Kiri: Baby didukung oleh Pgawai Jabatan Vaterinar ,Sumber gambar: Intagram Kosmo Online, Kanan: baby diletakkan didalam sangkar sebelum dikeluarkan, Sumber gambar : Tangkap Layar YouTube Harian Metro
Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai, kecomelan dan kelincahan menjadikan ia sebagai peneman setia manusia. Namun tidak semua kucing bernasib baik.
Terbaru dalam kes penganiayaan terhadap seekor kucing, seorang pesara guru mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seekor kucing betina dengan mengunakan sebatang besi ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini
Ads
Menurut laporan Kosmo, tertuduh, Cosmos Chong Say Hun yang berusia 79 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid. Tertuduh dibebaskan tanpa dikenakan sebarang wang jaminann dan hakim telah menetapkan tarikh 19 April depan bagi sebutan semula kes.
Ads
Apa yang menarik perhatian adalah kelibat ‘Baby’ yang dianiaya sehingga lumpuh itu turut hadir ke mahkamah ditemani oleh pegawai Jabatan Vaterinar Malaysia. Kes ini pernah tular di laman media sosial tentang seorang warga emas yang mencederakan seekor kucing kerana berang selepas mendakwa kucing berkenaan mengotori halaman rumahnya.
Selepas Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 Mac ini, perbagai reaksi diterima daripada ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang mengeluh dan menganggap pegumuman tersebut dibuat pada saat akhir. Hal ini kerana mereka juga meluahkan rasa kurang senang kerana sudah berhabis duit membeli peranti elektronik dan kelengkapan sesi pembelajaran PdPR anak-anak.
Mengambil kira segala keluh resah golongan ibu bapa ini, terkini melalui perkongsian di Facebook rasmi KPM memaklumkan murid-murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.
“Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.
“KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,”
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan keadaan semasa dan pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pakaian seragam sekolah sebelum ini.
Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan berterima kasih kepada KPM
Sumber Gambar : Facebook KPM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas empat tahun emosinya sebagai seorang bapa berkecamuk apabila anak sendiri diperlakukan dengan tidak adil oleh rakan sebaya sendiri, akhirnya Zulkairnain Idros memilih untuk tidak lagi bermusuhan dengan 6 orang tertuduh yang dihukum penjara 18 tahun serta 12 lagi yang dihukum penjara 3 tahun; hari ini.
Ayah kepada Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang juga merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) ini memaklumkan kepada rakan media di pekarangan kompleks Makhamah Kuala Lumpur sebentar tadi bahawa beliau telah memaafkan para tertuduh yang menyebabkan anaknya maut kerana merasakan kelegaan di hati hanya dapat diperolehi apabila berbuat sedemikian.
Begitupun, beliau masih merasa terkilan apabila hanya satu keluarga tertuduh saja yang hadir menemuinya untuk memohon maaf di atas tragedi yang terjadi.
Hanya tinggal kenangan. Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnainbersama bapanya Zulkarnain Idrus dan ibunya Hawa Osman semasa majlis pentauliahan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sumber Foto : Ihsan Keluarga Zulfarhan Osman
“Seolah-olah anak saya pula yang bersalah. Janganlah begitu, janganlah memutuskan silaturrahim,” sambil mengharapkan agar perbuatan membuli ini dapat dihentikan di semua peringkat.
“Saya pesan kepada masyarakat di luar sana, jangan jadi pembuli. Contohnya seperti saya, kalau buli membahayakan masyarakat menghilangkan nyawa, kesan kepada kedua ibu bapa (pula)… saya kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga,” luahnya.
Empat tahun bukanlah tempoh sekejap untuknya berdepan dengan proses ‘ulang alik’ ke mahkamah apabila kes berpanjangan. Kongsinya, tempoh yang lama itu telah membuatkannya mengalami sakit jantung akibat kepenatan melampau.
Berjiwa besar sungguh Zulkarnain. Beliau memilih untuk tidak lagi terkesan dengan semua ini dan ingin dirinya dan keluarga meneruskan hidup dengan tenang selepas ini. Pastinya jauh di sudut hati, rasa kecewa dan terkilan itu akan terus ada. Namun apabila perasaan redha berdepan ketentuan Ilahi itu dirasai olehnya, ia sedikit sebanyak memulihkan luka yang terkesan.
Sementara itu, ibu Allahyarham, Hawa Osman yang turut memakai baju dengan frasa #Justice4Farhan pula berkongsi bahawa dirinya menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin sepanjang perjalanan ke mahkamah pada pagi tadi agar arwah anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.
Zulkarnain Idrus, 55, yang bersujud syukur sebaik sahaja keluar dari bilik Mahkamah Jenayah pada tahun 2018 setelah mahkamah memutuskan 18 UPNM yang terlibat dalam kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain untuk membela diri.
