Khabar gembira buat peminat apabila aktor tampan, Ikmal Amry berkongsi berita bahagia mengenai keluarga kecilnya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, dia mengumumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga, dengan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.
Menurut Ikmal, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini cukup bermakna kerana ia merupakan raya terakhir mereka sebagai keluarga berempat sebelum kehadiran ahli baharu tahun hadapan.
“Tahun ini, macam-macam Allah kurniakan. Baru 4 bulan berlalu, tapi percaturan-Nya cukup indah, lebih dari yang kita sangka, cukup seadanya.
“Salam Aidilfitri dari kami, tahun ini berempat. InsyaAllah, tahun hadapan bertambah lagi seorang ahli keluarga.” tulisnya.
Ads
Perkongsian tersebut sekali gus mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan keluarga mereka.
Sebelum ini, media melaporkan Ikmal dan isterinya merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak kedua mereka berusia tiga tahun.
Ads
Katanya, walaupun pada awalnya mereka merancang untuk memiliki tiga orang anak, namun tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki tambahan.
Ads
Untuk rekod, bekas peserta Hero Remaja itu mendirikan rumah tangga bersama Najla pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makanan berproses mungkin menjadi pilihan utama bagi mereka yang sentiasa busy dan tak punya banyak waktu untuk memasak.
Mudah didapati dan tersedia dalam pilihan yang bermacam-macam, maka tak hairanlah bila ramai individu yang lebih senang untuk mendapatkannya di pasar raya.
Namun sebenarnya terdapat beberapa ‘rahsia besar’ yang disembunyikan di sebalik pembikinan makan berproses ini.
Berikut merupakan 7 perkara yang disembunyikan oleh industri makanan berproses ini dan terdapat beberapa isu yang boleh dipersoalkan sama ada ia baik untuk dimakan secara kerap atau tidak.
1. Info makanan yang mengelirukan
Label pada makanan ini tidak menjelaskan tentang ramuan yang tidak sihat dan menyembunyikannya daripada pengguna. Genetically Modified Organisms (GMO) tidak sebut menggunakan bahan-bahan bahaya seperti MSG dan fruktosa dilabel sebagai perasa semula jadi.
2. Mendorong kepada kemurungan
Makanan yang diproses biasanya dibuat daripada bahan berkualiti rendah dan boleh menjejaskan kesihatan. Ia mengandungi kandungan garam, gula, trans-lemak dan bahan pengawet yang tinggi yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan kimia di otak.
Hal ini boleh membawa kepada masalah ingatan, kemurungan, perubahan mood dan kelesuan.
3. Penyebab kanser
Terdapat bahan pengawet yang tinggi dalam daging yang diproses untuk dijadikan hotdog, nuget atau daging burger. Bahan ini mengandungi lemak dan nitrit yang boleh menjadi punca kepada penyakit kanser.
4. Penyebab mandul
Biasanya bahan-bahan yang terkandung dalam makanan berproses mempunyai bahan kimia dan pengawet yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Ini dibuktikan oleh fakta bahawa kadar kemandulan semakin meningkat kerana pengambilan makanan berproses.
5. Obesiti
Masalah obesiti nampaknya macam dah jadi perkara biasa bagi masyarakat dunia. Ini kerana makanan berproses juga kaya dengan corn syrup, garam dan gula yang diproses yang mendorong untuk menjadi punca kepada obesiti, masalah jantung dan buah pinggang daripada masa ke semasa.
6. Ganggu sistem pencernaan
Bahan kimia dan pengawet yang digunakan boleh mendatangkan keburukan pada sistem pencernaan anda. Ini kerana mereka menggabungkan beberapa bahan yang tidak serasi dan dicampurkan dengan banyak bahan perasa dan pengawet.
7. Boleh merosakkan kesihatan secara general
Makanan berproses pada dasarnya meracuni tubuh daripada masa ke semasa dan memusnahkan bakteria dalam usus anda. Ini boleh mengundang kepada penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Badan boleh menjadi lemah dan lebih mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit. Selain itu, anda juga akan sentiasa berasa lesu dan craving untuk makan macam-macam.
Selama ni memang selalu dengar tentang keburukan process food. Tapi sekarang dah tahulah kenapa orang kata makanan macam ni tak baik untuk dimakan. Hmmm
Sumber: curiousmob.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesudahan drama popular, Budak Tebing 2 akhirnya terjawab juga setelah ia melabuhkan tirai episod terakhir sebentar tadi.
Drama lakonan Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nelissa Nizam dan Imran Aqil ini telah membuka mata khalayak mengenai isu yang selalunya tidak dipertontonkan di slot drama utama Malaysia.
Isu kekeluargaan, persahabatan, jenayah dan penderaan kanak-kanak umpamanya adalah isu-isu yang berlaku dalam realiti kehidupan kita semua. Mungkin di situlah kekuatan Budak Tebing 2 yang tidak gentar untuk memaparkan keadaan sebenar masyarakat dalam bentuk naskah drama 13 episod.
REMAJA berpeluang menemubual salah seorang pelakonnya, Fariz Isqandar yang terkenal dengan watak Yoyol iaitu adik kepada Arif (lakonan Adam Lee) baru-baru ini menerusi sesi Instagram Live : Remaja Dengar Kata.
Susah tak sebenarnya untuk Fariz bawakan watak Yoyol dan apakah perancangan seterusnya?
Babak mana yang paling mencabar untuk Fariz? F : Ada satu babak di mana saya perlu menangis seorang diri di dalam bilik. Babak itu saya rasakan fuh, beratnya.
