
Seorang lagi anak Malaysia yang membanggakan diri dan negaranya.
Shobitha Kalaiselvan yang berasal dari Lembah Klang ini seharusnya berbangga dengan pencapaiannya apabila dia terpilih untuk memegang watak Lelia di dalam siri televisyen popular US, Gotham.
Shiva yang menetap di New York dalam posting di Instagram telah meluahkan rasa syukurnya terhadap peluang yang diterima olehnya ini.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya hanya boleh senyum saja. Terima kasih kerana selalu berada bersama saya dan menyokong karier saya. I am a lucky gal!“, kata Shiva

Katanya lagi, dia selalu membayangkan impian untuk melakonkan watak superhero atau super villain.
Watak yang dibawakan oleh Shiva ini juga bukan sekadar watak tempelan. Bagi peminat siri Batman, pastinya korang tahu tentang latar belakang Lelia.

Beliau merupakan ketua kepada kontinjen perempuan di dalam League of Shadows, skuad yang setia kepada pasukannya. Dalam di dalam siri Gotham yang boleh ditonton di saluran Fox ini, Lelia melakukan kemunculan pada episod A Dark Knight: One of My Three Soups.
Shiva merupakan graduan dalam jurusan kewangan dari Indiana University pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai pegawai pelaburan di Milwaukee, US dan London.
Dia kemudiannya mengambil jurusan postgraduate dalam bidang lakonan di Columbia University, New York dan pernah menerbitkan dua nukilan teater bersama syarikatnya, Next in Line Productions.

Di Malaysia pula, Shiva pernah berlakon di pentas teater After Juliet dan Malaysian Girls di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC)
Congrats girl! Tak sabar untuk menantikan kemunculan Lelia dalam episod seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Pemandu Helok Negara Peroleh Anugerah ‘Hall of Fame’

“Semua bermula dengan impian..”
Benar caption yang dimuat naik oleh pemandu ‘World Endurance Championship’ (WEC) negara, Jazeman Jaafar yang dimuat naik di Instagram semalam.
Pada majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) semalam, Jazeman bersama dua orang ahli pasukannya iaitu Nabil Jeffri dan Weiron Tan telah diberikan penghargaan anugerah ‘Hall of Fame’ ataupun anugerah ‘Pilihan Ramai’. Ia merupakan kategori yang berdasarkan undian online oleh peminat dunia permotoran.

Mereka bertiga dijulang selaku wira negara terutamanya setelah mencipta sejarah MENANG di litar Fuji International Speedway (14 Oktober 2018) dan di litar Silverstone (20 Ogos 2018) sebagai pasukan trio negara.
Mereka juga berjaya tamat di kedudukan keempat perlumbaan ‘Le Mans 24 Hours’ dalam kategori LMP2. Hebat okay!

Menurut Nabil, “Ia adalah antara momen terhebat dalam hidup saya semasa kami berada di litar SEPANG pada Jun tahun lalu.
“Kami dicabar dari segi mental dan fizikal kerana hanya sempat tidur untuk 1-2 jam saja sebelum berlumba 24 jam tanpa henti. Saya tidak akan berada di sini tanpa rakan pasukan, Jaz dan Ron.
“Diharap, anugerah ini boleh dijadikan inspirasi kepada remaja di luar sana untuk TIDAK sesekali melupakan cita-cita mereka walaupun ia memakan masa yang lama dan kudrat yang besar. “Saya sendiri memulakan impian sebagai pelumba pada usia 7 tahun dan saya tidak menoleh ke belakang sejak itu,” kata Nabil lagi.


Semalam, Jazeman turut menempah kejayaan berganda apabila memenangi anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.
TAHNIAH korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam Mana Mereka Buat,Travel 6 Negara Eropah Timur Cuma RM2965 Sahaja

Zaman sekarang, asal bijak dan tahu mengambil peluang kita boleh jalani hidup dengan lebih gembira. Ada bermacam kegembiraan. Perasaan ini berbeza setiap orang. Tapi rasanya ramai yang setuju kalau dikatakan travel luar negara adalah saat paling menyeronokkan. Ya tak?
Masa tu tak fikir apa dah. Kalau ada assignment universiti tak siap pun boleh lupa terus sebab syoknya berjalan. Pasti ramai yang tertanya-tanya betul ke travel oversea ini murah sangat? Bukan ke tiket pun dah mahal? Belum kira hotel, makan dan sebagainya.
Mahal ke murah, baca catatan wartawan Sinar Harian, Siti Shahrosamirah Shaharman yang travel bersama tiga rakannya, Nurul Huda Mukhtar, Harisa Hassim dan Marliza Zain Mei lalu ke enam buah negara Eropah Timur dengan kos hanya RM2965 all ini. Macam tak percaya dengar jumlahnya, tapi itu saja kos mereka keluarkan untuk ke enam negara yang super duper cantik tu.
Sebenarnya memang best travel pada usia muda. Korang boleh buat banyak pilihan dari ikut travel agent yang dah aturkan agenda mereka. Nak berenti di hentian mana, tak siapa yang larang. Nak lepak berapa jam pun tak sapa kisah.

