Pelakon, Helen McCrory yang memainkan watak Narcissa Malfoy dalam siri filem Harry Potter telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Hanya pada usia 52 tahun, kematian Helen itu telah mengejutkan ramai pihak termasuklah pelakon yang memainkan karakter anaknya, Draco Malfoy dalam filem Harry Potter, Tom Felton.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom meluahkan rasa sedih dan juga kecewa kerana ada beberapa perkara yang tidak sempat untuk disampaikan olehnya kepada Helen secara personal.
Ads
Pada bahagian kapsyen untuk foto daripada salah satu babak akhir filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Tom menulis, “Saya amat sedih kerana terpaksa menyatakan selamat tinggal secara tiba-tiba.
“Saya tidak pernah mengambil peluang untuk memberitahu Helen bagaimana dia telah membantu saya menjadi insan seperti sekarang, di dalam set dan di luar set.
“Helen selalu menjadi dirinya sendiri, selalu pantas menangkap, bijak berkata-kata, mesra dan selalu mempunyai masa untuk melayan semua orang.
Ads
“Terima kasih kerana membantu saya ke hadapan dan ‘memimpin’ tangan saya apabila saya memerlukannya.”
Di ruangan komen, peminat Tom memberikannya sokongan dan mengucapkan takziah kepada pihak Helen McCrory.
Untuk pengetahuan, Helen meninggalkan seorang suami bernama Damien, anak-anaknya dan seluruh ahli keluarganya. Selain watak Narcissa, Helen juga dikenali menerusi watak ikonik lain dalam filem seperti Peaky Blinders dan Penny Dreadful.
Siapa je yang tak nak date ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie Kim?
Tak salah mencuba nasib, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang merupakan influencer terkenal Filipina, Christian Albert Gaza.
‘Crush’ salah seorang dari ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie sanggup berhabis sehingga RM123,000 semata-mata untuk ‘mencuba nasib’ mengajak penyanyi itu keluar makan malam.
Foto : Instagram Jennie
Tapi kalau dah banyak duit, segalanya boleh jadi. Menurut sumber yang dilaporkan oleh Manila Bulletin, difahamkan, dia telah menempah sebuah papan iklan khas beberapa kilometer daripada pejabat agensi pengurusan Blackpink.
Foto via Christian Albert Gaza’s Facebook
Jelas kelihatan papan iklan tersebut dalam bahasa Inggeris dan Korea berserta gambar beliau.
“Kim Jennie Ruby Jane, you are my ultimate crush. Can I take you out to dinner and make me the happiest man alive?”
Dalam satu posting, lelaki ini berkata, itu sahaja cara untuknya mendapatkan perhatian Jennie Blackpink. Menerusi posting lain, lelaki ini mendedahkan dia sebenarnya mahu menghadiahkan penyanyi itu sebuah rumah dan sebidang tanah lot di Korea Selatan.
Wow, hebatnya ‘crush’ Jennie yang sorang ni.
Hasil ‘penyelidikan’ peminat tegar BLACKPINK iaitu, Blinks. Mereka menemui bukti bahawa lelaki ini mengusahakan perniagaan yang tidak baik. Malah Blink menasihati agensi, YG Entertainment melindungi penyanyi tersebut.
Kebanyakan filem di negara kita yang tidak mendapat sambutan penonton sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri sehingga berjaya menempatkan diri dalam pencalonan anugerah di luar negara.
Kali ini, sebuah lagi filem tempatan diiktiraf di luar negara apabila Miimaland diumumkan sebagai Filem Seram Terbaik bagi kategori filem cereka di AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada.
Filem lakonan Fattah Amin ini mengisahkan tentang sekumpulan pencipta kandungan yang menerima satu tawaran tugasan luar biasa bagi membuat aktiviti penggambaran di kawasan tapak taman tema hiburan yang terbiar lama iaitu Mimaland yang pernah popular sekitar tahun 80-an.
Sepanjang proses mendapatkan kandungan pelbagai perkara berlaku bahkan satu demi satu, ahli daripada kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjungi tempat tersebut dan tanpa disedari mereka juga menyeru semangat mistik di sana.
Miimaland mengalahkan empat filem lain yang turut bertanding iaitu ‘Dead Destination’ dan ‘Faith’ dari United Kingdom, ‘Edwin’ (Kanada) dan ‘Thousand of Years’ (Amerika Syarikat).
Pengarah filem tersebut, Nevin menjelaskan bahawa pihak produksi mereka hanya mencuba nasib dengan menghantar karya berkenaan ke beberapa festival filem luar negara, namun tidak menyangka ia beroleh kejayaan.
Walaupun filem ini mendapat pelbagai ulasan negatif daripada penonton dan pengkritik filem, namun Nevin dan team produksinya berbangga dengan kemenangan ini, sekali gus menjadi penanda aras bagi kejayaan mereka.
Selain itu, Nevin berkata filem berkenaan turut tercalon dalam beberapa festival filem antarabangsa seperti Portland Horror Film Festival, Brussels Independent Film Festival dan Europe Film Festival.
Inilah yang dinamakan rezeki tidak pernah salah alamat kan. Hiks!
Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah buat seluruh tenaga pekerja dan para pelakon yang menjayakan filem Miimaland ini.
Lepak kedai mamak mungkin kedengaran macam satu perkara biasa lebih-lebih lagi buat anak muda.
