Biarpun filem terakhir dalam siri To All The Boys di Netflix telah melabuhkan tirai Februari lalu, rasa rindu terhadap pasangan Lara Jean (lakonan Lana Condor) dan Peter Kavinsky (lakonan Noah Centineo) masih dirasai.
Personally, kami bukan saja merindui chemistry di antara dua watak utama itu. Kami juga masih teringatkan set bilik tidur di bilik Lara Jean dan bagaimana gadis berdarah Korea-Amerika itu selalu menyiapkan diri dalam pakaian dan aksesori yang ceria pada setiap hari.
Untungnya, jenama H&M telahpun melakukan penggambaran parodi babak di bilik tidur Lara Jean sempena kempen koleksi To All The Boys: Always and Forever mereka!
Lihat sajalah bagaimana persamaan di antara set filem dan set H&M ini.
Ads
Ia menampilkan tiga model remaja yang mewakili setiap satu daripada anak gadis keluaga Covey dalam persalinan mirip watak sebenar. Terserlah aura sisterhood yang menjadi tema untuk koleksi pada kali ini.
Cuba korang teka mana satu babak daripada filem tersebut dan mana satu adalah parodi H&M.
Ads
Buat peminat setia filem To All The Boys, jom kita curi idea daripada gerobok Lara Jean dan mencuba stailnya yang dijual dari harga RM22.95 hingga RM99.95 saja.
Untuk mengimbas semula filem To All The Boys : Always and Forever, jom recap semula temubual ekslusif REMAJA bersama Lana Condor dan Noah Centineo di pautan bawah.
Jenama streetwear yang berasal dari Anaheim California, Vault by Vans boleh dikategorikan sebagai jenama fesyen dan aksesori yang sangat versatil dan bersifat timeless. Mungkin kerana itu ramai menggemarinya baik perempuan mahupun lelaki – you can never go wrong with Vans.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Vans kerap melancarkan koleksi kolaborasi bersama nama-nama besar yang bukan saja mempunyai rekaan menarik. Malahan ia juga mempunyai nilai sentimental dan nilai jualan semula (resell) yang agak baik.
Terbaru, Vans kembali berkerjasama dengan jenama dari Amsterdam, Patta untuk koleksi ‘Mean Eyed Cats’ dalam koleksi sneakers terbaru. Kali terakhir Vans dan Patta mengeluarkan koleksi ini adalah pada 2015 dan 2017.
Bezanya untuk versi 2021 ini, ia menggunakan siluet klasik daripada Vans namun dipelbagaikan dalam beberapa warna menarik; jadi pembeli mempunyai lebih banyak pilihan citarasa.
Reka bentuk model Old Skool dan Sk8-Hi lebih segar dengan logo signature Patta. Ia menyerlahkan jiwa keremajaan si pemakai yang memilih warna upper seperti hitam, putih, Frost Grey, High Risk Red, Silver Pink, Salute dan Almond Buff. Banyak betul pilihan!
Pada bahagian midsole-nya pula menampakkan teks Mean Eyed Cats. Manakala, tali kasut yang diberikan juga menerbitkan kelainan apabila ia mempunyai logo Patta.
Bagi siluet SK8-Hi, ia dijual pada harga RM459 manakala siluet Old Skool pula pada harga RM399.
Selain itu, Vans dan Patta ini juga menawarkan 3 rekaan baju-T grafik dan stokin kaki khas bagi pelancaran kali ini.
Koleksi Mean Eyed Cats ini boleh mula didapati di pasaran Malaysia pada 23 Julai 2021 menerusi platform Crossover Online.
Tanpa sedar, jenama Vault by Vans sudah berada dalam dunia streetwear selama 45 tahun sejak dilancarkan tahun 1976. Daripada identiti sebagai pengeluar rekaan kasut berfesyen untuk peluncur-peluncur papan luncur mahsyur, ia kini turut menjadi rekaan staple bagi fesyenista.
Selebriti muda dari benua Asia semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen antarabangsa. Selepas satu-persatu selebriti daripada negara seperti Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China malah dari Malaysia juga yang semakin galak mendapat jemputan sebagai penghias barisan hadapan pertunjukan fesyen, ada juga yang telah dilamar oleh jenama antarabangsa untuk menghiasi kempen fesyen mereka.
Ini termasuklah ahli grup Blackpink, EXO, BTS dan ramai lagi.
Terbaru, sebuah grup yang dicetuskan oleh JYP Entertainment kini telahpun mencipta kolaborasi bersama jenama gergasi fesyen iaitu H&M. Mereka ialah NiziU yang berasal dari Jepun.
Dalam dua hari saja lagi, NiziU bakal melancarkan koleksi baharyu H&M*hearts*NiziU dan menampilkan lapan daripada sembilan orang ahlinya dalam kempen tersebut.
