Betul bak kata orang, usia tak akan pernah menjadi penghalang untuk seseorang menuntut ilmu. Selagi ada masa dan kudrat, semua berhak untuk lakukan apa saja demi menggapai cita-cita seperti seorang lelaki bernama Mohd Safuan Nadin yang tular di media sosial baru-baru ini apabila beliau mendaftarkan diri sebagai pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi.
Safuan yang kini berusia 47 tahun, memberi inspirasi kepada orang ramai dan telah membuktikan bahawa proses pembelajaran berlaku seumur hidup.
Bapa kepada dua cahaya mata itu difahamkan baru sahaja mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan sesi II 2024/2025
Walaupun, sudah berada dalam zon selesa dalam usia ‘persaraan’ muda, Safuan mendedahkan terdapat faktor pendorong yang membuatnya nekad untuk menuntut ilmu.
Beliau yang juga pemegang Sijil Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia mempunyai impian untuk merealisasikan cita-cita membuka membuka pusat servis kenderaan bersama anak tersayang.
“Saya memilih menyambung pengajian dalam bidang automotif ini pertamanya kerana minat dan keduanya saya dah merancang dengan anak sulung selepas tamat pengajian untuk membuka pusat servis kenderaan”
“Anak saya kini sedang menyambung Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perniagaan,” katanya.
Safuan ketika mendaftarkan diri sebagai pelajar Politeknik Port Dickson
Sebelum ini, Safuan pernah bekerja sebagai Pengurus Agensi Kumpulan dalam Unit Amanah dan Takaful, namun keputusan menyambung pengajian semula dibuat tahun lalu selepas berbincang dengan keluarga.
Ads
Jelasnya, beliau tiada masalah untuk menyambung pengajian sepenuh masa kerana tidak lagi bekerja selepas memilih bersara pada usia 40 tahun.
“Memang sasaran saya apabila cukup saja duit simpanan pada usia 40 tahun, saya tidak lagi mahu bekerja. Jadi dalam tempoh enam tahun, saya hanya duduk di rumah saja”
“Tapi sejak tahun lalu saya terfikir mahu membuka pusat servis kenderaan bersama anak dan disebabkan itu saya nekad sambung belajar untuk menambah ilmu,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, sebagai alumni politeknik, beliau percaya bahawa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah dan institusi pendidikan berkenaan sudah jauh berubah berbanding dahulu.
Ujarnya, politeknik pada hari ini bukan saja bertambah baik dari segi evolusi teknologi, malah fasiliti disediakan serta sistem pembelajarannya juga lebih tersusun.
Selain itu, Safuan turut menggalakkan generasi muda memilih bidang TVET untuk melanjutkan pelajaran kerana berpendapat negara sangat memerlukan tenaga mahir.
Menurutnya lagi, fokus kerajaan dalam bidang TVET sekaligus meletakkan politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah satu inisiatif yang baik.
Ads
Sementara itu, di media sosial pula, menyaksikan semangat Safuan, warga internet menzahirkan inspirasi dan keterujaan untuk menyambung pengajian tanpa mengira usia.
Apa pun, kami di REMAJA ucapkan selamat maju jaya untuk Encik Safuan!
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi remaja, Alyssa Dezek merupakan antara calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang berjaya membuktikan dirinya mampu mengimbangi antara akademik dan kerjaya seni setelah berjaya meraih keputusan ‘straight A’s’ pada hari ini.
Alyssa, 18 yang meniti populariti menerusi lagu Raya Gen Z, Faham Tak dan Wow Sedapnya! memperoleh 9 A sewaktu dia sibuk merancang laluan kerjaya seninya menerusi bidang hiburan.
Sekaligus, Alyssa membuktikan bahawa tidak mustahil untuk remaja di Malaysia mengejar impian dan potensi peribadi tanpa mengabaikan ilmu pengetahuan.
Figura Beauty With Brains Generasi Baharu
Bercakap ketika ditemui di sesi pengumuman keputusan SPM 2025 di ibu negara, Alyssa menyifatkan kejayaannya ini bukan atas kebijaksaan azalinya sahaja.
