Tiada angin, tiada ribut, personaliti YouTube Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa ‘naik angin’ di media sosial.
Segalanya berpunca daripada perasaan ingin tahu netizen mengenai susur galur keluarga Athisha yang berskala agak besar.
Apabila muncul acara keraian seperti majlis perkahwinan Mohamed Aqif (adik Noor Neelofa) dan Aina Syahira hujung minggu lalu, ahli keluarga Athisha pasti akan berkumpul untuk meraikannya beramai-ramai.
Seperti kebiasaan, foto dan video acara akan dimuat naik dan ramai mula tertanya-tanya mengenai hubungan ahli keluarganya. Senang cerita, who is who, which is which.
Tidak salah pun untuk netizen mempunyai rasa ingin tahu itu memandangkan ramai yang meminati ahli keluarga Athisha seperti dirinya, Noor Neelofa, Noor Nabila dan Ameera Khan.
Yang salahnya adalah apabila ada netizen yang memuat naik spekulasi tidak berasas mengenai keluarganya. Mulalah ada netizen yang melontarkan cercaan, tohmahan malah fitnah terhadap mereka tanpa selidik.
Justeru sebagai salah seorang ahli keluarganya, Athisha enggan lagi berduduk diam dengan situasi tersebut dan memberi amaran menerusi akaun Twitter-nya, semalam.
Ads
“Sekiranya sesiapa ingin mengatakan sesuatu mengenai ibu bapa saya tanpa mengetahui apa-apa, let me make this clear to you, **** you”
“Kamu tahu saya tidak akan menggunakan perkataan seperti itu di online melainkan saya benar, benar marah. Tolong belajar untuk ada perasaan hormat.
Belajar untuk mempunyai sedikit rasa hormat kepada diri sendiri. Rasa malu sikit, kasihan kepada ibu bapa kamu,” jelas Athisha.
Amaran tersebut adalah berasas memandangkan kita semua perlu melakukan segala daya untuk mempertahankan keluarga kita daripada kata-kata negatif orang lain.
Jika sekali dua, tak apalah juga untuk kita memaafkan. Tetapi kalau dah kerap sangat, siapa saja yang tidak akan ‘meletup’?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhidmatan feri yang menghubungkan penumpang dari tanah besar ke Pulau Pinang ini sudah wujud sejak dari tahun 1894 lagi. Pastinya ramai di antara korang yang mempunyai memori menaiki feri Pulau Pinang ini.
Menurut laporan Astro Awani, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) iaitu Datuk Tan Teik Cheng menyatakan bahawa bot laju baru akan menggantikan operasi perkhidmatan feri sedia ada dan ia hanya akan membawa penumpang pejalan kaki (pedestrian) sahaja.
Manakala, semua kenderaan empat roda seperti kereta, lori dan van perlu menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Sumber Gambar : Percutian Budget
Feri Restoran Dan Muzium Terapung
Tapi korang jangan risau, untuk mengekalkan nilai sejarah serta elemen ikonik Pulau Pinang, Teik Cheng berkata SPPP akan menempatkan dua buah feri Pulau Pinang di Tanjung City Marina. Feri tersebut akan diubah suai menjadi restoran terapung dan muzium terapung sebagai tarikan pelancong baharu.
“Kita faham (feri) ikonik, lambang Pulau Pinang (seiring) usia sejarah 120 tahun.
“Jadi kita berhasrat mencadangkan dua buah feri sedia ada supaya buat restoran dan muzim terapung… mereka (pengunjung) boleh datang ke restoran atau mengimbau balik sejarah.”
Dalam perkembangan sama, Teik Cheng berkata Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil alih operasi perkhidmatan Feri daripada Prasarana Malaysia Berhad.
Untuk info, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembelian empat buah bot katamaran yang baharu.
Pada 7 Disember lalu semasa pergulungan bajet kementerian, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perkhidmatan feri Pulau Pinang bagi kenderaan beroda empat akan dihentikan bermula 1 Januari 2021.
Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.
Ternyata pengalaman dikongsi oleh penceramah terkenal, Dato Ustaz Kazim Elias pengalaman disantau pasti membuatkan kita tahu bahawa sihir begini masih wujud demi melunaskan dendam individu yang iri hati dengan orang lain.
Semoga kita mengambil iktibar di atas setiap cerita ini.
Tahun 1997, Ustaz Kazim Elias balik daripada qiamulail dan kuliah subuh. Sampai sahaja ke rumah dalam pukul 9.00 pagi kepala Ustaz Kazim terasa pening dan badan menjadi lemah. Kemudian Ustaz Kazim muntah. Keluar segala isi dalam perut beserta darah, penuh dalam baldi dan besen. Bergegas beliau dibawa pergi hospital, namun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengatakan ini cuma jangkitan virus.