Pagi tadi, Mahkamah Tinggu Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 18 ke atas enam orang tertuduh setelah didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa. Mereka sekaligus terlepas daripada hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh serta bersubahat membunuh.
Sementara itu keenam-enam tertuduh dan 12 lagi tertuduh lain turut dijatuhi hukuman penjara 3 tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa demi mendapatkan pengakuan daripadanya yang didakwa mencuri komputer riba.
Ingatlah gaiss, perbuatan menggertak sehingga ke tahap membuli dan mencederakan seseorang pastinya akan dibalas dengan balasan yang setimpal. Janganlah bertindak di luar kewarasan biarpun emosi memberontak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa kita sedari, industri ‘sugar-dating’ yang melibatkan gadis Malaysia muda semakin berkembang walaupun ia dilakukan secara senyap.
Laporan oleh rakan media di News Straits Times baru-baru ini telah mendedahkan kehidupan seorang gadis Malaysia berusia 28 tahun yang terlibat dalam industri sugar-dating demi menjana pendapatan lumayan.
Jenni (bukan nama sebenar) berkongsi bahawa pendapatannya boleh mencecah sehingga SGD14,000 atau kira-kira RM42,800 sebulan dengan bergiat sebagai seorang sugar baby. Pada masa yang sama, dia masih mengekalkan kerjaya hariannya sebagai seorang pegawai pemasaran.
Dalam tempoh 2 tahun bergelar sugar baby, Jenni mengenakan caj SGD500 (RM1,530) untuk bertemu lelaki (aka pelanggan) tetapnya di Singapura. Dia hanya berlagak sekadar seorang ‘peneman’ dan bukannya sebagai ‘pelacur’ seperti yang ramai di antara kita sangkakan selama ini.
Jenni yang tidak menidakkan dirinya yang bergelar sugar baby di Singapura. Sumber Foto: News Straits Times
“Saya lebih sukakan sugar dating berbanding temu janji biasa. Selalunya temu janji dengan mana-mana lelaki akan berakhir tanpa sebarang jaminan. Jika berjaya sekalipun, kemungkinan hubungan itu tidak akan ke mana.
“Cara lama itu membazir masa. Dengan sugar dating, sekurang-kurangnya saya boleh memperolehi pendapatan untuk masa yang saya ‘laburkan’,” kata Jenni.
Dia, bagaimanapun meletakkan batas untuk tidak melayan lelaki yang sudah berkahwin atau yang berusia lebih daripada 45 tahun.
*
Dalam tempoh 5 bulan yang lepas, Jenni telah bersama dengan seorang usahawan 30-an yang mampu memberikan elaun bulanan dari RM25,000 sehingga RM31,000. Itu baru seorang guys, belum lagi hasil daripada sugar daddy lain.
Daripada pendapatan total Jenni bernilai RM42,800 sebulan, Jenni mengasingkan satu pertiga sebagai simpanan dan selebihnya dibelanjakan untuk rawatan muka, kuku dan melancong ke benua Eropah dan ke Amerika Syarikat.
Namun, Jenni tidak sesekali melupakan keluarganya dan masih mengirimkan wang kepada mereka.
Gambar hiasan. Sumber foto: Asia One.
Satu perkara yang penulis rasakan menarik mengenai kehidupan Jenni sebagai seorang sugar baby adalah bagaimana dia mampu membezakan statusnya itu dengan – well – kerjaya sebagai pelacur. Katanya, sugar baby sama sekali berbeza dengan pelacur.
“Pelacur dibayar untuk melakukan tugas mereka, mereka tidak boleh menolak atau mengatakan tidak. Manakala dalam situasi saya, jika saya tidak selesa, saya sentiasa boleh katakan tidak.”
Dia juga mengatakan bahawa pertemuan yang dilakukan tidak melibatkan hubungan seks dan bukan mudah untuk sugar daddy dan dirinya terlibat dalam hubungan sedemikian.
Gambar hiasan. Sumbar foto: Independent Singapore News.
Kehidupan sebagai pelacur (or sugar baby – in this case) di kalangan perempuan bawah 30 tahun sebenarnya bukan lagi satu perkara baru. Apa yang dipertontonkan dalam beberapa drama Melayu sebenarnya ada kebenarannya.
Ingat – walaupun mereka dikaburi dengan wang dan harta lumayan, sekali tersilap langkah, sukar untuk mereka mendapat kehidupan normal semula. Seperkara lagi tentulah faktor larangan agama yang tidak boleh dipermainkan.
Sebelum ini, kontroversi yang melanda pelakon dan pempengaruh berhijab, Alya Iman kononnya dirinya dikaitkan dengan seorang sugar daddy meletus.
Namun, Alya mendakwa dia telah menghentikan hubungan tersebut setelah mendapati lelaki ittu masih belum memberitahu mengenai hubungan mereka kepada isteri pertama.