanyi Syamel itu sekali gus mengucapkan tahniah Ernie.
“Kamu hebat (selalu)” komen vokalis kumpulan Govinda.
“Tahniah!” komen penyanyi Dayang Nurfaizah.
“Hebat Hebat!” tulis juga pereka fesyen Hatta Dolmat.
Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Sebelum ini, beberapa penyanyi lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Dolla, Iman Troye pernah dipilih menghiasi papan digital gergasi yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasanya, kalau melancong ke luar negara mesti kita akan gunakan khidmat tourist guide yang mana mereka akan menyediakan segala pengangkutan untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dan nak cuba benda baru, ada yang memilih untuk mengambil kereta sewa dan memandu sendiri. Cara ini dilihat lebih mudah dan ada kalanya lebih murah jika pergi bercuti secara beramai-ramai.
Namun begitu, tak semua negara menerima lesen memandu Malaysia. Jadi korang perlu mendapatkan International Driving Permit (IDP) terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk memandu di negara orang.
Macam mana nak memohon IDP ini? Jom kita semak step by step yang telah dikongsi oleh pageNota Perempuan Backpacker di laman Facebook.
1. Pergi JPJ/UTC, bawa:
– Lesen memandu yang masih valid setahun penuh.
– MyKad
– Duit RM150 (Lesen sah setahun)
– Gambar sekeping
2. Beritahu di kaunter informasi nak buat IDP. Serahkan semua dokumen di atas, kemudian korang akan diberikan nombor giliran.
3. Tunggu giliran dan berurusanlah di kaunter.
4. Dalam jangka masa 15-20 minit. Siap.
5. Pandu berhati-hati. Patuhi undang-undang jalan raya di negara orang dan negara sendiri (patutnya).
Maklumat tambahan
Sewaktu korang nak ambil kereta sewa di sana, perlu tunjuk lessen memandu Malaysia juga. So, sila bawa lesen sekali.
Mengikut perkongsian yang diterima, ketika ingin memandu sendiri di Jeju, Korea Selatan pada tahun 2013 masih memerlukan IDP. Tapi, ketika di Perth pada sekitar tahun 2015, tidak memerlukan IDP untuk memandu di sana.
Kesimpulannya, sebelum korang nak plan drive sendiri ketika melancong ke negara orang, rajin-rajinlah google terlebih dahulu sama ada negara yang korang nak pergi tu memerlukan IDP atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.