Yoyol terpaksa menghadap pelbagai perkara yang serabut; dengan bapanya, dengan orang di sekeliling yang menipunya. Kawan dan abang dia juga buat perangai. Dalam babak tersebut, saya jatuh ke lantai bilik dan terus menangis.
Tapi kalau babak bersama Abang Adam, besar kemungkinan babak berlawanlah. Tidak susah tetapi penat.
Ramai berpendapat 13 episod adalah terlalu pendek. Fariz setuju? F : Jika kita lihat feedback dari musim pertama, mereka meminta untuk musim kedua. Dan apabila musim kedua disahkan sedang menjalani penggambaran pada masa itu dan kami memberitahu Budak Tebing 2 hanya akan ditayangkan selama 13 episod; mereka sudah meminta agar ia dipanjangkan.
Mungkin musim ini dikhaskan untuk 13 episod saja. Mungkin juga produksi ingin sekali memanjangkannya, namun disebabkan PKP kami terpaksa akur dengan kekangan penggambaran. Kita doakan bakal ada musim ketiga, siapa tahu?
Apakah watak dalam drama Budak Tebing 2 yang diminati Fariz? F : Saya meminati dua watak iaitu Pablo (lakonan Pablo Amirul). Signature dia makan cupcake memang comel! Kedua ialah watak Talam (lakonan Firdaus Ghufran) kerana wataknya yang blur nampak menarik.
* Imran Aqil (yang membawakan watak Pijoy) turut berada dalam perbualan dan berkongsi pendapatnya mengenai Fariz. *
I : Kalau saya boleh tambah sedikit. Saya beruntung kerana mendapat sparringpartner seperti Fariz kerana bukan saja dia seorang yang baik dan peramah. Dia juga tidak sombong berkongsi pengalaman 8 tahunnya dalam dunia lakonan bersama saya,.
Fariz selalu memastikan saya bersedia sebelum penggambaran dimulakan. Jika dia perlu menolak saya di mana-mana bahagian badan, dia akan pastikan saya tahu perkara itu. Working with him is a pleasure with me.
Watak Yoyol dalam Budak Tebing terbukti berbekas di hati penonton.
Bagaimana Fariz mengambil cabaran mengambil watak-watak berlainan genre selepas ini agar penonton tidak mengaitkan diri dengan Yoyol? F : (Berfikir) Sejak di bangku sekolah, saya sudah ceburi bidang teater. Dari usia itu lagi, saya sudah meletakkan mindset; ‘Sekiranya aku perlu bawa watak berlainan, bagaimana aku hendak lupakan watak yang aku sudah selesa bawa?’
Memang benar, saya selesa dengan watak Yoyol. Penonton kenali saya pun sebagai Yoyol, orang pun masih susah nak panggil saya Fariz. Jadi, solusinya hanya satu. Saya perlukan alter ego. Saya kena ada split personality. Tanpa alter ego, sampai bila-bila pun imej Yoyol itu akan melekat dengan saya.
Jika untuk projek drama seterusnya, saya akan gunakan alter ego dengan ‘memasukkan diri’ ke dalam watak baharu. Apabila saya into the charater, watak Yoyol itu mudah untuk saya lupakan. Contohnya jika saya bawakan watak cacat, saya akan dalami pergerakannya, cara dia bercakap dan cara pemikirannya.
Adakah Fariz inginkan peluang untuk ke negara seberang?
F : Sudah tentu. Bagi yang tidak tahu, saya suka menulis puisi dan inspirasi saya banyak datang dari Indonesia. Saya ingin sekali ke sana untuk belajar cara mereka bekerja di set penggambaran, belajar budaya mereka dan mengutip pengalaman daripada para pelakonnya.
Apa yang Fariz hendak sampaikan kepada penonton yang setia bersama Budak Tebing 2 dari awal hingga episod ke-13? F : Saya harap mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Jika korang rasa susah, ingat ada orang yang lebih susah. Jika korang rasa serabut dengan banyak konflik, ada orang yang lebih banyak konflik di luar sana.
Jika kawan korang senyum dan gelak memanjang, tidak semestinya dia tidak mempunyai masalah. Saya harapkan melalui watak Yoyol ini, korang akan lebih menghargai kawan, keluarga dan orang di sekeliling. Selalunya ringankan mulut bertanya sama ada mereka okay ataupun sebaliknya.
*
Tonton temuramah penuh kami bersama pelakon Budak Tebing 2:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejohanan yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia, Sintok itu menyaksikan penantian 3 tahun pasukan Universiti Malaya berakhir. Ini kerana sejak tahun 2016 hingga tahun 2018 berturut-turut, mereka terkandas di peringkat akhir.
Namun semalam, pasukan futsal perempuan UM berjaya mengatasi pasukan futsal tuan rumah selain membawa pulang 2 lagi kategori sampingan iaitu Pemain Terbaik Kejohannan (Siti Asnidah Zamri) dan Penjaring Terbanyak Kejohanan (Intan Sarah Anisah Zulgafli). Tempat ketiga pula jatuh kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menerusi posting di akaun Instagram, Intan Sarah mewakili wakil pemain bola sepak Universiti Malaya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang pernah membantu mereka.
”Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada keluarga, jurulatih, pihak pengurusan, kesemua pemain, kawan dan last but not least, kepada semua orang yang menyoking pasukan Universiti Malaya sejak peringkat berpasukan hinggalah final.
”Yang buatkan kami lebih gembira adalah hari ini sudah mulai cuti semester! Pemain lain yang ada kelas hari ini, goodluck lah! (ketawa),” katanya. Sarah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak setelah 15 kali membolosi penjaga gol sepanjang kejohanan ini.
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.