Kata Shahrosamirah, mereka merancang bukan lama. Mulanya hanya borak-borak kosong masa bulan Februari. Masuk Mac, Nurul Huda dan Marliza mula buat itenary. Hasilnya, Mei lalu, empat sekawan ini terbang ke Eropah Timur dengan budget berbaloi-baloi.
Baca catatan dibuat oleh rakan travelnya, Nurul H. Mukhtar (nama fbnya). Malah rakannya ini pernah backpack ke Eropah selama 14 hari, 7 negara dan kosnya baru RM2889 All In. Alahai, tak mahal benarlahkan. Bolehlah start kumpul duit gaji tu sikit-sikit. Lama-lama dapatlah terbang.
Perlu diingat, kos dinyatakan itu termasuk tiket kapal terbang, kos pengangkutan sepanjang di sana, tempat penginapan, sewa kereta, tol, minyak. Yang tak masuk cumalah makan dan souvenior saja.
Bila sebut negara Eropah Timur ini, kita pasti terbayangkan Bosniakan. Ya, Bosnia terletak di sana. So, mereka bermula dari Kuala Lumpur, Iran, Turki, Czech, Austria, Croatia dan Bosnia Hazegovina.
Baca catatan dibuat oleh Nurul H. Mukhtar ini.

Kali ni, saya nak share bahawa saya baru sahaja pulang dari menjelajahi 6 negara Timur Eropah dengan bajet RM 2965 All in. Maksud saya all in sudah termasuk tiket penerbangan, kos pengangkutan sepanjang di sana, tempat penginapan, sewa kereta, tol, minyak! Yang tidak termasuk dalam bajet di atas hanyalah makan dan souvenir sahaja!
Berikut merupakan route saya :
Eastern Europe Trip (2nd May – 11th May 2017)
KUL – Tehran (Iran), Istanbul (Turki), Prague (Czech), Vienna (Austria), Zegreb (Croatia), Dubrovnik (Croatia), Mostar (Bosnia), Sarajevo (Bosnia), Tehran (Iran) sebelum berakhir di Kuala Lumpur semula.
Visa : Tidak diperlukan untuk negara dinyatakan
Kadar mata wang April 2017 : 1 Euro =RM4.76
1.Tiket Penerbangan:
Berikut merupakan jumlah kos penerbangan yang telah saya beli bagi seorang :
Air Asia (Kul –Tehran – Kul) = RM 614.50
Pegasus (Tehran – Istanbul =RM 376.50
Pegasus (Istanbul – Prague) = RM 251.00
Pegasus (Sarajevo – Tehran) RM 575.50Total Flight : RM1817.50
2. Pengangkutan dari negara lain ke negara lain
Selain penerbangan, kami telah menggunakan dua jenis pengangkutan untuk bergerak dari satu negara ke negara yang lain sepanjang di sana, bas dan kereta.
Bus: Sepanjang perjalanan dari Prague ke Zagreb, kami telah menggunakan bas untuk menghubungkan dari satu negara ke negara yang lain. Berikut merupakan harga tiket bas yang telah dibeli :
Flixbus Prague-Vienna RM 85.75
Flixbus Vienna – Zagreb RM 109.70Total Flixbus = RM 195.44

Sewa Kereta / Car Rental:
Harga sewa kereta ialah € 404 untuk 4 orang selama 4 hari termasuk insurans dan boleh cross country. Jadi kami pergi 4 orang so dibahagikan kepada 4 la.
Sewa kereta harga € 101 = RM 482 seorang
Tol keseluruhan = RM 40 seorang
Minyak = RM 94.50 seorang
Jadi, saya amat menggalakkan anda menyewa kereta kerana kita tidak begitu rushing, dan boleh enjoy the trip better la.
3.Tempat penginapan:
Bright Apart, Istanbul RM 30.00
Apartment Status, Zagreb RM 60.00
Villa Kukuljica, Dubrovnik RM 38.25
River Apartment, Mostar RM 38.25
Rooms Mahala, Sarajevo RM 28.75Total seorang RM 195.25
4. Pengangkutan sepanjang di sana:
Istanbul
Dari Istanbul Gocken Sabihah Airport, kami menaiki bas HAVABUS untuk ke bandar.
Harga tiket HAVABUS 15 TL seorang = RM 18
Beli IstanbulKart kongsi 3 orang so seorang 10 TL = RM 12Dari bandar untuk ke Istanbul Sabihah Gocken Airport pun kami menaiki HAVABUS = 15 TL
Sepanjang di Istanbul, kami banyak berjalan kaki kerana lebih seronok untuk enjoy pemandangan yang cantik-cantik!
Total pengangkutan di Istanbul = RM 48

Prague, Chezh
Kami beli 90 min one day pass Prague yang berharga € 1.20 seorang (RM 5.73). Di bandar Prague, kami banyak berjalan kaki sahaja untuk menikmati keindahan Prague. Serious cantik!
Vienna, Austria
Di Vienna, kami membeli Vienna One Day Pass. Unlimited rides, so boleh la naik turun sesuka hati sampai 24 jam. Harga € 7.60 seorang (RM 36.27)
Zagreb, Croatia
Kami cuba menaiki beca elektik di Zagreb dengan harga € 10 seorang. (RM 47.60) Apa yang bestnya ialah, dia bawakan kita ke tempat-tempat tarikan di sekitar Zagreb! Selebihnya kami menaiki kereta.