Bila balik rumah keadaan semakin membarah semakin sakit, serba serbi rasa tidak kena. Tak boleh makan, sakit tekak tak boleh bercakap, tak boleh tidur, tak boleh pakai baju, tak boleh disentuh, rasa seperti dihiris dengan buluh dan sembilu yang tajam. Kena angin daripada kipas pun tak boleh. Setiap petang akan ada lembaga perempuan akan datang depan rumah dekat pintu tersengih sambil memaki.
“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”
Yang menjadi kehairanannya lembaga itu tidak kelihatan pada orang lain. Hanya ustaz seorang je nampak. Semakin hari badannya semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata kena ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.
Kemudian suatu malam ustaz bermimpi. Telah datang seorang alim datang dalam mimpi itu, kopiahnya putih, pakaiannya serba putih berdiri dihadapannya.
“Kazim, orang sihirkan kamu, sabar… Besok kamu cari 7 jenis bahan ini, kamu ramuankan dalam air dan kamu mandi” InsyaAllah katanya, Allah SWT akan bagi kesembuhan.
Kemudian dalam mimpi itu juga, orang alim itu telah ambil satu paku dan lemparkannya pada dinding, keluar satu gambar. Dia ambil satu demi satu paku dan dia lempar ke dinding beberapa kali lagi, sehingga keluar gambar cukup 6 orang, 1 perempuan 5 lelaki. Menurut orang alim tersebut, inilah dia orang-orang yang telah menyihirkan kamu.
4.30 pagi ustaz tersedar dan minta isterinya menyalin dan carikan 7 bahan tersebut untuk dibuat mandi.
Pukul 9 ustaz dimandikan, pukul 11 Ustaz sudah boleh bersila, boleh bercakap dan mula berselera untuk makan nasi dan mendukung anaknya yang ketika itu baru berusia 8 bulan. Syukur keadaan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah…
Foto : Gambar Ustaz Kazim ketika muda mengendong anaknya, 8 bulan selepas diserang sakit misteri pada tahun 1998.
Namun kesenangan itu tidak lama,
Suatu petang pula, ketika ustaz menjamah nasi yang disediakan isterinya. Masuk sahaja suapan yang ketiga, tiba-tiba nasi yang dalam suapannya menguit guit ada ulat. Bila buang ke lantai ia bertukar menjadi nasi, bila pegang di tangan jadi ulat semula. Padahal nasi itu baru sahaj dimasak oleh isterinya. Ujian kali ini ini lebih teruk. Sehingga tak boleh kencing, tak boleh nak tidur. Berpuluh puluh pengamal perubatan dan ustaz namun tiada keserasian. Tahapnya hampir nazak sehingga orang masjid datang bacakan yassin.
Sepanjang usaha dia berdakwah, banyak kali Ustaz disihirkan, 4-5 kali. Sehinggakan apabila ustaz pergi memberi ceramah, terpaksa membawa pek air kencing sendiri yang disebalik jubah disebabkan sakit yang ditanggung. Bila nak bersiap untuk pergi mengajar beliau akan jatuh pengsan.
Sehingga suatu hari datang seorang kiyai dari Indonesia datang melawat dan merawat.
“Saya datang ke sini mahu ubatin bapaknya Kazim” ujarnya. Ustaz pun mengizinkannya.
Dalam pukul 12 tengah malam. Si kiyai mengerjakan solat, kemudian sesudah itu dia membaca beberapa potongan ayat Quran.
“Berikan aku cangkul”
Kiyai tersebut kemudian berjalan dan kemudiannya berhenti. Dia terus mengali sesuatu di hadapan rumah, setelah beberapa waktu, dia mengeluarkan sesuatu. Bila diperhati ianya bangkai anjing yang sudah membusuk.
“Inilah sihirnya, saya permisi dulu”
Kiyai tersebut menjelaskan apa yang terjadi. Yang misterinya, Ustaz Kazim tak mengenali siapa kiyai tersebut dan sehingga kini tak pernah berpeluang untuk berjumpa lagi. Sejak mengalami serangan demi serangan, ustaz mula mendalami perubatan islamik sebagai perlindungan diri.
2001, ketika Ustaz mahu berpindah. Datanglah pasangan suami isteri bertandang ke rumahnya. Ketika itu Ustaz Kazim mahu berpindah rumah. Perabot yang ada sudah dibawa, terpaksalah mereka bersila sahaja di lantai.
“Masuklah abang”
“Ustaz sebenarnya kami datang nak minta maaf, sebenarnya sayalah yang telah menyihirkan ustaz”
“Mana lagi 4 orang?”
“Ustaz tahu kami berenam?” Terkejut apabila ustaz mengetahui bilangan sebenar mereka dengan tepat.
