Tiada angin tiada ribut, pemilik nama penuh Nurul Hanynaa Harizal kini dilaporkan sedang sarat mengandung apabila bertemu dengan media di sebuah majlis hiburan. Lebih mesra dipanggil Nynaa, dia dilaporkan sedang menghitung hari untuk menantikan kelahiran anak sulungnya lantaran sudah memasuki bulan kesembilan kandungan.
Walaubagaimana pun, wanita anggun berusia 27 tahun itu belum lagi bersedia untuk ditemubual lebih lanjut tentang perkara tersebut dan akan berkongsi setelah melahirkan kelak.
Sebelum ini Nynaa telahpun berkahwin dengan ahli perniagaan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika penggambaran sebuah drama.
Ads
Nynaa kemudian dilaporkan bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November 2021 dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat. Pasangan sama cantik dan sama padan ini mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Ads
Merupakan salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2019 anjuran REMAJA, ketika itu Nynaa berjaya bergelar pemenang tempat ketiga. Antara rakan selebriti seangkatan dengan dirinya ialah Shaza Bae yang merupakan juara edisi tersebut.
Kini jika anda rindukan lakonan si cantik ini, Nynaa muncul dengan naskah Kau Cipta Kasih yang kini sedang disiarkan untuk slot Samarinda di saluran TV3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru saja selesai diumumkan barisan 12 finalis Pencarian Dewi Remaja 2018, sudah timbul pula kontroversi bila mana produser terkenal Michael Ang memberi komen kepada setiap peserta yang dipilih.
Menerusi laman instagramnya, Michael membuat serba sedikit ulasan tentang personaliti finalis akhir Dewi Remaja.
Jom kita tengok apa kata Michael Ang..
My fav la Aku rasa cantik. Joblin patut masuk miss universe or world la sia sia aje masuk dewi! Areena ini akan jadi modal untuk org kesian n menangis.
My second fav dua dua ni stock akan jadi pelakon harap2 tak kayu n bimbo!
Buang masa aje masuk, menang tak kan menang. Dah famous pun lagi baik buat job luar.
Ini pun stock pelakon mcm @jannanick buat role perempuan tak berapa nak perempuan. Girl2 brutal gitewww! Cantik jugak
Wow ni kalau boleh berlakon mesti laku jadi perempuan jahat dlm beriman aka berselindung di sebalik kaabah! Mata dia mcm boleh bunuh org kalau kau buat salah dgn dia!
Ok ini stock @aydajebat ciplak! Hmmm tak ke mana kot! Next pls
Ini contestant untuk cukup syarat aje. Sorry to say stock stock extra berdialog
Cuma kami nak betulkan, Afiefi Riani adalah finalis top 20. Yang terpilih ke top 12 adalah Affie Rania. Hiks!
Mak oiiii! Apo pipi tu mcm dah terover inject botox simen ni! Tak baik post gambar dia mcm ni. Gambar Instagram dia lagi cantik
Tidak!!!!!!!!!! Ini Aku guranteeeeeee 100% di masukkan untuk org kecam n menyampah! Ini bukan dah tahap ciplak tapi tahap Clone @neelofa Cuba jadi diri sendiri dik! Guranteeeeee100% tak kan menang tapi akan byk org mengata!
Walau bagaimanapun, ini hanya berdasarkan first impression Michael saja. Kami menerima komen dan pandangan ini dengan hati terbuka serta ingin berterima kasih kepada Michael Ang kerana sudi memberikan perhatian kepada finalis-finalis Pencarian Dewi Remaja tahun ini.
Semoga dengan kritikan ini memberikan semangat untuk mereka bangkit dan buktikan yang sebenarnya mereka memang layak berada di sini.
Kami memilih berdasarkan potensi, bakat dan personaliti mereka. Rasanya tak adil kalau kita nak judge mereka terlalu awal. So, sama-sama kita beri peluang buat mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam industri seni tanah air.
Good luck girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya korang rasakan perempuan tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri, well, fikir semula!
Jika pada minggu pertama, para finalis pencarian Dewi Remaja 2022 telahpun diuji dengan cabaran melibatkan stail fesyen serta gaya kecantikan masing-masing. Tentunya mereka tidak menyangka pada minggu ini, cabarannya bertukar 180 darjah apabila perlu memasuki gelanggang Muay Thai. Persoalannya, adakah stamina finalis kali ini kekal kuat sewaktu beraksi dalam cabaran fizikal?
Haa, nasib baik mereka telah melakukan persiapan rapi terlebih dahulu sebelum masuk gelanggang.
Finalis telahpun bertemu dengan penyanyi, Farisha Iris yang juga merupakan ikon jenama Kinohimitsu Malaysia bagi mendapatkan tip dan teknik mengekalkan momentum tenaga serta fokus sewaktu bersama jurulatih dan juri tetap, Rozita Che Wan pada minggu ini.
Ujar Farisha, sebelum beraksi finalis perlulah terlebih dahulu mendapatkan sumber khasiat dalaman dan luaran yang berkesan serta selamat untuk diambil. Itulah sebab mengapa Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakanidisyorkan kepada semua finalis.
Produk yang boleh sedia diminum tanpa proses penyediaan yang leceh ini menggunakan sarang burung tulen, Kacip Fatimah dan buah Manjakani. Tidak sangka botol sekecil ini boleh menggabungkan rahsia kecantikan Oriental dengan ramuan tradisional Melayu yang lengkap dengan nutrien dan pada masa yang sama, menyerlahkan aura wanita mereka.