Cuma kami tertanya-tanya, siapakah NiziU ini sebenarnya dan bagaimana mereka boleh terpilih oleh H&M.
Selepas terlibat dalam program realiti mencari K-Pop idol baharu berjudul Nizi Project, NiziU telah melakukan debut pada tahun lalu menerusi single mereka, “Step and a Step”.
Berkenaan dengan pemilihan mereka sebagai muse dalam kolaborasi ini, kesemua ahli NiziU bersetuju bahawa semua orang boleh mengharungi hari dengan lebih baik menerusi fesyen.
Mereka ingin pemakai koleksi H&M*hearts*NiziU ini untuk mempunyai mood yang lebih ceria dengan stail yang mereka perkenalkan dan sinonim dengan identiti NiziU sebagai sebuah grup.
Untuk pengetahaun, koleksi ini kebanyakannya menampilkan pakaian berwarna pastel dan neutral untuk menyuntik elemen retro bagi musim bunga akan datang.
REMAJA juga menggemari cetakan ala 90-an seperti checkered dan warna-warna ceria yang menaikkan semangat si pemakai.
H&M*hearts*NiziU akan mula menemui pembeli di Malaysia di stor dan juga secara atas talian dan dijual dalam rangkaian arga RM44.95 hinggalah RM157.95.
Jika di Semenanjung Malaysia, kita selalu dipersembahkan dengan pertandingan ratu cantik yang pelbagai sama ada yang bersifat moden mahupun yang lebih tradisional dengan berpakaian tradisi.
Di Sabah pula, nama Unduk Ngadau sentiasa diperkatakan lebih-lebih lagi apabila memasuki bulan Mei pada setiap tahun.
Dari luaran, Unduk Ngadau merupakan sebuah pertandingan ratu cantik dan menjadi pengisian utama setiap kali Pesta Kaamatan diraikan pada akhir bulan Mei kerana hadiah lumayan yang ditawarkan. Namun tahukah korang, ia lebih daripada sekadar pertandingan yang mempertaruhkan kecantikan paras rupa serta hadiah menarik sahaja?
Maya Hejnowska (dua dari kiri) yang dinobatkan sebagai ratu Unduk Ngadau 2021.
01
Kali pertama Unduk Ngadau dilangsungkan adalah pada enam dekad yang lalu. Bertempat di Panampang, Sabah, tujuan utama ia diadakan bukan hanya untuk mencari gadis tercantik dalam kalangan tiga rumpun iaitu Murutik, Dusunitik dan Paitanik. Akan tetapi, pertandingan Unduk Ngadau bertujuan untuk meningkatkan imej serta kewibawaan perempuan dalam masyarakat di Sabah.
02
Pertandingan dimulakan dari peringkat daerah dan para pemenang dibawa pula ke peringkat negeri. Acara kemuncak itu akan dilangsungkan pada 30 dan 31 Mei pada setiap tahun bersempena Pesta Kaamatan.
03
Apa yang dicari-cari sebagai ciri-ciri seorang juara Unduk Ngadau?
Pertamanya, dia perlulah memiliki karakter seakan Huminodun. Mengikut kisah turun-temurun, Huminodun bukan saja mempunyai paras rupa yang manis dan anggun, si dia juga perlulah rendah hati dan mempunyai semangat kental kerana sanggup berkorban demi masyarakat.
Sepanjang 2021, Maya Hejnowska banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menyediakan pek makanan dan melawat ke pusat kesihatan.
04
Semasa pertandingan berlangsung, ada beberapa segmen yang perlu dilalui oleh peserta bagi menguji kewibawaan peserta. Antaranya, mereka perlu menggayakan busana tradisional masing-masing, perlu menjawab soalan-soalan daripada pihak juri, pandai bercakap dalam salah satu daripada 67 etnik dalam tiga rumpun utama yang dinyatakan tadi serta mempunyai pengetahuan luas dalam aspek sejarah, budaya serta adat-resam mereka.
Maya juga membawakan mesej kesedaran seperti menjadi antara yang terawal mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 dalam persalinan tradisi bagi mengajak masyarakat di Sabah lain untuk turut sama mendapatkan dos vaksin mereka.
05
Setelah menang, apa yang bakal terjadi kepada sang juaranya? Well, gadis tersebut akan terpilih menjadi duta budaya kepada generasi muda dan menjadi ikon mewakili Hominodun.
Untuk Unduk Ngadau edisi 2022 yang berlangsung semalam, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai-Sungai Belurah telahpun dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan 2022. Frenirietta Sobitun, 25 yang mewakili daerah Sandakan telahpun membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM120,000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!