Filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dalam tempoh 12 hari, termasuk tayangan awal.
Justeru itu, ia menjadikan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures sebagai filem nombor satu kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia, sekali gus mengetepikan francais-francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tanah air.
Bercakap kepada pemberita, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan perasaan berbesar hati dan menumpang bangga di atas kejayaan luar biasa tersebut.
“Kami amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini. Meskipun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit.
Ads
“Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pawagam yang banyak beri sokongan.
“Kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan meluas serta semua penonton Polis Evo 3 seluruh Malaysia serta barisan pelakon yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan filem ini!” katanya.
Ads
Sementara itu, siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Kedah, Penang, dan Perak dengan dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah. Demam Polis Evo 3 telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Ads
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Sebagai info, francais filem Polis Evo sentiasa mendapat sambutan penonton tempatan; bermula dari Polis Evo (2015) yang menjadi filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan box office RM23juta.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah bagi seseorang ahli kumpulan K-pop untuk membongkarkan kisah cinta mereka kepada khalayak ramai. Apatah lagi untuk mengumumkan bahawa diri mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang ‘idol’ daripada grup K-pop wanita ini setelah dia nekad untuk mengesahkan berita gembira berikut kepada umum.
Ketua grup Z-Girls iaitu Carlyn baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perancangan asalnya untuk kembali ke Korea Selatan tidak lagi akan diteruskan olehnya setelah dia mendapati dirinya berbadan dua dan berharap untuk meneruskan kehidupan berkeluarga di negara kelahirannya iaitu Filipina.
Pengumuman itu telah dilakukan oleh Carlyn menerusi sebuah video yang menunjukkan dia sedang meraikan fasa baharu dalam kehidupannya ini bersama keluarga tercinta.
[UPDATE] #CARLYN 🍒 – translation of her speech in the pregnancy reveal vlog of Von. She says her plans to Korea are erased to embrace this new chapter of her life with her family with Von. [non verbatim]@zpop_official | @carlyncabelpic.twitter.com/ToXnxkeNha
— #SeeYouAtTheTop¹⁰⁺⁴🐱🦁🌺🦄🍒 (IA) (@_galaxzhub) June 16, 2021
Dengan keputusan yang dibuat Carlyn ini, dia bakal menyertai beberapa ahli grup Z-Girls yang telahpun meninggalkan grup itu sebelum ini seperti Joanne (Taiwan), Perry (Taiwn), Sid (India) dan Mahiro (Jepun).
Namun berbeza dengan ahli-ahli lain itu, pemergian Carlyn lebih memberi kesan memandangkan dia merupakan ketua bagi Z-Girls. Peminat mula merasakan grup ini tidak akan bertahan lama dan mungkin sekali akan dibubarkan tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, Z-Girls merupakan sebuah kumpulan K-pop yang melakukan debut pada Februari 2019 bersama-sama grup lelaki, Z-Boys di bawah label Divtone Group.
Berlainan dengan label lain, penubuhan dua buah grup ini dilakukan dengan harapan mereka boleh mencipta grup K-pop berstatus antarabangsa apabila kesemua ahlinya berasal dari negara berbeza.
Sebagai contoh, Carlyn mewakili Filipina manakala beberapa lagi ahli mewakili negara Asia lain seperti Vanya (Indonesia), Queen (Vietnam), Priyanka (India) dan Bell (Thailand).
Rakan kami yang sedang bercuti di sana juga mengalami keadaan cuaca panas melampau yang kini sedang melanda Jepun.
Negara matahari terbit itu sedang mengalami situasi heatwave atau kawasan tompok merah yang telah merebak teruk. Sehingga ke hari ini, bandaraya Tokyo saja sudah mencatatkan peningkatan suhu setinggi 41.1 darjah Celsius, jauh lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur yang mencatatkan purata suhu 32 darjah Celsius.
Isnin lalu, pihak berkuasa Jepun telahpun mengeluarkan amaran baru berkenaan heatwave ini ke peringkat nasional. Masakan tidak, dalam dua minggu pertama bulan Julai saja, sekurang-kurangnya 15 orang rakyat meninggal manakala lebih 12,000 orang dikuarantin di wad hospital akibat bencana ini.
Laporan CNN pula berkata angka maut tersebut mungkin telah mencecah 44 orang sejak 9 Julai lalu.
Teruk tu!
Untuk pengetahuan korang, purata suhu 41.1 darjah Celsius yang dicatatkan di Kumagaya, Saitama berhampiran Tokyo adalah 12 darjah lebih tinggi daripada suhu biasa di Jepun. Berpuluh-puluh bandar di Jepun juga dikatakan telah mencecah atau melebihi 40 darjah Celsius, menurut laporan agensi meteorologi Jepun.
Jika korang mempunyai perancangan untuk ke Jepun dalam masa terdekat ataupun korang mempunyai kenalan yang akan ke sana, langkah berjaga-jaga amatlah dituntut untuk mengelakkan strok haba. Tambahan pula, situasi cuaca melampau ini dilihat belum menunjukkan tanda-tanda bakal surut sehingga Ogos kelak.
Jika akan ke Jepun atau mempunyai kenalan di sana, korang dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup dalam bilik berhawa dingin di samping mengambil minuman secukupnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, bakal mengubat rindu peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.
Krisdayanti, atau mesra disapa KD, merupakan antara penyanyi Indonesia yang terus memikat hati peminat di Malaysia sejak pertama kali mencuri perhatian dengan lagu Menghitung Hari lebih tiga dekad lalu. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 22 Jun 2025, jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Konsert ini dijangka akan memberi momen penuh nostalgia buat peminat yang merindui penampilan KD selepas kali terakhir beliau mengadakan konsert di Malaysia pada 2017 menerusi Konsert Romansa Krisdayanti.
Bagi Krisdayanti, konsert ini amat istimewa sebagai medium untuk terus mengeratkan hubungan cinta dan kasih sayang yang telah terjalin sekian lama dengan peminat di Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.
“Saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik dan saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti nanti,” kata Krisdayanti.
Malam penuh cinta itu pastinya akan menjadi kenangan manis antara KD dan peminatnya, dengan deretan lagu hits yang sentiasa menjadi siulan ramai.
Baru-baru ini, penampilan KD di pentas akhir Gegar Vaganza 11 turut mencuri perhatian ramai, menunjukkan dirinya yang sentiasa anggun meskipun bakal memasuki usia 50 tahun pada Mac ini.
Tiket untuk Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti akan mula dijual di UberTickets bermula 23 Februari 2025. Peminat boleh mendapatkan tiket mereka melalui platform tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!