Apabila dijelaskan, mereka sanggup mengupah RM30000 pada seorang bomoh untuk mengenakan santau pada ustaz. Lagi 4 orang itu segan dan malu untuk datang bertemu dengan ustaz untuk meminta maaf.
“Abang, kalau abang tak datang minta maaf, Saya dah lama maafkan dunia akhirat, bukan setakat abang suami isteri berdua, yang 4 orang itu pun saya dah maafkan, sikit pun saya tak simpan dalam hati”
Walaupun habis beribu, nazak separuh mati, dibedah sana sini, doktor tak berjumpa punca penyakit, ustaz tetap sudi memaafkan mereka. Kerana dia percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Terharu dengan keikhlasan Ustaz, si suami memeluk ustaz dengan erat. Sejak daripada itu pasangan tersebut bertaubat dan menadah kitab dengan ustaz Kazim. Mana ustaz ceramah, mereka dihadapan. Malah menjadi pemandu pada ustaz Kazim apabila mahu pergi berceramah. Sampai anak pasangan mereka kahwin ustaz dijemput, cucu mereka cukur jambul ustaz yang cukurkan dan sampailah pasangan itu mati ustaz yang talkinkan.
Kini tahun 2020, daripada 6 orang yang terlibat, 4 orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal 2 orang yang masih hidup.
Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu seperti perempuan dalam pantang. Beliau juga berpantang tak boleh makan nanas, daging kambing, limau nipis, tak boleh minum air tebu, tak boleh makan rebung, benda-benda yang tajam, kerana jika dimakan juga, sakitnya akan kembali.
Antara hikmah kejadian tersebut, ustaz banyak mendalami perubatan islamik sebagai pelindung diri.
Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).
Pelakon, pengacara dan pengarah, Janna Nick baru sahaja menyelesaikan sesi sidang media bagi menjelaskan kontroversi yang melanda dirinya berkaitan dengan video viral tentang kematian bintang K-pop pada tiga tahun lepas dan isu yang dikatakan mempersenda nama ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban.
Janna Nick tampil dengan peguam bela, Encik Ben Syazmin menjelaskan bahawa video yang tular itu telah dimuat naik semula selepas tiga tahun. Pada ketika itu, Janna bersama dengan seorang rakan selebriti berada di salon untuk mewarnakan rambutnya. Ketika Janna berambut perang, Janna diajukan soalan, “Ini yang mati tu kan?”.
Dalam keadaan yang hinggar bingar dengan bunyi hair dryer dan sebagainya, pada waktu itu Janna tidak dapat mendengar dengan jelas dan beranggapan soalan itu adalah mempersendakan dirinya. Maka, dia hanya membalas dengan mentertawakan kepada jenaka itu.
Namun begitu, Janna Nick telah pun memohon maaf kerana disalahtafsirkan oleh peminat selebriti Kpop itu. Setelah video permohanan maaf itu dimuat naik, Janna masih lagi menerima kecaman kerana dikatakan tidak dilakukan secara ikhlas.
Janna juga sekali lagi turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah terlintas untuk mempersendakan kematian individu tersebut sebagaimana yang telah diviralkan di media sosial.
Peguam bela Janna juga menegaskan bahawa diharap agar penjelasan ini dapat memberhentikan sebarang penyebaran tuduhan di masa kini mahu pun pada masa akan datang sekiranya video tersebut kembali menjadi tular.
Ekoran daripada situasi tersebut, Janna telah menerima kecaman, termasuk ugutan bunuh, ugutan jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis telah pun dibuat dan kes ini disiasat dibawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman denda serta penjara selama 7 tahun jika sabit kesalahan.
Perkara ini juga sedang dalam siasatan Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), terutamanya dalam mendapatkan idenditi pemilik akaun yang menggunakan nama samaran. Ia juga akan disiasat di bawah Akta Fitnah 1957 terhadap pengguna-pengguna media sosial yang dikenalpasti kerana menyebarkan fitnah yang menyebabkan kerosakan, reputasi serta perniagaan Janna Nick.
Isu Lisa Blackpig
Berikutan isu mempersendakan Lisa Blackpink pula, peguam bela Janna Nick telah menjelaskan bahawa caption tersebut adalah merujuk kepada watak Lisa, iaitu satu watak antagonis. Dalam filem Delen, Lisa adalah seorang remaja perempuan yang menjengkelkan, tetapi merasakan dirinya menjadi pujaan ramai.
Oleh itu, caption “Lisa Blackpig” adalah bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
Walau bagaimanapun, Janna menjawab pihaknya, Jannanick Studios akan mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati terhadap caption tersebut.
Janna juga menegaskan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan yang serius dan masih dalam siasatan polis. Pihak mereka juga akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah kepada Janna Nick.
Janna juga enggan mengulas lanjut tentang isu tersebut kerana ia masih dalam siasatan polis.
Apa-apa pun, kita harapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.