Setiap kotak Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani didatangkan dengan 6 botol kecil di dalamnya.
Apabila Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani diambil secara tetap, mereka terus boleh merasakan kesan istimewa yang ada padanya. Selain menggalakkan kulit kekal muda, berseri dan halus, ia juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan di mana fungsi imunisasi disokong baik dan sistem pernafasan juga lebih teratur.
Pengambilannya secara konsisten bagi para wanita mampu mengekalkan kesihatan dalaman wanita. Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani juga tidak mengandungi bahan peluntur, pengawet, pewarna dan perisa. Segalanya-galanya datang secara semulajadi bagi memberi kesan terbaik kepada korang termasuklah kandungan Sarang Burung , Rumpai Laut, Kacip Fatimah, Manjakani dan Air Gula Batu.
Patutlah semua finalis nampak bersedia sebelum bertarung! Dah minum Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani rupanya..
Lasak Bersukan Tidak Semestinya Jadikan Kulit Gelap & Kusam
Tidak cukup dengan itu, Farisha juga telah kongsikan satu lagi rahsia kulitnya yang sentiasa cerah dan sihat saja. Iyalah, Farisha pun aktif juga bersenam, tapi bagaimana kulitnya tidak terjejas ya?!
Haa, kata Farisha bagi memastikan kulitnya cerah secara menyeluruh dan sentiasa tampak muda, dia mengamalkan pula Kinohimitsu Snow Activ. Ia merupakan formulasi pemutihan yang diperkaya dengan tujuh bahan aktif untuk mencerahkan keseluruhan tubuh termasuklah bahagian hiperpigmentasi ‘degil’ seperti di garis leher, garis bawah payudara, ketiak, siku, lutut dan peha dalaman.
Setiap paket Kinohimitsu Snow Activ didatangkan dengan perisa minuman campuran anggur dan buah beri.
Selain itu, Kinohimitsu Snow Activ juga mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) yang merbahaya demi menghalang pembentukan melanin serta melambatkan proses penuaan. Lebih istimewa apabila setiap paketnya juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi demi mengekalkan keremajaan kulit.
Cara minumnya pun senang! Campurkan satu paket Kinohimitsu Snow Activ dengan 80ml air dan ambilnya sebelum sarapan pagi.
Korang pun boleh menjadi seperti Farisha dan finalis Dewi Remaja 2022 dengan mendapatkan kedua-dua produk ini pada hari ini!
Jangan lupa untuk terus menonton setiap episod program Dewi Remaja 2022 dan IMBAS Kod QR pada skrin bagi mendapatkan Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani atau Snow Activpada harga RM30 SAHAJA. Promosi ini hanya terhad sewaktu program berlangsung dari 9 malam hingga 12 tengah malam, setiap Sabtu sewaktu program Dewi Remaja 2022 ditayangkan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di saat ramai yang ternanti-nantikan peluang untuk ke kota suci Mekah bagi menunaikan ibadah terutamanya dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, personaliti yang pernah dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah menerima panggilan Ilahi untuk ke sana bersama suami tercinta.
Untuk pengetahuan, Balqish Maarif, 32 kini sedang bermastautin dan menetap bersama suami di Saudi Arabia sejak 5 tahun yang lalu.
Justeru, tidak hairanlah apabila dia berkesempatan untuk menunaikan umrah sempena 1 Ramadan semalam.
Menerusi hantaran di Instagram, Balqish menunjukkan perjalanan menuju ke kota Mekah dengan menaiki kenderaan sendiri dan berhenti di perhentian bas Kudi. Tiada jemaah yang dibenarkan untuk memandu kenderaan sendiri ke Masjid al-Haram.
“Dari perhentian tersebut, kami dan jemaah lain beratur seterusnya menaiki bas dari sana.
“Untuk menunaikan umrah, hanya rakyat Saudi Arabia yang sudah menerima dos vaksin saja dibenarkan.
“Selain itu, di dalam passport kesihatan kami juga perlu menyatakan bahawa kami sudah diimunisasi. Melainkan jemaah telah mempunyai dua perkara ini, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki ke kota Mekah,” kongsi Balqish semasa ditemu bual oleh REMAJA.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, sebaik sahaja tiba di Masjidil Haram untuk ibadah Tawaf dan seterusnya mengerjakan Saie, masa yang diberikan hanyalah satu jam setengah sahaja.
Dan setiap jemaah akan menerima notifikasi kebenaran selama tiga jam saja untuk berada di sana.
“Kami sempat untuk mengerjakan solat Asar selepas menamatkan dua ibadah tersebut. Secara tak langsung, ia memberi kami ekstra setengah jam di sana.
“Biarpun jemaah tidak seramai kebiasaan pada bulan Ramadan tahun lalu, pihak pengurusan masih menjaga penjarakan di antara kami. Jemaah akan bergerak di atas garisan yang ditetapkan pada jarak yang telah dikira.
“Qish rasakan ini adalah Umrah yang paling tidak mempunyai sebarang sentuhan di antara jemaah,” katanya.
Seronoknya bila melihat seseorang berpeluang untuk mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan, terutamanya dalam keadaan pandemik sekarang.
REMAJA doakan agar Umrah Balqish dan suaminya mabrur serta mereka diberikan kesihatan terbaik.