Total perbelanjaan saya seorang:
Flight Air Asia dan Pegasus RM 1817.50
FLIXBUS RM 195.44
Apartment RM 195.25
Car Rental SIXT RM 482.00
Havatas Bus Istanbul (Return) RM 36.00
Istanbul Kart RM 12.00
One day pass Prague RM 5.73
Vienna Metro Day Pass RM 37.00
Beca di Zagreb RM 47.60
Tol RM 40.00
Minyak RM 94.50Total :RM 2963.02
Grand Total Perbelanjaan saya seorang :
Total Perbelanjaan = RM 2963.02
Makan + Souvenir = RM 411.38GRAND TOTAL PERBELANJAAN DI EASTERN EUROPE SAYA SEORANG = RM 3374.40
Souvenir I shopping kawkaw, especially di Bosnia. Sebab murahhhh!
Sumber blog : Nurul H. Mukhtar
Gambar : Siti Shahrosamirah Shaharman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kena ‘Adapt’ Dengan Generasi K-Pop, Ajai Titip Nasihat Buat Peserta Big Stage

“Mereka semua berbeza, ada gaya persembahan yang tersendiri,”
Begitulah komen yang dirumuskan oleh juri tetap Big Stage Musim Ke-5 kali ini, Ajai sebaik sahaja tamat konsert minggu pertama rancangan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Gamatkan Pentas ‘Big Stage 5’, Fakta Tentang Rina Nose Pengacara Bersama Elly Mazlein
Ajai masih kekal sebagai juri tetap Big Stage musim ke-5 ini.
Komposer dan penyanyi itu turut meluahkan rasa kagum beliau terhadap keyakinan yang ditonjolkan sesetengah peserta dalam menunjukkan identiti mereka sebagai penyanyi menerusi persembahan semalam.
“Keyakinan mereka lebih tinggi musim ini, terutama peserta Naufal Azrin yang telah memasukkan elemen ‘qasidah’ dalam persembahannya,” ujar beliau.
Naufal Azrin merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Zayne yang ditubuhkan pada 2019.
Beliau turut menerangkan bahawa seiring dengan perubahan zaman, citarasa generasi kini turut berubah. Maka, produksi rancangan harus peka dengan hal tersebut agar intipati program kekal relevan.
“Kita bukan nak cari penyanyi seperti Misha Omar dan Dayang Nurfaizah, itu cara penyampaian nyanyian zaman dahulu. Kini, kita mahukan penyanyi yang sesuai dengan cita rasa orang zaman kini,

“Orang muda kini lebih kerap dengar lagu pop yang rancak seperti K-Pop. Maka, logiklah bagi kumpulan duo dan berkumpulan untuk turut serta bertanding bagi musim ini. Paling penting kita kena sentiasa ‘adapt’ dengan apa yang orang muda sekarang gemar,” ujar beliau pada pihak media.
Manakala apabila ditanya tentang penilaian peserta dari luar negara, penyanyi Bisikan Asmara itu memilih untuk kekal subjektif dan adil.
Persembahan mantap dari peserta luar negara ternyata memberikan persaingan yang sengit kepada peserta lain.
“Tidak kisah peserta itu dari negara mana sekalipun, asalkan suaranya sedap pasti akan dinobatkan juara. Tambahan lagi, penyertaan peserta negara lain akan memberi kesempatan kepada peserta Malaysia untuk belajar lebih lagi tentang cara mereka bekerja dan profesionalisme yang ditonjolkan,” komen beliau.
Bekas ahli kumpulan Exists itu juga sempat memuji kelayakan Aina Abdul selaku juri tetap program tersebut.
“Aina adalah artis yang hebat. Dia ada identiti dan gaya persembahan tersendiri sebagai penyanyi. Elemen itu sangat diperlukan selaku juri kerana dia akan lebih teliti dalam membimbing hala tuju persembahan seseorang peserta itu.

“Manakala saya lebih kepada teknikal iaitu dari segi vokal peserta tersebut. Dalam kata mudah, ianya lebih kepada kualiti nyanyian yang harus diperbetulkan dari awal lagi,” kata penyanyi berusia 48 tahun itu.
Gabungan dua individu hebat ini ternyata berbaloi apabila setiap komen dan kritikan yang diberikan kepada peserta diterima baik dan disetujui oleh warganet sendiri.
BACA LAGI: Aina Abdul Harap Peserta Big Stage 2022 Tidak ‘Hilang’, Terus Kerja Keras – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: MStar, Instagram Aina Abdul & Naufal Azrin, Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

