Pada zaman dulu, remaja akan hidup dalam dunia fairytale mereka. Pasangan di sekolah itulah pasangan seumur hayat mereka.
But things have definitely changed. Kini, ramai yang mendapati sukar untuk mempertahankan hubungan dengan pasangan.
Guys, kalau bergaduh manja itu biasalah. Malah momen sebegitu yang sebenarnya menjadi tali pengikat kamu berdua.
Namun kalau hubungan itu obviously sudah merenggang, mungkin ada isu yang perlu diselesaikan jika kamu masih sayangkan hubungan tersebut.
Jom cuba beberapa tip yang mungkin boleh menjadi jawapan kepada masalah yang ada.
01
Jangan sesekali tunggu dia mengambil thefirst step. Jika kamu yang ingin selematkan hubungan, kamulah yang mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dengannya.
Semasa berbincang, jangan mudah tenggelam di dalam emosi yang tak stabil. Pastikan kamu berdua setkan peraturan untuk tidak sesekali marah kepada pasangan sebelum sesi perbincangan bermula.
Ads
02
Biarkan dia bercakap terlebih dahulu. Sebelum kamu ingin dia mendengar your side of the story, biarkan dia luahkan apa jua alasannya untuk tidak lagi melayan dan mencintai kamu seperti sebelum ini.
Usah pantas argue atau menyampuk semasa dia berhujah. Fahami poin si dia dan pastikan minda terbuka ketika mendengar.
03
Sebenarnya, menjarakkan diri selama beberapa hari selepas bergaduh dengan pasangan adalah idea yang menyihatkan. Tapi, janganlah pula hilang tanpa khabar secara tiba-tiba.
Ads
Hubungan tak akan ke mana jika masing-masing lari daripada masalah. Cuba bayangkan kalau kamu ada masalah dengan bank, tak kanlah nak isytihar bankrup terus! Mesti korang cari solusi dulu walaupun memang sakit sedikit.
04
Selalunya,pasangan akan bagi alasan tak ada perasaan sayang dah. Eh, macam familiar je! Hehe..
Rasa bosan itu kebiasaanya memang akan datang dalam hubungan apabila masing-masing tak nak berusaha. Kamu kenalah ready untuk commit masa untuk si dia. Cuba perkara baru dengan dia, cuba pergi tempat baru dengan dia.
Kalau bukan buat semua benda tu dengan pasangan, kamu nak buat dengan siapa lagi?
Ads
05
Manusia memang pentingkan diri sendiri.THERE, that is a fact and it should be accepted by all. Manusia memang akan selamatkan diri sendiri sebelum memikirkan orang lain. Kita akan cuba salahkan pasangan sebelum diri sendiri.
Di sinilah masa kamu duduk dan cuba untuk muhasabah diri. Belajar untuk leraikan ego dan katakan ucapan maaf.
Mengalah tak bermaksud kamu lemah atau kamu yang bersalah.
Tetapi, mengalah itu bermaksud kamu lebih sayangkan pasangan dan hubungan kalian.
Jika memang sudah takdirNya lebih baik untuk berpisah, maka akan berpisah juga. Selesaikan dengan baik dan move on. Namun, jika hubungan masih boleh diperbaiki, why not fight for it.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan komposer terkenal, Amylea Azizan kini bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad.
Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.
Dalam majlis secara tertutup, penyanyi lagu popular Tetap Kamu itu menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung serta hantaran bernilai RM8,888.
Selain itu, Amylea menerusi kenyataan media bersyukur kini bergelar isteri. Katanya, tanpa disangka perkenalan secara singkat itu berakhir ke jenjang pelamin.
“Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perkenalan saya dengan suami bermula dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu.
“Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya. Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya,” katanya.
Sempena pernikahan, penyanyi berusia 37 tahun itu tampil dengan single baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran didedikasikan khas buat suaminya.
Amylea berkata, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu suatu masa nanti.
Masih tidak terlewat untuk ucapkan tahniah buat Nynaa & suami!
Bagaikan sudah lama tidak mendengar khabar peserta Dewi Remaja 2019 seorang ini. Seorang yang pandai ‘berahsia’ juga ya, akhir bulan lalu aktres cantik manis ini memaklumkan dirinya sudah berbadan dua dan menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon Nynaa Harizal berkongsi khabar gembira apabila sudah genap tujuh hari dia dan suami tercinta yang juga usahawan, Fahmi Ilyas, menimang cahaya mata pertama mereka.
Dalam hantaran dibuat Top 3 Dewi Remaja 2019 itu, bayi yang tidak didedahkan jantinanya selamat dilahirkan pada 29 Januari lalu.
“Alhamdulillah for everything. 29.1.23 , #7DaysOld,” coret bintang meningkat naik itu.
Khabar gembira berkenaan turut diumumkan suaminya menerusi platform yang sama, dengan memaklumkan mereka kini sudah bertiga.
“Now we are three…. 29.1.2023,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tentunya kehadiran orang baharu sekaligus menyuntik rasa teruja para pengikutnya termasuk rakan artis yang mendoakan ibu dan anak dalam keadaan sihat selain tidak sabar melihat wajah bayinya itu yang masih belum didedahkan umum.
Untuk rekod, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.
Penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang bapa.
“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah”
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis, peminat dan pengikut MK mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan Hajar!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alyssa Dezek mencuri perhatian apabila berjaya meraih 9A bagi SPM 2025 sekaligus membuktikan tidak salah untuk seorang remaja sambil mengimbangi kerjaya dan pelajaran.