Setiap kali Ramadan menjelma, ruang legar masjid kembali hidup dan meriah dengan dulang kurma, botol air dan senyuman sukarelawan yang tak pernah culas menyambut jemaah. Namun di sebalik kemeriahan itu, ada segelintir yang memendam rasa serba salah. Mahu berbuka di masjid, tetapi hati berbisik adakah kehadiran mereka sebenarnya mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan?
Menerusi sebuah perkongsian di Threads oleh Masjid Abu Al-Darda’ (MAAD), Nilai Impian baru-baru ini, persoalan ini dijelaskan dengan nada yang tenang tetapi penuh makna. Pihak masjid berkenaan juga menegaskan bahawa kekeliruan tersebut wajar diperbetulkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk memakmurkan rumah Allah, khususnya ketika waktu berbuka di bulan Ramadan.
“Pertama sekali, niat penyumbang. Kebanyakkan orang yang infaq makanan ke masjid bukan niat untuk orang miskin sahaja. Mereka niat untuk memberi makan orang berbuka puasa (Iftar Sa’im). Sesiapa yang berpuasa, dia layak. Tak kira dia kaya atau kurang berkemampuan,” katanya.
Kredit foto: Threads @husnul_kunKredit foto: Threads @ks.rmli
Pada masa yang sama, mereka juga sempat menjelaskan menerusi sebuah hadis sahih Rasulullah SAW yang berbunyi,
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikit pun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut” – Riwayat al-Tirmidzi, no. 807; Ibnu Majah, no. 1746.
Dalam konteks ini, kehadiran jemaah sebenarnya sekaligus melengkapkan niat dan hajat penyumbang. Tanpa orang yang berbuka, bagaimana pahala itu mahu mengalir? Secara tidak langsung, setiap individu yang hadir menjadi sebahagian daripada rantaian amal dimana penerima yang membuka ruang pahala buat pemberi.
Lebih daripada sekadar tempat mengagihkan makanan, pihak MAAD juga mengingatkan masjid berfungsi sebagai pusat komuniti. Saat berbuka beramai-ramai, suasana yang terhasil bukan hanya tentang juadah di hadapan mata, tetapi tentang ukhuwah yang terjalin.
Ads
Selain itu, perbualan ringkas antara waktu Maghrib dan Isyak, senyuman sesama jemaah, serta kebersamaan dalam saf solat, semuanya menyumbang kepada keberkatan yang sukar diganti dengan suasana berbuka sendirian di rumah.
Oleh itu, bagi yang masih dihimpit rasa bersalah, pendekatannya boleh diraikan dengan cara lebih seimbang. Hadirlah menyahut jemputan masjid, dan jika berkemampuan, hulurkan semula sumbangan sama ada melalui tabung masjid atau membawa sedikit juadah tambahan untuk dikongsi.
Intihanya, makanan yang terhidang di masjid bukan sekadar hidangan percuma, tetapi simbol rezeki dan jemputan daripada-Nya. Menolak dengan rasa serba salah mungkin terlihat mulia, namun menerima dengan niat memakmurkan rumah Allah juga satu bentuk penghormatan terhadap usaha dan doa para penyumbang. Dalam erti kata lain, kehadiran kita mungkin lebih bermakna daripada yang disangka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh karate negara, Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi berjaya melakar kejayaan selepas meraih pingat emas dalam acara kata individu remaja wanita pada Kejohanan Asia Kadet, Junior & U21 2026 di Amman, Jordan, pada Selasa.
Difahamkan, Nur Aneesa Aira tampil cemerlang di Dewan Prince Hamzah apabila menewaskan wakil Chinese Taipei, Chen Po-Jen dengan keputusan 4-1 dalam aksi final sekaligus memastikan lagu ‘Negaraku’ berkumandang di bumi Jordan.
Kejayaan tersebut turut menyaksikan atlet berusia remaja itu menampilkan persembahan penuh yakin untuk mengatasi pencabar terakhirnya, manakala pingat gangsa pula dikongsi oleh Tawfeeq Jude dari Kuwait dan Khalil Habiba dari Emiriah Arab Bersatu.
Perjalanan Nur Aneesa Aira ke pentas final turut berlangsung dengan cukup meyakinkan apabila dia terlebih dahulu menyingkirkan wakil tuan rumah, Jordan dengan keputusan 4-1 pada peringkat suku akhir.
Tidak berhenti di situ, atlet pelapis kebangsaan berkenaan meneruskan momentum dalam aksi separuh akhir dengan mencatat kemenangan 5-0 ke atas peserta dari Kuwait bagi mengesahkan tiket ke perlawanan penentuan pingat emas.
Lebih istimewa, kejayaan itu turut mencipta sejarah buat Labuan Karate apabila Nur Aneesa Aira menjadi atlet dari Labuan pertama yang menyumbang pingat emas pada Kejohanan Karate Asia sejak penubuhan persatuan berkenaan pada 1992.
