Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, G-Dragon mencuri perhatian apabila tampil sebagai figura selebriti pertama yang menghulurkan sumbangan sebanyak 1 juta Hong Kong Dolar (kira-kira 188 juta Korea Won) bagi membantu mangsa tragedi kebakaran Wang Fuk Court di Hong Kong.
Difahamkan, sumbangan tersebut disampaikan melalui Tabung Sokongan Wang Fuk Court, dana rasmi kerajaan Hong Kong untuk usaha pemulihan bencana dan dibuat atas permintaan khusus agar ia disalurkan kepada pasukan bomba, petugas penyelamat dan first responders yang bertungkus-lumus mengawal kebakaran yang berlaku pada 26 November lalu.
Menurut agensi pengurusan G-Dragon atau pemilik nama sebenar Kwon Ji Yong (37), Galaxy Corporation berkata, tujuan utama bantuan tersebut adalah bagi menyokong pemulihan emosi komuniti Hong Kong terutama bagi mereka yang berada di barisan hadapan ketika operasi menyelamat.
Kredit foto: G-DragonKredit foto: G-DragonTragedi kebakaran di Hong Kong
Pada masa yang sama, Just Peace Foundation, organisasi yang dipengerusikan secara kehormat oleh G-Dragon, turut merancang bekerjasama dengan pihak tempatan untuk menyediakan sokongan psikologi kepada semua anggota penyelamat.
Ads
Sementara itu, beberapa nama besar industri seperti Super Junior, (G)I-dle, ESPA, IVE, Boynextdoor, EXO ChenBaekXi, Tours dan penganjur anugerah muzik MAMA Awards 2025, CJ Group turut memberi sumbangan kepada tabung bantuan tersebut.
Walaupun acara tersebut diteruskan selepas pertimbangan mendalam, MAMA Awards 2025 dimulakan dengan detik mengheningkan sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi. Para tetamu serta penghibur di Stadium Kai Tak hadir dengan reben hitam dan pakaian bernada gelap sebagai simbol solidariti, manakala beberapa segmen persembahan turut dibatalkan demi menghormati suasana berkabung rasmi di Hong Kong.
Ads
Kredit foto: G-DragonKredit foto: G-Dragon
Di tengah suasana yang lebih suram daripada kebiasaan, G-Dragon muncul sebagai penerima utama dengan kemenangan Artist of the Year, yang disampaikan oleh legenda Hong Kong, Chow Yun Fat. Penghargaan itu menandakan pencapaian penting buat ketua kumpulan Big Bang itu, yang kini sedang sibuk dengan siri jelajah dunia Ubermensch.
Dalam ucapan kemenangannya, G-Dragon menzahirkan penghargaan buat peminat Big Bang, yang dikenali sebagai VIP.
“Saya sangat berterima kasih kepada VIP dan semua peminat. Saya sayang kamu semua. Tahun depan menandakan ulang tahun ke-20 kumpulan kami, dan saya akan datang keluar dan berparti dengan kawan-kawan saya supaya saya tak sunyi. Jumpa tahun depan,” ucapnya di pentas.
Tragedi kebakaran di Hong Kong
Sekadar info, kebakaran di pangsapuri 32 tingkat itu merebak selama lebih 43 jam melibatkan tujuh bangunan, menjadikannya antara tragedi paling buruk dalam sejarah moden Hong Kong dengan sekurang-kurangnya 128 korban dan 200 lagi masih hilang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka, rupanya hobi memasak yang dikongsi di laman YouTube sebenarnya boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan bijak.
Sugu Pavithra seorang suri rumah berbangsa India berasal dari Sungai Siput sering berkongsi video resipi dan apa yang menariknya, wanita ini fasih berbahasa Malaysia.
Menurut perkongsian daripada Ibrahim Embong, di awal permulaan laman YouTube Sugu Pavithra hanya mempunyai 100 lebih subcribers sahaja dan video pertamanya adalah ‘Bakar Ikan Talapia Cara Mudah Dan Sedap’.
Mula mempunyai akaun YouTube kira-kira akhir Januari lalu, kini Sugu Pavithra telah pun memperoleh lebih daripada 100 ribu pengikut dengan jumlah tonton video hampir 6 juta views.
Tiga minggu lalu, wanita ini mendapat surat dari Google, di mana YouTube membayarnya wang hasil daripada video yang di muat naik.
Pergh, memang boleh buat duit.Dengan hanya rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton, ditambah pula penggunaan bahasa Melayunya yang fasih.
