Tidak terlambat lagi untuk Remaja ucapkan tahniah buat pengantin baharu, MK K-Clique dan isteri tercinta!
Tanggal 16 Jun lepas, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin,dengan sekali lafaz.
Hingga hari ini, pasangan merpati dua sejoli itu masih menerima perhatian ramai selain menjadi bualan ramai di media sosial.
Terbaharu, sekali lagi pasangan tersebut meraih perhatian warganet apabila jurusolek isteri penyanyi itu yang dikenali sebagai Nurul MF tampil mendedahkan MK memintanya untuk melabuhkan sedikit tudung yang digayakan isterinya sewaktu melangsungkan majlis resepsi.
Ads
Perkara tersebut dikongsikan jurusolek tersebut menerusi sebuah perkongsian klip video di platform Instagram miliknya.
“Kak, minta tolong labuh kan lagi tudung isteri saya’- MK K-CLIQUE. Alhamdulillah, you are in the right hand Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua @hairiwhuut @hajaarsiti,” coretnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen murni selain memuji peribadi serta akhlak Siti Hajaar yang disifatkan sebagai seorang wanita yang sopan. Malah, ada juga segelintir yang memuji tindakan MK yang berusaha menjaga aurat isteri tercinta.
Ads
“Tak jemu lihat wajah isterinya si MK ini.. manis, lembut… kita yang perempuan pun jadi terpegun tengok,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah, suami yang menjaga aurat isteri,” komen juga pengguna lain.
“Walau rappers.. tetap utamakan Allah.. utamakan aurat isteri… Salute,” tulis warganet lain.
Terdahulu, spekulasi penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon, Trisha Ooi baru-baru ini mencuri perhatian selepas berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan tinju antarabangsa, All Star Championship: Dubai Edition yang berlangsung di Dubai, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di pentas global. Kejayaan tersebut bukan sahaja mengejutkan para peminat, malah membuktikan kesungguhan serta komitmen tinggi beliau dalam menceburi sukan tempur itu secara serius.
Menerusi perkongsian Trisha atau pemilik nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi di Instagram, beliau meluahkan rasa syukur atas pencapaian luar biasa tersebut selain mengakui masih cuba menghadam detik kemenangan yang diraih.
Menurut Trisha, kejayaan itu bukan sekadar kemenangan biasa, sebaliknya simbol kepada segala pengorbanan dan usaha keras yang dilalui sepanjang tempoh latihan intensif.
“Ini bukan sekadar satu pertarungan. Ini adalah hasil pengorbanan selama berbulan-bulan, disiplin, air mata, dan usaha menolak diri melangkaui batas yang saya sendiri tidak pernah sangka mampu capai,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
“Ada saat saya berasa penat, ada ketika saya ragu-ragu, dan ada juga waktu saya hampir mahu berhenti, tetapi saya tetap lakukannya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri One Cent Thief itu juga sempat mendedikasikan kemenangan berkenaan kepada ibunya serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang perjalanannya.
Untuk info, All Star Championship: Dubai Edition merupakan kejohanan tinju berkonsepkan pempengaruh pertama di dunia yang menghimpunkan seramai 16 peserta dari tujuh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia dalam satu platform sukan kompetitif yang unik.
Difahamkan, pertandingan tersebut berlangsung di Round 10 Boxing Club, Dubai, menyaksikan Trisha berjaya menewaskan wakil Indonesia, Dinda Anwar dalam kategori flyweight sekaligus membawa pulang tali pinggang ke tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal, Fazura mencuri perhatian apabila tampil mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan berhemah dalam berkongsi pendapat di media sosial.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (43) berkongsi luahan yang menyentuh tentang pentingnya menjaga tutur kata dalam era media sosial yang semakin terbuka hari ini.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura memulakan dengan sapaan mesra kepada para pengikutnya sebelum menegaskan bahawa setiap individu sememangnya berhak untuk mempunyai pandangan masing-masing.
“Selamat pagi semua. Ingat, kita semua berhak untuk mempunyai pendapat sendiri dan saya menerimanya dengan penuh kasih sayang”
“Namun, saya berharap kita juga dapat lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata kerana ia mencerminkan niat sebenar kita, lebih-lebih lagi apabila saya telah menyaksikan perkara ini sejak sekian lama,” katanya
Tambahnya lagi, walaupun sikap menyokong, prihatin dan melindungi seseorang itu adalah sesuatu yang baik, ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga boleh mengguris perasaan orang lain.
“Kita boleh untuk menyokong, mengambil berat dan melindungi, tetapi jika ia dilakukan secara berterusan hanya untuk menyakiti seseorang secara terang-terangan berdasarkan andaian sendiri, ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik dan akhirnya merosakkan persahabatan,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, Fazura turut menegaskan bahawa penggunaan kata-kata yang tidak berhemah boleh memberi kesan yang lebih besar daripada yang disangka, terutama apabila ia melibatkan persepsi dan andaian yang tidak sahih.
Jelas beliau, setiap individu perlu lebih peka dalam menyampaikan pandangan agar tidak menimbulkan salah faham atau konflik di media sosial. Selain itu, pelakon filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ dan ‘Kayangan’ itu turut mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan sikap empati dalam setiap penulisan atau komen di platform digital.
Menutup perkongsian, Fazura mengingatkan bahawa nilai kebaikan masih sangat penting untuk terus diamalkan dalam setiap interaksi harian, khususnya di ruang maya yang sering terdedah kepada salah guna, di samping menyeru orang ramai agar sentiasa bersikap baik antara satu sama lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah sebuah grup lelaki paling berjaya di dalam sejarah muzik Britain yang dianggotai oleh empat lelaki kacak iaitu Nicky Byrne, Shane Filan, Kian Eganand Mark Feehily khabarnya bakal terbang ke Malaysia pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert.
Difahamkan, tiket konsert mereka akan mula dijual secara atas talian bermula pada 11 Oktober jam 11 pagi. Walau bagaimanapun, para peminat juga boleh mendapatkan tiket pra-jualan yang akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022, 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.
Detail Konsert “Westlife The Wild Dreams Tour in Malaysia” :
Tarikh: 23rd & 24th Feb 2023
Masa: 8.30PM
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Harga tiket: RM884, RM794, RM594, RM494, RM394, RM294
Kumpulan ini hits dengan beberapa buah lagu seperti If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream, Queen Of My Heart, When You’re Looking Like That, You Raise Me Up, Unbreakable dan lagu ikonik mereka iaitu Flying Without Wings. Ia seakan-akan membawa kita kembali ke zaman lewat 90-an di mana lagu-lagu mereka sering dimainkan di corong-corong radio.
Tidak keterlaluan untuk REMAJA simpulkan bahawa Westlife masih lagi memiliki aura sebagai grup lelaki yang boleh menandingi grup popular masa kini. Kehadiran kumpulan berkenaan pasti dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya di Malaysia memandangkan rata-rata membesar dengan mendengar lagu-lagu mereka setiap hari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!