Satu yang bestnya port ni, korang lepak la berapa jam pun, tak akan ada pekerja mereka yang buat-buat nak kutip cawan dan faham-faham je la tu cara halus nak halau korang balik. Hiks!
Cuma, dalam sedar tak sedar, rupanya ada banyak kesalahan yang bersangkut paut dengan kedai mamak tak pernah kita tahu.
Berikut merupakan 7 undang-undang yang korang perlu tahu sekiranya berlaku apa-apa masalah atau kejadian buruk yang berlaku di kedai mamak.
1. Buat bising
Undang-undang: Seksyen 268 Kanun Keseksaan
“Individu yang disabitkan atas kesalahan gangguan awam yang menyebabkan kecederaan, bahaya dan gangguan kepada orang awam atau mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam”
Denda: Penalti am di bawah Seksyen 290 – RM400
Biasalah kalau lepak kedai makan dengan kawan-kawan mesti berborak tak ingat dunia. Namun, sekiranya ada yang sampai menghina dan memaki abang mamak tu, korang boleh didakwa ya.
Bukan itu saja, jika ada yang mengganggu dan masuk campur dalam beberapa kes yang serius seperti pergaduhan dan menyebabkan kecederaan, setidak-tidaknya korang tahu bahawa korang boleh mendapatkan bantuan polis.
2. Dengar muzik secara kuat
Undang-undang: (Seksyen 13 (1) (c) Akta Kesalahan Kecil 1955
“Memasang pembesar suara tanpa wayar atau apa-apa instrument lain yang mengeluarkan bunyi atau muzik yang kuat dan menyebabkan gangguan kepada pelanggan lain di kawasan itu”
Denda: RM100
3. Buang sampah merata-rata
Undang-undang: Seksyen 47 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974
Undang-undang tentang kesalahan ini sangat banyak dan merangkumi pelbagai situasi, tetapi pada dasarnya adalah menyalahi undang-undang untuk membuang sampah secara merata-rata.
Ramai rakyat Malaysia yang sudah maklum bahawa membuang sampah di merata tempat adalah menyalahi undang-undang, tapi tak ramai pula yang tahu kes ini sebenarnya adalah satu ‘jenayah’ juga di negara kita.
Pesalah boleh ditangkap polis walaupun tanpa waran. Namun, tak mudah untuk polis mengawal di serata tempat dan kerana itu ramai yang memandang mudah tentang kesalahan ini.
Denda: RM500 (RM1000 untuk kesalahan berulang)
4. Double parking
Undang-undang: Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987
“ Sekiranya mana-mana pemandu kenderaan yang menyebabkan bahaya, halangan atau ketidakselesaan kepada pengguna jalan atau lalu lintas yang lain, anda boleh disabitkan kesalahan”
Situasi double parking sering berlaku di tempat-tempat sesak, contohnya di kawasan kedai makan. Sudahlah double park, tapi tak tinggal pula nombor telefon. Kan dah menyusahkan orang lain.
Menurut Seksyen 48 (2), pihak berkuasa ada hak untuk clamp atau tarik kereta korang jika ia menyekat pengguna jalan yang lain.
Denda: RM1000-RM5000 atau sekurang-kurangnya 1 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
5. Buka kedai di tempat letak kereta
Gambar hiasan
Undang-undang:
A. Seksyen 9 (10) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (SDB)
“Tidak ada seorang pun yang boleh mendirikan atau menyelenggara apa-apa halangan di mana-mana jalan dan pihak berkuasa boleh mengangkut sekiranya berlaku situasi seperti ini”
Undang-undang:
B. Seksyen 46 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974
a) Mana-mana individu yang:
– Membina, mendirikan, menubuhkan atau menyelenggara apa-apa dinding, pagar, rel atau halangan lain di mana-mana tempat awam;
Denda: Seksyen 9 (10): Penalti am sehingga RM2000 + kos mengangkut halangan (gerai)
Seksyen 46: RM500 (RM1000 untuk kesalahan berulang)
Undang-undang ini bagi mereka yang mempunyai premis perniagaan dan bukanlah dikenakan kepada para pelanggan. Confirm korang selalu nampak kedai mamak yang tambah kerusi dekat bahagian luar kedai kan?
6. Meludah
Undang-undang: Seksyen 15 (1) (d) Akta Kesalahan Kecil 1955
“Mana-mana individu di kedai kopi, kedai makan, premis sekolah atau tempat-tempat awam seperti perhentian bas, boleh dikenakan denda”
Denda: RM100
7. Mabuk di tempat awam
Undang-undang: Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955
“Mana-mana individu yang didapati mabuk dan tidak mampu menjaga dirinya sendiri atau melakukan perbuatan yang tidak senonoh di tempat awam, boleh dikenakan hukuman”
Denda: RM25 atau penjara sehingga 14 hari (RM100 atau penjara 3 bulan; atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berulang)
Nampak macam perkara remeh, tapi sebenarnya setiap kelakuan korang yang dianggap menyalahi undang-undang di tempat awam boleh disabitkan kesalahan dan di denda.
Undang-undang ini bukan hanya untuk pengunjung kedai mamak saja, tapi ia merangkumi semua kesalahan yang dilakukan di tempat awam.
Jangan ada yang berani lagi nak buat macam-macam k?
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...