Selain itu, Sugu juga memperlihatkan kehidupan sederhana mereka di laman YouTubenya dan mungkin kerana itu juga, penonton lebih tertarik dengan gaya hidup sebenar dan bukanlah yang dibuat-buat.
Sugu juga menerima sokongan daripada netizen di ruangan komen.
Ha, korang yang rajin memasak tu bolehlah cuba cara ini untuk jana pendapatan. Mana tahu ada rezeki di sini, sikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tapi jangan pula curi content orang lain ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tular isu seorang remaja, S Sathiswaran ditemui mati akibat dihempap kerusi terbang dari langit, isu penghuni rumah flat yang dikatakan kurang menjaga kebersihan persekitaran hal ini mendapat perhatian paling serius dari penghuni rumah flat sendiri.
Buktinya, selepas kediaman flat mereka agak panas kerana insiden baling kerusi, penghuni dua blok 100 dan 102 di Flat PPR Sri Pantai telah mengadakan goyong royong membersihkan kediaman mereka.
Menurut Ketua Blok 100, AzamanMan, semalam mereka telah mengadakan gotong royong perdana membersihkan dua buah blok demi memastikan kebersihan flat ini berada di tahap paling tinggi.
Sebelum memulakan gotong rotong, ada penerangan dari Pengerusi Penduduk dahulu
“Sebagai penghuni di sini, kami semua memandang serius isu kebersihan. Lagi pun bukan semua tidak menjaganya, hanya segelintir tetapi saya sangat berterima kasih kepada penghuni blok yang sama-sama berganding bahu membersihkan persekitaran rumah.
“Semalam kami telah membersihkan setiap tingkat demi memastikan penduduk berada dalam keadaan selesa. Insiden yang menimpa mendiang remaja ini sebenarnya membuatkan semua pihak berbicara mengenainya. Jadi kami mengambil keputusan untuk membersihkan keseluruhan dua blok rumah flat ini,” katanya memaklumkan Pengerusi Penduduk Flat PPR Sri Pantau, Puan Tusiah Sino turut hadir. Hadir sama adalah Ketua Blok 102 yang diketuai oleh Mat Nor.
Gotong royong diadakan demi kebersihan bersama
Harapa-harap selepas ini tak berlaku lagi insiden buang sampah dari koridor
Ramai penghuni flat yang memberikan sokongan dan menjayakan acara goyong royong ini
Insiden kemalangan ini buka mata ramai pihak mengenai isu kebersihan di rumah flat…
Jelas Azamanman lagi, dia mengharapkan menjaga kebersihan adalah keutamaan penduduk di rumah flat ini kerana mereka sendiri tidak mahu melihat adanya peristiwa berulang di flat berkenaan.
Lebih kurang dua minggu lalu, seorang remaja, S Sathiswaran maut ditimpa kerusi terbang dari tingkat 21 dan sehingga kini, menurut polis, suspek yang membaling kerusi berkenaan belum ditangkap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan penyanyi bervokal lunak, Ernie Zakri di tengah-tengah konsert LANY A Beautiful Blur Live In Kuala Lumpur semalam telahpun berjaya mengejutkan bukan sahaja pengunjung yang hadir tetapi juga peminat Ernie.
Rata-rata peminatnya langsung tidak dapat menghidu kelibat Ernie di sana sehinggalah momen penyanyi berusia 32 tahun melangkah naik ke pentas ZEPP KL dan mengiringi vokalis Lany, Paul Klein bagi menyanyikan lagu berjudul Out Of My League secara duet.
Tampil fierce dalam persalinan rekaan Ashraff Zainal sambil dirias oleh Syamiel Isma, Ernie tetap memberikan yang terbaik biarpun diundang bagi mendendangkan satu lagu sahaja.
Pasangan tersebut berjaya menghangatkan lagi suasana konsert dengan paduan suara mereka. Siapa sangka, Ernie yang pernah membawa pulang trofi Vokal Terbaik sebanyak dua kali di pertandingan Anugerah Juara Lagu mampu mencetuskan harmoni suara bersalam Paul biarpun genre muzik masing-masing berbeza.
Ernie Zakri di samping Paul Klein, vokalis kumpulan pop rock dari Amerika Syarikat, Lany.
Dalam perkembangan terbaru, pemilik nama pemuh Nur Ernie Shahirah Zakri itu hari ini mengumumkan perancangan konsert pertamanya, ‘Aura: Ernie Zakri Live In Concert’ pada 25 Januari 2025.
Setelah sekian lama dinanti-nantikan peminat, konsert solo pertamanya itu bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran SAH Entertainment.
Info lanjut berkenaan harga tiket dan tarikh penjualan tiket akan diumumkan tidak lama lagi.