Selain itu, pencapaian tersebut hadir selepas Nur Aneesa Aira sebelum ini meraih pingat gangsa pada edisi 2025, sekaligus memperlihatkan peningkatan prestasi yang cukup positif sebelum kembali lebih kuat untuk memburu kejuaraan Asia tahun ini.
Kejayaan beliau di Amman itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi buat Nur Aneesa Aira, malah mencerminkan hasil pembangunan sukan karate di Labuan menerusi usaha atlet, jurulatih serta barisan yang terus menyokong perkembangan bakat muda negara. Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung sehingga 10 September ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggemar makanan laut, selalunya sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk menikmati kelazatan hidangan laut disukai. Bagi mereka, kesegaran setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Makanan laut yang digemari ramai selain ikan, udang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu. Lagi-lagi orang Malaysia memang power bab makanan ni!
Foto via pexels
Namun, awas ya!
Baru-baru ini seorang bekas personaliti TV, Hazeman Huzir berkongsi mengenai kewujudan plastik yang terdapat di dalam perut ikan dan meminta orang ramai supaya berhati-hati. Lagi-lagi jika korang pengemar makanan laut.
Hati-hati makan ikan. Ikan sekarang ada plastik dalam perut.
Menurut Haze, hal ini itu berpunca daripada sampah plastik yang dibuang ke dalam laut sehingga menyebabkan pencemaran laut. Kemudian, sampah plastik itu dimakan ikan dan hidupan laut. Sekaligus masuk ke dalam badan hidupan tersebut.
“Sebab sampah dalam ikan yang kita makan tu affect sistem pembiakan manusia dan imun,” katanya.
Untuk info, Mikroplastik adalah istilah yang menggambarkan serpihan plastik yang tersebar di lautan dan plastik ini berkemungkinan akan dimakan oleh organisma laut. Mikroplastik juga merupakan bahan sintetik dengan kandungan polimer yang tinggi dan tidak dapat dihancurkan.
Sumber: Twitter
“Termanya microplastic. Puncanya sampah yang kita buang dalam laut tu dia pecah, ikan makan. Dan serap dalam badan ikan.”
Pencemaran mikroplastik dikesan menjadi ancaman kepada manusia yang memasuki sistem rantaian makanan melalui ikan termasuk di Malaysia.
Sebelum ini, menurut laporan Sinar Harian, isu pencemaran mikroplastik ini akan menyebabkan manusia terus menerus memakan plastik daripada ikan jika tidak ditangani segera.
“Pada Oktober 2018 kajian saintis antarabangsa temui mikroplastik dalam najis manusia, jadi kita jalankan kajian awal.
Tiada kesedaran sivik dan sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin boleh mengundang ancaman buat bumi kita. Perkongsian itu mendapat respon dalam kalangan netizen yang turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter @hazemanhuzir, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji, selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana.
Aliff menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama anakanda sulung tersayangnya, Ammar Ahyan.
Selepas beberapa minggu di sana, terbaharu, isterinya, Datin Seri Shahida tampil memuat naik semula foto ketika Ammar pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci, semasa usianya baru setahun.
Menerusi ruangan kapsyen, Shahida memanjatkan doa kehadrat Ilahi agar anak lelakinya itu menjadi seorang anak yang soleh sekaligus dapat membimbing kesemua adik-adiknya.
“Gambar masa kecil umur Ammar 1 tahun… masa ni nenek @bondarozitaibrahim belanja kita pergi umrah…..sekarang Ammar dah 15 tahun…
“Rezeki Ammar dapat tunai haji di usia muda… semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat membimbing adik-adik,” katanya.
Dalam pada itu, usahawan kosmetik itu tidak terlepas memanjatkan doa agar segala urusan ibadah haji di sana dipermudahkan Allah.
“Selamat Berangkat ke Arafah, Ammar… semoga dipermudahkan segala urusan… Doakan keluarga kita,” coretnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti memuji kecomelan Ammar ketika kecil selain menitipkan doa yang baik-baik buatnya.
“Comel sangat Ammar Ayyan time kecil, ingat lagi Kekda bawa ke pejabat tidurkan dia di tempat solat bawah tangga Medan Tuanku, tak meragam pun. Memang good boy dari kecil sampailah ke besar,” komen seorang pengikut.
“Alhamdulilah rezeki anak dapat pergi usia muda. Anak yang soleh dan bertuah… selamat berangkat ke Arafah Ammar yang kacak. Semoga Allah permudahkan segala urusan..Allahumma Aaminn,” komen warganet lain.
“Comel dan cucu yang baik sangat. Bertuah Ida dapat anak sebaik Ammar mudahan sampai besar. Dia lah yang menjaga abahnya di sini – siapkan makan Atok dan abah neneknya,” komen ibu mertuanya, Bonda Rozita.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.