Isu basikal lajak terus menjadi polemik di kalangan rakyat Malaysia. Isu ini bukalah satu isu yang baru tapi kembali menjadi ‘panas’ apabila tragedi hitam 8 remaja basikal lajak yang dilanggar mati diputuskan mahkamah baru-baru ini.

Terkini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan lantang bersuara mengenai isu yang kian meruncing ini. Menurut beliau mengecam dan menghukum bukan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Menteri ‘Mat Lajak’
Syed Saddiq sempat memuat naik satu posting di laman instagramnya, menurut beliau, gara-gara pertahankan remaja-remaja ini dia di label ‘Menteri Mat Lajak’ .
“Menteri Mat Lajak”
Saya dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing & bukan menghukum.
Dari terus menghina mereka, saya pilih untuk melatih mereka dengan pendidikan TVET.
Dari terus mengecam mereka, saya pilih untuk mendidik mereka tentang keselamatan jalan raya.
Dari terus mencaci mereka, saya pilih untuk memasukkan mereka ke Program Pembangunan Berbasikal Negara.
Segelintir dari kita suka menghukum dan gagal untuk membimbing. Mereka perlukan bantuan kita semua. Mereka ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Saya akan terus mendekati komuniti ini.
Saya mahu mereka jadi anak anak yang berjaya.
Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat & mengasah bakat mereka dengan cermat.
Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang. Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan.
Let us all find a way to lend a helping hand in guiding these youths to success. We owe it to Malaysia!,”

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan hobi kumpulan basikal lajak boleh disalurkan dengan cara yang lebih positif dan bermanfaat tanpa bertindak mendiskriminasi dan mengenepikan mereka.
Justeru itu, remaja yang terbabit dalam kegiatan basikal lajak akan dimasukkan ke Program Pembangunan Berbasikal Negara bagi mengasah bakat mereka seterusnya mampu mengharumkan nama Malaysia dengan sukan berbasikal.

Remaja memerlukan bimbingan
Bukan sahaja mendekati kelompok terbabit malah kementerian itu menganjurkan latihan khusus kepada kumpulan yang berminat dengan sukan basikal dengan menyediakan litar yang sesuai dan alat keselamatan lengkap.

Anda mungkin berminat dengan
Dilihat berpotensi menjadi pelumba mewakili Malaysia
Menurut Syed Saddiq, selain bengkel latihan serta pelatih profesional, beliau turut menyarankan individu gemar mengubahsuai basikal lajak dihantar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).
Memetik petikan Sinar Harian, dalam masa yang sama, Menteri Belia Dan Sukan itu juga turut mendapatkan pandangan beberapa pihak berhubung inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi menyalurkan minat kumpulan basikal lajak, tanpa mengenepikan aspek keselamatan.
Netizen Bersetuju Dengan Tindakan Syed Saddiq




Apapun bagi penulis bagus tindakan Menteri muda kita ni dan mendoakan yang terbaik untuk remaja-remaja basikal lajak ni, mana tahu kumpulan basikal lajak ini 10 tahun lagi jadi “The Pocket Rocketman” Malaysia yang ke 2. Who knows?
Sumber : Instagram, Twitter Syed Saddiq, Sinar Harian
∞
Datuk Wira Lee Chong Wei bukanlah nama asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Sumbangan beliau dalam sukan badminton negara amatlah besar dan beliau juga boleh digelar sebagai living legands.
Semua tahu, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan seteru yang saling membenci di arena badminton, namun mereka juga merupakan sahabat baik.
Jika sebelum ini Lin Dan pernah meluahkan rasa sedih apabila Lee Chong Wei umum bersara, kini giliran sahabatnya ini pula meninggalkan gelanggan dunia badminton ini.
Legenda jaguh badminton yang juga wira negara, Datuk Wira Lee Chong Wei telah mencuri perhatian para netizan dan menjadi bualan ramai. Bekas jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei turut menitipkan kata-kata istimewa kepada jaguh China itu menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi posting terbarunya di Instagram, beliau telah memuat naik foto bersama Lin Dan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis beliau. Walaupun kapsyen tersebut agak ringkas tetapi ia agak lucu sehingga berjaya mencuit hati warganet.
“From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.” tulisnya.
Mengikut kefahaman, kapsyen tersebut membawa maksud perkenalan mereka dalam dunia sukan ini bermula sejak kecil sehinggalah kini mereka berdua sudah bergelar seorang bapa.


Perkongsian tersebut telah menerima hampir ratusan ribu tanda suka dan lebuh 1 ribu komen. Rata-rata warganet terhibur dengan kapsyen yang ditulis dan menyifatkan Datuk Wira Lee Chong Wei dan Lin Dan sebagai hero badminton dunia.
Kelakarlah Datuk ni, tak pernah tak win caption dia di media sosial. Apa pun terima kasih Datuk buat kami terhibur dengan caption Datuk tu. Datuk memang sempoi lah!
∞
Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.
Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.
Tertuduh didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.
Sumber : Astro Awani
∞
∞