Nampaknya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak pantas dalam menjalankan tugas apabila bertindak mengambil tindakan terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia 9 tahun yang tular membawa kereta pagi tadi.
Tahniah, diucapkan!
Polis mengambil tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kereta selepas didapati membenarkan kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak di bawah umur.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, tindakan itu diambil susulan tular sebuah video di Facebook (FB) yang menunjukkan seorang kanak-kanak memandu kereta dipercayai berlaku di daerah ini.
"Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta serta kanak-kanak terbabit.
Ads
"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berlaku di Kampung Bongek, Rembau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini tular video kanak-kanak lelaki memandu Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.
Ads
Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bahawa bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video berkenaan.
Hadap satu lagi pertuduhan
Anuar Bakri berkata, satu laporan polis dibuat dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Ads
Menurutnya, kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.
Katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu berkenaan.
"Saya berharap agar masyarakat dapat terus membantu dan sentiasa menyalurkan maklumat kepada polis," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak episod program Late Night With Seth Meyers keudara di saluran NBS lewat Isnin minggu ini, ramai penonton dan penduduk dunia meluahkan rasa khuatir mereka di platform media sosial.
Ia berikutan kenyataan yang keluar dari mulut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menjadi tetamu program temubual tersebut mengenai aspek keselamatan yang berbaur pro-Israel.
Menurut Biden, beliau berpendapat Israel perlu untuk mempertahankan ‘negara’ yang mereka jajahi sejak tahun 1948 demi memastikan penduduk Yahudi di dunia akan terus hidup dengan selamat.
“Anda tidak perlu menjadi seorang Yahudi untuk menjadi Zionis.
“Saya seorang Zionis. Jika tidak ada Israel, tiada seorang pun orang Yahudi di dunia ini akan selamat,” kata beliau yang terlebih dahulu menolak seruan genjatan senjata dan peperangan yang dilaungkan oleh pemimpin dunia terhadap konflik Palestin-Israel.
“Ramadan bakal menjelang dan terdapat persetujuan daripada pihak Israel untuk tidak terlibat dalam aktiviti sewaktu Ramadan demi memberikan kami masa untuk berusaha melepaskan tebusan di sana.
“Ia juga memberi masa untuk banyak negara-negara Arab bersedia turut bergerak ke arah yang sama (dengan Amerika Syarikat). Sebagai contoh, Arab Saudi sudah bersedia untuk mengiktiraf Israel (sebagai sebuah negara). Juga Jordan (dan) Mesir serta enam negara lain. Saya sedang berunding dengan Qatar,” katanya.
Tambah Biden lagi, beliau akan terus perjuangkan rundingan untuk genjatan senjata sementara sebagai jalan penyelesaian dua negara tersebut.
Biden percaya Amerika Syarikat boleh menjamin keselamatan Israel dan penduduknya serta membebaskan Palestin.
Klik pautan di bawah bagi menonton temubual penuh Biden bersama Seth Mayers.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia digital kini telah menjadikan ‘peta dunia’ semakin kecil. Maksud REMAJA, kita kita berpotensi untuk berkenalan dengan ramai orang dari seluruh dunia dengan hanya menggunakan Internet dan aplikasi cari jodoh yang ada terutamanya aplikasi Tinder.
Dokumentari yang dikeluarkan oleh Netflix baru-baru ini boleh dikatakan sangat hebat dan menarik untuk ditonton terutamanya para wanita.
‘The Tinder Swindler’ berceritakan mengenai kisah penipuan seorang lelaki bernama Simon Leviev yang digelar sebagai The Tinder Swindler kerana dia telah menipu ramai wanita sehingga $10 juta (RM41,895,000) menerusi aplikasi tersebut.
Simon atau nama sebenarnya Shimon Yehuda Hayut mendakwa dirinyaanak jutawan berlian Israel iaitu Lev Leviev dan memiliki kekayaan yang maha banyak.
Tapi itu hanyalah ‘lakonan’ lelaki ini sahaja. Sebenarnya Simon Leviev iaitu bintang utama filem dokumentari The Tinder Swindler ini merupakan seorang pelarian. Simon telah meninggalkan negara asalnya iaitu Israel pada tahun 2011 kerana tidak mahu menghadiri perbicaraan mahkamah atas beberapa jenayah berkaitan penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan kemudiannya berpindah ke Finland.
Shimon menukar namanya secara sah kepada Simon Leviev pada tahun 2011 walaupun dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keluarga taikun berlian Leviev.
Pada tahun 2015, Simon telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana telah menipu tiga orang wanita. Dia bertemu Cecilie Fjellhoy selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2017.
