Apabila kita berada di tempat orang, memang sudah menjadi kewajiban untuk menghormati budaya dan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh tempat dimana kita berada.
Lebih-lebih lagi, jika tempat persinggahan itu merupakan tempat suci atau beribadah bagi agama masing-masing termasuk agama Islam yang sinonim dengan ibadah umrah dan haji yang sering dilakukan di Mekah serta Madinah.
Terbaru, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, setiap individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di Mekah dan Madinah boleh dikenakan hukuman berat termasuk bunuh atau potong tangan.
Selain itu, pelaku tersebut juga tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
“Bentuk hukuman itu bergantung kepada jenis kesalahan. Kalau di Arab Saudi kesalahan bagi mencuri dikenakan hukuman potong tangan, maka kena potong tangan”
Ads
“Begitu juga bunuh. Kecuali jika mahkamah memberi kemaafan di atas sebab-sebab tertentu, (kalau tidak, perlu) terima hukuman itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada 6 November.
Dalam pada itu, jemaah dari Malaysia perlu tahu bahawa melakukan jenayah di luar negara terutamanya di kota suci Mekah sudah tentu kesannya adalah berdosa besar.
Ia kerana kawasan tersebut sepatutnya menjadi lokasi untuk umat Islam mendapat keberkatan dan mengumpul pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak.
Ads
“Mereka yang melakukan jenayah, awal-awal lagi sudah berdosa besar. Dalam Al-Quran juga ada menyebut larangan, jangan membuat onar atau kejahatan di negara orang lain,” ujarnya lagi.
Bagi jenayah penyeludupan dan pengedaran dadah adalah salah satu daripada kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi.
Menurut statistik AFP, jumlah keseluruhan hukuman mati yang dijalankan negara tersebut pada tahun 2024 membabitkan sekurang-kurangnya 106 pesalah dan tujuh daripada mereka yang menjalani hukuman mati adalah berkaitan kes dadah.
Ads
Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi turut melaksanakan semula hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah pada penghujung 2022 selepas ia dihentikan hampir tiga tahun.
Sekadar info, sepanjang tahun 2023, hukuman mati telah dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 170 orang, termasuk 33 individu yang dituduh melakukan jenayah berkaitan keganasan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tindakan seorang bekas guru yang juga warga emas menggunakan akaun Facebook dengan nama profil “Amung Kamaruddin” untuk mengugut mahu mengupah individu melanggar Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu, akhirnya membawa padah apabila ditahan polis semalam.
Dr Jessie, yang merupakan saksi pertama memberi keterangan dalam inkues mencari punca kematian bayi perempuan Zara Qairina sejak 3 September lalu, dikatakan menerima ugutan selepas kenyataan berani beliau mula menarik perhatian umum.
Ugutan Melampau Di Media Sosial
Melalui komen di media sosial, akaun “Amung Kamaruddin” menulis:
“Mau intai bah ni Dr di mana dia tinggal. Bila dia kerja. Upah bah… mau langgar lari.”
Tulisan berbaur ugutan itu kemudian dimaklumkan kepada Dr Jessie oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth, dan beliau segera membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.
Polis Bertindak Pantas
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan sekitar jam 7 pagi. Turut dirampas ialah telefon bimbit milik suspek, yang selepas disemak ternyata digunakan untuk mengeluarkan kenyataan mengugut pakar patologi terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.
Pakar Patologi
Netizen Terkejut, Ramai Beri Sokongan
Perkembangan ini mengejutkan ramai, terutama apabila suspek rupa-rupanya seorang bekas guru. Warganet pantas mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu, sambil memberi kata-kata semangat buat Dr Jessie agar kekal tabah menghadapi tekanan.
Kes ini jadi pengajaran besar buat kita semua — media sosial bukan tempat untuk melampiaskan emosi sesuka hati. Setiap kata dan komen yang ditulis boleh mengundang tindakan undang-undang. Buat anak muda, inilah masanya untuk lebih berfikir sebelum menekan butang “post” atau “komen”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 27 Februari lalu, satu lagi jenis vaksin COVID-19 yang dikenalis sebagai Sinovac telah selamat dihantar ke Malaysia. Akhirnya, ia sedia untuk diedarkan kepada penerima di seluruh negara.
Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar selesai menerima suntikan vaksin Sinovac sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia yang menerimanya.
Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau merangkap vaksinator, Salha Abd Samad.
*
Biarpun rakyat Malaysia tidak boleh memilih jenis suntikan vaksin kerana ia bergantung kepada hantaran stok, ada di antara kita yang masih tertanya-tanya apakah perbezaan antara vaksin Sinovac dan vaksin Pfize-BioNTech.
PFIZER-BIONTECH
Ini merupakan vaksin pertama yang tiba di Malaysia dan penerima pertama suntikan ini ialah Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber Foto: BERNAMA
Vaksin yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTECH dari Jerman ini menggunakan teknologi mRNA yang ‘mengajar’ sel dalam tubuh untuk menghasilkan zat yang merangsang tindak balas imun.
Ini sedikit berbeza daripada vaksin lain yang selalunya memasukkan kuman tidak aktif ke dalam tubuh penerima. Mengapa vaksin Pfizer-BioNTECH ini memerlukan lebih ‘effort’ bagi dilaksanakan di kebanyakan negara membangun adalah kerana keperluan untuk menyimpannya pada suhu -70 Celsius.
Vaksin yang berasal dari China ini menggunakan teknologi vaksin tidak aktif di mana ia menyerupai vaksin selesema dan vaksin campak. Virus hidup yang lemah digunakan untuk merangsang tindak balas imun daripada tubuh.
Buat masa ini, vaksin Sinovac menjadi pilihan di negara-negara yang sukar untuk mendapatkan kemudahan penyejukan kerana ia boleh disimpan dalam peti sejuk biasa dengan suhu antara dua hingga lapan darjah Celcius.
*
Sebelum ini, REMAJA pernah menemuramah seorang doktor yang menjelaskan mengenai perbezaan jenis-jenis vaksin yang ada.
Cuba bayangkan sekiranya korang boleh menonton Instagram Stories tanpa meninggalkan jejak kepada akaun pemilik. Ataupun jika korang boleh melihat senarai pengikut (followers) yang tidak mengikuti korang semula!
Kesemua fungsi terbaru ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri tambahan yang ada dalam perancangan pelan langganan berbayar yang ingin diperkenalkan oleh Meta menurut penyelidik aplikasi dan pempengaruh teknologi, Alessandro Paluzzi.
Menurut Meta sendiri, mereka bersedia untuk menawarkan pelan langganan berbayar bernama Meta Verified kepada penggunanya di aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Dengan bayaran yang masih belum ditentukan nilai caj dan frekuensinya, pelanggan akan memperolehi ciri-ciri eksklusif yang memberi fokus kepada kreativiti dan produktivi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) Manus.
Sebagai info, Manus merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan yang telah diambil alih oleh Meta, baru-baru ini dengan nilai USD2 bilion. Selain AI, Meta Verified juga khabarnya akan menambah calit biru pada nama akaun dan memberi akses kepada khidmat pelangan termasuklah akses kepada Manus tadi.
Cuma REMAJA ingin ingatkan kepada korang agar tidak menekan apa-apa butang ‘iklan’ yang mengesyorkan langganan Meta Verified sebelum pengumuman rasmi dilakukan oleh Meta demi mengelak daripada menjadi mangsa scam.
Jujurnya, langkah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan banyak aplikasi media sosial lain yang turut mula menawarkan pelan berbayar termasuklah X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan Snapchat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!