7 Cara Move On Dari Patah Hati Akibat Cinta Tak Berbalas

363

Jatuh cinta kepada seseorang tidak mempunyai perasaan sama terhadap kita merupakan satu perkara yang cukup memeritkan. Ia bukan sahaja boleh membuat kita patah hati malah berasa cukup tak berdaya.

Lebih memeritkan jika orang yang kita suka itu memilih orang lain sebagai pasangan. Mungkin ketika itu dunia berasa gelap dan cukup mempersendkan kita.

Tapi itu semua pengalaman yang boleh kita semua belajar kerana setiap orang pastinya akan berdepan dengan hal begini. Jadi bagaimanakah caranya untuk korang move on daripada kesesalan ini?

BELAJAR TERIMA KENYATAAN

Bercakap sememangnya mudah daripada melakukannya, bukan? Tapi inilah langkah pertama yang perlu korang lakukan jika ingin move on. Belajar untuk terima hakikat dan kenyataan yang dia bukanlah untuk korang. Banyakkan berdoa, bersabar dan belajar untuk melepaskannya.

PERCAYA KEPADA JODOH

Jodoh itu satu misteri tetapi ia adalah sesuatu yang pasti. Jika kamu berpegang kepada kata-kata ini ia akan lebih mudah untuk korang move on. Korang harus positif dan berfikir bahawa pada masa akan datang akan muncul seseorang yang mungkin lebih baik dan menyayangi.

BACA: 7 Mitos Tentang Insan Introvert Yang Wajib Korang Tahu 

CARILAH KAWAN-KAWAN

Melupakan dia bukanlah satu perkara yang mudah namun dengan bantuan rakan-rakan yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan membuat korang tertawa ia akan jadi lebih mudah. Luahkan apa yang terbuku di hati kepada kawan baik yang sedia mendengar. Ingatlah kawan merupakan antara orang yang paling penting dalam hidup korang.

JAUHI LAMAN MEDIA SOSIALNYA

Ya, memang amat sukar untuk mengelak daripada apa-apa posting daripada di laman media sosial. Apatah lagi jika dia datang daripada circle of friend yang sama dengan korang. Namun korang harus belajar dan berani untuk hide segala feed media sosialnya daripada muncul di timeline korang. Just be brave!

BELAJAR MEMAAFKAN

Untuk move on korang harus tahu dan sedar bahawa segala yang berlaku bukanlah salah dia atau korang sendiri. Walaupun cinta tak berbalas korang harus belajar untuk memaafkan bukan sahaja dia tetapi diri sendiri.

TEROKAI MINAT SENDIRI

Yes, mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk korang lakukan apa yang selama ini bermain di fikiran sahaja. Ingin belajar main gitar? Go ahead, inilah masa yang paling tepat untuk mengalih fokus korang daripadanya. Selain mendamaikan jiwa korang juga boleh move on sedikit demi sedikit. Raikan cinta kepada diri sendiri dengan lebih hebat!

BERTEMU ORANG BARU

Berkenalan dengan lebih ramai orang juga merupakan satu cara untuk move on. Di saat korang mengejar dan melakukan akvititi dan hobi baru, mungkin di sini boleh berkenalan dengan insan-insan baru. Siapa tahu korang bakal bertemu dengan orang istimewa yang baru.

CER KOMEN SIKIT