Modus operandi Simon Yang Sama
The Tinder Swindler mengisahkan tiga orang wanita iaitu Cecilie, Pernilla Sjoholm dan Ayleen Charlotte yang mempunyai pengalaman hampir serupa dengan Simon.
Mereka berkenalan menerusi Tinder, bertemu dan menjalani hubungan jarak jauh bersama lelaki tersebut. Berbeza dengan Cecilie dan Ayleen yang bercinta dengan Simon, Pernilla hanya berkawan baik bersama lelaki itu.
Ketiga-tiga wanita itu melihat gaya hidup mewah Simon seperti memiliki jet peribadi, kereta sport, baju berjenama, hotel mahal dan sering mempunyai urusan perniagaan.
Simon juga sering memberi hadiah dan mencurahkan kasih sayang kepada wanita-wanita itu dan sanggup terbang semata-mata untuk minum kopi atau makan malam bersama pasangannya.
Apabila mereka semakin rapat, Simon mula membuka cerita tentang perniagaan berliannya yang berbahaya dan musuh-musuhnya yang didakwa mahu menghancurkan dirinya.
Simon kemudiannya ‘menjerat’ wanita itu dengan berkata dia sering dalam keadaan bahaya dan mendakwa telah diserang musuh. Lelaki itu akan menghantar gambar pengawal peribadinya cedera parah akibat diserang dan kini berada di dalam ambulans kepada mangsanya.
Semua mangsa Simon diberitahu bahawa lelaki itu telah ditemui oleh ‘musuh-musuhnya’ dan dia telah block kad kreditnya untuk menyelamatkan dirinya daripada serangan musuh.
Simon kemudiannya akan meminta wanita-wanita itu membuat kad kredit baharu dan pinjaman peribadi di atas nama mereka supaya dia tidak dapat dikesan serta menempah beberapa tiket penerbangan.
Wanita-wanita itu menuruti arahan Simon dengan harapan lelaki berkenaan akan mengembalikan wang tersebut kepada mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dokumentari itu turut mendakwa Simon akan menggunakan wang daripada mangsa terdahulu untuk berseronok bersama wanita lain.
Apa yang lebih menyedihkan adalah Simon dikatakan sudah memiliki kekasih baharu dan kembali hidup kaya raya seperti dahulu walaupun telah disekat daripada menggunakan Tinder tetapi Cecilie, Pernilla dan Ayleen masih lagi membayar beban hutang yang ditinggalkan lelaki itu kepada mereka.
Tonton trailer The Tinder Swindler di bawah.
Hati-hati ye kerana dunia kini semakin ‘bahaya’, takut nanti bukan hanya hati terluka malah duit dan nyawa juga mungkin terancam. Seperti mana, dokumentari dari kisah benar ‘The Tinder Swindler’ di Netflix ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak sangat hari istimewa yang nak di rai, kalau semua nak kena beli hadiah memang boleh kering poket.
Mana taknya, harga flower atau chocolate bouquet pun dah boleh cecah hingga beratus ringgit.
Jadi, kalau nak lebih jimat apa kata DIY sendiri dengan cara mudah yang dikongsi oleh Siti Nurfariha di laman facebooknya.
Bahan-bahan yang diperlukan
1. Coklat
2.Lidi
3.Span kering (satu span panjang potong kepada dua bahagian)
4.Ribbon
5.Gunting
6..Tali
8.Sugar paper (hitam)
Step pertama
1. Gam kan coklat pada lidi (boleh guna cellotape/hot glue untuk lebih kukuh)
2. Gam satu persatu sampai habis
3. Hasil coklat yang dah digam
4. Cucuk coklat yang sedia digam pada span (gubah ikut kreativiti/boleh rujuk macam contoh di atas)
Step kedua
Gunting sugar paper kepada dua bahagian
*Sediakan dua keping sugar paper
1. Guna sebagai alas
2. Guna untuk balut keliling
Step ketiga
1. Lipat separuh seperti dalam gambar
2. Terbalikkan kertas yang dilipat seperti dalam gambar
3. Lekatkan bahagian yang dilipat dengan satu bahagian kertas lagi menggunakan cellotape
Step keempat
Alaskan coklat tersebut dengan sugar paper dan balut coklat seperti dalam gambar. Lilitkan cellotape pada bahagian tersebut. Pastikan lilit pada tempat yang ada span.
Step kelima
Ambil satu keping kertas lagi dan potong kepada dua bahagian juga. Ambil satu bahagian dan letak kertas tersebut pada bahagian atas coklat seperti dalam gambar.
Step keenam
Ikat guna tali seperti ini.
Step ketujuh
Akhir sekali, letakkan ribbon yang telah siap dibuat. For beginner, korang boleh ikat guna reben biasa pun okay.
Inilah hasilnya.. Siap!
Nampak senang je kan? Apa lagi, jom try..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!