Selain berterima kasih kepada kedua ibu bapanya dan guru-guru sekolahnya, Alyssa berkata dia lebih bersedia untuk berdepan kertas peperiksaan SPM dek konsistensinya dalam mengikuti pembelajaran secara tersusun dalam platform digital.
Rupa-rupanya, Alyssa merupakan sebahagian daripada calon SPM 2025 yang mengikuti kelas dalam talian anjuran PTTI yang disifatkannya sangat membantu dalam memahami kesemua sembilan subjek dengan lebih mendalam.
“Saya memang ikut semua kelas untuk sembilan subjek dan itu antara kunci utama saya dapat ‘straight A’s’.
“Saya sangat bersyukur dengan keputusan ini. Sejujurnya perjalanan ini bukan mudah kerana saya perlu membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran.
“Tapi saya percaya, kalau kita ada disiplin dan sistem pembelajaran yang betul; InsyaAllah kita boleh capai apa yang kita impikan,” katanya yang turut berterima kasih kepada PTTI kerana menganjurkan kelas secara fleksibel serta menyediakan teknik pembelajaran yang mudah difahami oleh pelajar.
Kejayaan Alyssa ini juga merupakan bukti bahawa tidak salah untuk seorang pelajar mengguna pakai platform baharu seperti pembelajaran digital sebagai alternatif berkesan untuk membantu pelajar mengakses ilmu tanpa sepadan.
Lebih-lebih lagi untuk remaja seperti Alyssa yang berdepan kekangan masa akibat jadual seni yang padat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemarau 34 tahun emas dalam acara sepak takraw regu berpasukan lelaki di Sukan SEA akhirnya dileburkan oleh skuad kebangsaan pada Ahad.
Ia setelah Malaysia menumbangkan tuan rumah, Thailand di bumi mereka sendiri yang berakhir dengan keputusan 2-1. Perlawanan peringkat akhir pusingan pertama bermula perlahan apabila regu pertama Malaysia tewas tipis dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15..
Malaysia kemudian bangkit apabila menurunkan regu harapan dalam perlawanan kedua di mana mereka berjaya mengenepikan Thailand dengan keputusan 17-14, 15-13.
Aksi penentuan emas-perak di antara Malaysia dan Thailand menjadi detik mendebarkan terutama apabila skuad kebangsaan pada mulanya ketinggalan 0-7 dalam set pertama sebelum menang 15-13.
Kemasukan Zarif Marican Ibrahim Marican bagi menggantikan Zulkifli Razak menggandakan harapan Malaysia apabila momentum mereka diteruskan sehingga mencapai kemenangan 15-11 pada set kedua.
Strategi Berani Skuad Malaysia
Kongsi ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun kepada BERNAMA, kejayaan Malaysia ini berjaya direalisasikan apabila strategi penukaran pemain pada perlawanan ketiga itu merupakan langkah tepat untuk membenamkan Thailand.
Zarif, 24 yang menggalas tugas sebagai tekong muda memberikan tekanan kepada pihak lawan di samping meneruskan tempo yang baik.
“Apabila kita pada tahap tertekan, kita perlu melakukan strategi untuk memecahkan barisan pertahanan lawan.
“Taktikal kami sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan dan untuk regu ketiga. Alhamdulillah, ini satu perkara positif. Mana-mana pemain kita beri tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Bukan Hero Solo
Buat Muhammad Zarif pula, dirinya enggan mendabik dada sebagai hero pasukan. Sebaliknya, dia menyifatkan kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan tidak kiralah yang turun ke gelanggang atau yang membantu usaha mereka selama ini dari luar gelanggang.
“Saya tidak rasa saya seorang sahaja (yang patut digelar ‘hero’) tetapi satu pasukan.
“Kami semua pasukan sepak takraw telah buktikan tiada yang mustahil. Alhamdulillah berkat doa rakyat Malaysia, kami dapat pingat emas,” ujarnya.
Zarif Marican Ibrahim Marican
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas bagi acara tersebut di peringkat Sukan SEA adalah pada edisi di Manila pada tahun 1991. Tambah manis lagi, Ahmad Jais juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili negara pada waktu itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!